Masak apa hari ni ? Tuu laa soalan hari-hari suri rumah kan dalam mencari idea nak masak untuk keluarga. Masalah yang membelenggu puan-puan semua . Kadang-kadang kak ana kongsikan resepi ni bukanlah orang nak dapatkan resepi masakan sangat, tetapi lebih kepada perkongsian idea masakan.
Resepi ni ikut lah cara masing-masing. Kak ana paling tak suka baca komen-komen di posting resepi masakan ni dengan ayat, " kalau saya bla.. bla.. bla... " Jangan kondem resepi orang, itu cara dia, takkan lah sama dengan cara kita. Tapi itu lah realiti bagi sesetengah netizen..
Hari ini kak ana nak kongsikan resepi paru. Cara kak ana masak sambal paru atau ada orang panggil, paru berlada. Ringkas dan senang bahan-bahan yang kak ana gunakan. Basic sahaja. Jom tengok resepi style kak ana buat sambal paru goreng berlada.
Masak paru goreng berlada
Bahan-bahan paru goreng berlada
Paru - kak ana guna sedikit sahaja dalam 500g macam tu
Cili pes - ikut pedas masing-masing
Bawang merah kecil - 4 biji
Bawang besar - hiris bulat
Bawang putih - 2 ulas
Serai - sebatang
Air asam jawa
Cili sos - 2 sudu besar
Daun limau purut - jika suka
Garam secukup rasa
Cara masak paru berlada
1. Bersihkan paru dan rebus hingga empuk dalam 30 minit.
2. Dah masak, sejukkan dan hiris nipis. Garam dan kunyitkan, goreng dalam api sederhana hingga garing. Ketepikan sekejap.
3. Bawang kecil dan bawang putih, blend sebati.
4. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan serai yang dah di ketuk dan masukkan cili blend.
5. Masukkan sedikit air jika tumisan terlalu kering dan campurkan juga dengan sos cili.
6. Masak hingga pecah minyak dan masukkan air asam jawa. Rasa kan dengan garam secukupnya. Hati-hati kerana paru dah di goreng dengan perapan garam dan kunyit tadi.
7. Bila dah pecah minyak, masukkan paru yang dah di goreng dan taburkan bawang hiris serta daun limau purut untuk aroma.
8. Gaul sebati dan siaplah untuk satu hidangan mudah.
Menu ni nak makan dengan nasi lemak sebagai menu sarapan pun sedap juga. Lain orang lain lah cara masakannya. Sekadar berkongsi idea masakan di sini..
9 Comments
ni antara lauk fav MZ dan mr hubby :) cuma tak reti la nak masak...biasa mkn kat kedai jer :)
ReplyDeleteSedap sangat ni. Pagi tadi saya sarapan nasi lemak sambal paru.
ReplyDeleteCie suka paru garing2 tu. Ratah gitu je pun sedap. Nak masak tu malas betul.
ReplyDeleteFavorite ni paru paru goreng sambal... kalau kena dgn nasi lemak perghhh :D
ReplyDeleteMemang selalu jenguk dapur kawan² cari idea memasak hihi ... Keep on sharing ye Kak Ana 🤗
ReplyDeleteAhad ni ingat nak ke pasar pagi, cari paru, tetel dll.
Sedapnya! Favourite saya ni. Tapi tak pernah masak sendiri, beli di kedai je 😅
ReplyDeleteBila baca resepi kak Ana bagi ni, rasa macam nak mencuba buat sendiri. Thanks sharing ya 👍
I like paru masak berlado..Tp mls nk masak sendiri..=D
ReplyDeleteSebelum ni saya tak pandai makan paru. Tpi haritu saya ada rasa skit lauk paru berlado ni, tak sangka sedap rupanya. Tgok kak ana punya resipi ni jadi lapar pulakk.
ReplyDeleteIni masakan favorit saya 😍🤤. Apalagi kalo pedas, pakai petai pula 😄👍. Belum berani nak buat, Krn jujur saya takut pegang paru 🤣. Makannya suka, tp megang yg mentah tak berani 🤭
ReplyDelete