Pasta organik Alce Nero pelbagai pilihan untuk menu masakan sihat
Kat rumah ni, anak kak ana Ika paling cerewet nak makan nasi. Memilih sungguh nak nak lagi kalau kak ana masak lauk ikan, ada je yang dia akan order panda lah, buat salad laa dan paling tidak rumah ni kak ana kena ada sentiasa stok pasta.
Kak ana memang sebaiknya tak ada simpan stok mee segera di rumah, kerana tak nak ajar sangat makan mee segera pada anak-anak dari kecil lagi. Bukan lah tak makan tapi sekali sekala sahaja tidak dijadikan makanan bila lapar, sebaliknya kak ana sentiasa ada stok roti atau pasta dan sos-sos nya.
Antara jenama pasta yang sering kak ana beli di pasaraya adalah Alce Nero. Pastanya pelbagai pilihan dan ia di hasilkan dari bahan mentah yang berasaskan tanaman organik. Pasta ni adalah dari antara menu sihat di makan dan mudah untuk di sediakan.
Alce Nero - organic pasta
Berkonsepkan dari ladang terus ke meja, penghasilan rangkaian produk pasta Alce Nero’s di hasilkan oleh peladang melalui tanaman secara organik tanpa racun serangga atau bahan kimia sintetic , tiada bahan tercemar dan memenuhi sijil standard organik global , Genetically Modified Organisms (GMOs) .
Kebaikan pengambilan makanan organik
Antara kebaikan daripada mengamalkan makanan organik menurut beberapa kajian yang telah di jalan kan antaranya adalah :
• Mengurangkan risiko terdedah kepada racun perosak yang akan memberi kesan kepada sistem dalaman kesihatan badan.
• Mengekalkan amalan pertanian lestari secara semulajadi
• Membantu mengurangkan kesan perubahan cuaca melampau
• Mengekalkan biodiversiti
• Membantu memberikan kesihatan yang lebih baik
• Membantu mengurangkan risiko serangan jantung
• Meningkatkan sistem imun badan
• Rasa makanan yang lebih sedap dari bahan bukan organik
• Sebagai salah satu cara untuk membantu pencegahan penyakit
Kini rangkaian pasta Alce Nero Organic berada di Malaysia dan boleh lah menikmati hidangan ini dengan mudah dan cepat serta berkhasiat. Kak ana suka jadikan ia pilihan untuk masakan pasta sama ada carbonara, bolognese , marinara dan sebagainya. Berikut adalah antara pilihan pasta organic Alce Nero yang ada di pasaran.
Sebagai produk organik , .AlceNero Tricolore Spaghetti, Fusilli and Kids Pasta adalah dari warna asli sayuran seperti merah tomato dan hijau bayam.
Alce Nero Classic Spaghetti ada 3 variasi iaitu Spaghetti, Spaghettini (lebih halus) & Tricolore Alce Nero Fusilli & Penne saiz pendek sesuai untuk sajian bersama salad juga.
Alce Nero Organic Kids Pasta yang comel dengan 3 bentuk – huruf abjad, kenderaan dan sukan untuk kanak-kanak 18 bulan ke atas.
Selain pasta juga terdapat Alce Nero Organic Pasta Sauce – ada 3 perisa iaitu - Basil, Sayuran & Bawang Basil. Dan juga Alce Nero Extra Virgin Olive Oil wajib ada untuk dressing dan tumisan sos pasta kita.
.
6 Comments
pernah guna juga brand ni tp macaroni
ReplyDeleteTak pernah jumpa lagi brand ni... Nak cari lah....
ReplyDeleteTak pernah nampak lagi brand nie.. mesti sedap kan..
ReplyDeletemy boys suka pasta :)
ReplyDeleteIni kayak anak saya yg sulung..picky Eater sangat. Tapi kalo roti dan pasta, dia suka betul. Krn nya saya pun sedia pasta dan aneka keju juga susu di rumah. Krn pasta yg dia suka buat yg spaghetti Alfredo. Kalo bolognese tak terlalu suka.
ReplyDeleteBlm coba brand ini, saya tak tahu masuk Indonesia atau tak. Hrs cari dulu
lepas ni boleh cuba brand ni pula.. busyra suka pasta.
ReplyDelete