Lama kak ana tak mem baking kebelakangan nih. Hari tu kak ana beli pisang emas sesikat. Teringin nak makan. Dah dua tiga hari laa kak ana letak kan dalam tray di atas meja makan. Masih ada lagi dalam 5 biji tak habis. Dah mula nampak nak kehitaman warnanya.

Sayang sangat rasanya, terlintas rasanya nak jadikan kek pisang. Sebelum ni dua kali juga kak ana try buat kek pisang tak berapa cantik kejadiannya. Tak tahu lah apa yang salah. Kali ni nekad buat lah juga guna resepi dari tiktok pula. 



Resepi kek pisang guna blender


Resepinya lebih kurang sahaja dengan yang selalu kak ana buat sebelum nih. Bahan yang sama hanya guna minyak masak dan blend. Bezanya resepi ini menggunakan ovalette tu yang hasilnya lembut dan gebu geban. 

Meh kak ana terbitkan di sini untuk di jadikan rujukan sendiri di masa depan, In Syaa Allah. Mudah bila ada terbitkan entri nak guna search semula jumpa lah nanti. Kalau save di socmed kadang-kadang owner delete atau dah ke bawah benar postnya cari pun tak jumpa, ye dak.. 


Resepi kek pisang guna blender



Resepi kek pisang guna blender


Bahan-bahan kek pisang gebu

4 -5 biji pisang bergantung pada saiz
1 cawan gula kastor
1 cawan minyak
3 biji telur - seeloknya gred A atau B 
1 sudu ovalatte 
1 sudu esen vanila
1 1/2 cawan tepung kek ( tepung naik sendiri ) 




Resepi kek pisang guna blender


Cara buat kek pisang gebu guna blender 

1. Lenyetkan pisang dan ketepikan. Ada tips kata, biarkan dalam sejam untuk hasil yang lebih baik. Kak ana tak tunggu lama sangat, lepas lenyet, biarkan sekejap sementara penyediaan bahan lain sahaja.

2. Satukan gula, minyak masak, 3 biji telur, ovallete dan asen vanila dalam blender dan blend selama 5 minit. Hingga adunan sebati. 

3. Tuang adunan blend ke dalam mangkuk, campurkan pisang yang dah di lenyet tadi, gaul sebati.

4. Lepas tu boleh lah masukkan tepung kek yang dah di ayak dan kaup balikkan hingga adunan sebati. 



Resepi kek pisang guna blender


5. Alas loyang dengan baking paper. Kak ana gunakan loyang panjang dan saiz M sahaja, atau kalau loyang bulat saiz 6. Kek ni kecil sahaja dan kalau guna loyang besar ia tidak akan naik dengan cantik. 

6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah di alas baking paper. Kalau suka boleh susun hirisan pisang di atas untuk hiasan. 

7. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar pada suhu 160' untuk masa 1 jam atau hingga masak. Test lah dengan lidi macam biasa kan. 

Siap dah sebiji kek pisang dan rasa pun sesedap pada selera kak ana. Kek lembut dan gebu, Masyaa Allah. Resepi yang mudah dan sedap untuk hidangan di petang hari bersama keluarga. Selamat mencuba naa....... 

 


7 Comments

  1. Sedap kek ni, senang buat guna blender kan.

    ReplyDelete
  2. sedapnya kek pisang homemade terbaik

    ReplyDelete
  3. Cantik rupa dia bila siap dibakar. Mesti wangii

    ReplyDelete
  4. Waaah tak terpikir pakai blender 😄👍. Mesti saya coba nih. Sukaaa sangat kalo makan kek pisang sore hari untuk teman kopi 😍😍😄.

    ReplyDelete
  5. patut laa ada bau sedap td. rupanya ada org tgh buat kek pisang😁

    ReplyDelete
  6. Sedap juga kek pisang ni ya. Pernah makan tapi tak pernah buat.

    ReplyDelete