Sebelum di buka lagi cafe ni dah naikkan papan tandanya lebih dahulu sementara depa duk renovated lagi interiornya di Avia Plus, Bandar Country Homes, Rawang nih. Kak ana selalu juga lalu lalang area sini dan memang port lepak juga di sekitar Avia Plus ni kerana terdapat deretan cafe untuk ngopi di sini.

Dari Zus Coffee, Kenangan Coffee, Family Mart, Mee Tarik , 7E cafe dan macam-macam outlet penuh dah di sini. Senang nak ngopi selalunya malam-malam memang penuh parking pula terhad sini. Bila naik sahaja signage Shari Bureddo , duk google juga lah tapi tak jumpa pula apa-apa info tentang cafe nih. 


Shari Bureddo - Japanese Desserts Cafe


Dua minggu lepas , singgah ke pet shop beli makanan dan pasir majikan yang sederet dengan cafe ni, kak ana singgah lah dengan anak kak ana, Kika. Saja-saja masuk, nampak di luar tu ada poster khaligrafi Muslim dan bendera saudara kita di Palestine. 


Shari Bureddo - Japanese Desserts Cafe


Nak lebih yakin, kak ana PMed di FB dan bertanya sama ada cafe ini Muslim Owned, dan Alhamdulillah mendapat jawapan yang cafe Shari Bureddo ni adalah pemiliknya Muslim . Senang untuk kita kongsikan dengan umum kerana mencari yang Halal itu wajib untuk kita sebagai orang Islam. 


Shari Bureddo - Japanese Desserts Cafe


Shari Bureddo - Japanese Desserts Cafe 



Shari Bureddo - Japanese Desserts Cafe


Dari luar cafe lagi dah ada vibe Jepun bila ada tempat lepak makan di luar macam kedai-kedai di negara Jepun yang kak ana tengok dalam video-video. Maklum lah kak ana tak pernah lagi sampai ke Jepun. Dan bila masuk ke dalam cafe, alahai memang mood ala-ala di negara Jepun sangat dekorasinya. 

Dah macam berada di rumah Nobita dan Doraemon jer. Haa kak ana memang peminat Doraemon ni duk layan masa anak-anak kecik sampai laa pun suka je tengok kisah depa. 


Shari Bureddo - Japanese Desserts Cafe


Di sudut hadapan cafe adalah kaunter air dan cashier, di bahagian tengah ruang makan ada satu lagi kaunter terbuka dan ada staff yang sedang menyiapkan order menu desserts Jepun Souffle . Seronok tengok adik tu duk mixer adunan kemudian bakar atas dapur dia tu kemudian siapkan presentation nya  sambil tunggu order sampai. 


Shari Bureddo - Japanese Desserts Cafe


Kami tak order souffle tetapi order 2 jenis waffle sahaja malam tu. Cuma pelanggan kena sabar tunggu siap order kerana menu souffle dan waffle ni akan di buat selepas kita order, ia bukanlah dah ready kan, jadi ambil masa untuk di siapkan. 


Shari Bureddo - Japanese Desserts Cafe menu


Jadi cafe ni sesuai untuk port lepak santai-santai untuk makan desserts Jepun. Kak ana pamerkan di sini antara menu yang ada malam tu. Kak ana dan Kika makan waffle Choco dan waffle pandan corn. Portion waffle depa memang besar dan tebal. Berbaloi dengan harga. 


Shari Bureddo - Japanese Desserts Cafe


In syaa Allah lain kali boleh la try souffle pula kan. Nampak macam sedap sangat bila kak ana tengok yang dah siap di hidangkan untuk pelanggan lain malam tu. Ada pelbagai pilihan minuman juga. Kak ana minum teh o ais lemon dan Kika tak ingat di minum apa malam tu. 


Shari Bureddo - Japanese Desserts Cafe


Choco Waffle 




Shari Bureddo - Japanese Desserts Cafe


Choco waffle ni di hidangkan sekali dengan aiskrim vanila kalau tak silap dan juga dua potong brownies bersama chocolate sauce. Mestilah sedap kan bagi peminat coklat. Saiz waffle besar dan tebal garing di luar dan lembut di bahagian tengahnya. Memang sedap di makan panas-panas bersama aiskrim dan brownies. 


Pandan Corn Waffle 



Shari Bureddo - Japanese Desserts Cafe


Untuk Pandan Corns waffle ni pada kak ana lebih pada citarasa Malaysia. Ia bagaikan kombinasi apam balik yang di jadikan inspirasi untuk hidangan waffle. Waffle pandan, bersama sauce gula melaka di makan bersama aiskrim jagung dan jagung cream. 

Sedap sangat, dan mengenyangkan untuk satu keping waffle saiz besar dan tebal begini. Sangat berbaloi pada harga. Dan In Syaa Allah boleh repeat nanti . 

Apapun kak ana suka sangat pada orang Muslim kita yang makin ramai menceburi bidang F&B serta cafe-cafe yang menarik begini. Kak ana seronok untuk kongsikan venue-venue begini kepada tatapan umum. Meriahkan lagi sajian yang pelbagai dan Halal untuk di nikmati semua kaum. 

Yakin Halal kita makan tanpa was-was kerana makanan akan menjadi darah daging dan di persoalkan kelak. Untuk yang bukan Islam, ramai yang memilih untuk mendapatkan pensijilan Halal Jakim dan menghilangkan keraguan kita semua untuk menikmati setiap menu mereka. 

Begitu lah bila kita tinggal di negara yang berbilang agama dan kaum serta budaya. Perlu bijak dalam mencari makanan yang baik tanpa menyalahkan mana-mana pihak. Sebagai umat Islam , kena lah jadi bijak kan, guna kan akal, yakin Halal kita makan. Yang meragukan dan was-was kita tinggalkan, banyak lagi alternatif lain... Tak gituew.. 






7 Comments

  1. nieyl pun suka pergi cafe2 mcm ni..

    ReplyDelete
  2. Wahhhh, bestnya. Kan bagus kalau buka satu macam ni di JB ni haaaa.

    ReplyDelete
  3. Menariknya kedai dessert ni.

    ReplyDelete
  4. jamu selera di sini pula sedap menunya tu

    ReplyDelete
  5. Kalau pemiliknya muslim memang saya pun lega. Tak payah fikir tentang lain dah.

    ReplyDelete
  6. kalau dekat ni kompem sy terjah ni

    ReplyDelete
  7. Shouffle nih saya sukaa. Di jakarta dulu sempat viral, walaupun skr sudah tidak. Tp Krn rasanya memang sedap, terkadang saat weekend masih ramai.

    Saat di jepang pun saya pernah makan. Rasa tak jauh beda lah dengan yg dijual di jakarta. Tapi memang dessert di jepang nih sedaap rata2. Even yg dijual di Minimart pun sedap. Makanya jepang tetap JD negara favorit saya buat berlibur

    ReplyDelete