Kesukaan anak kak ana, bila masak pasta-pasta begini. Selalunya memang sentiasa ada stok pasta di rumah. Spaghetti, angle hair, macaroni, spiral, penne, linguine antara stok kak ana simpan di dalam balang kaca di dapur. Senang bila nak masak ada dah semuanya.
Sama juga dengan sos pasta, kak ana selalunya guna jenama Prego dan terbaharu sekarang ni Alce Nero. Dua-dua ni kena dengan selera kami sekeluarga di rumah. Paling tidak ada sos pasta original, senang nak adunkan resepi masakan dengan bahan basah yang di beli kemudian.
Hari ni kak ana nak kongsikan resepi cara kak ana lah, masak spaghetti marinara seafood. Kebetulan ada udang dan clams atau kepah di rumah. Kak ana gunakan sos pasta tradisional atau original Alce Nero , sos merah tomato puri nya.
Memang sedap, Alhamdulillah... Kena dengan selera kami. Pasta pula spaghetti dan tambah kelazatan rasa pasta marinara seafood kali ni dengan taburan parmesan cheese, kak ana guna jenama Perfect Italiano sebagai finishing.
Pasta ni makanan barat, jadi kalau kita gunakan bahan asli memang baru kena dengan citarasanya. Paling penting gunakan minyak zaitun bukan minyak masak, ada beza pada rasanya, cubalah naa...
Resepi Spaghetti Seafood Marinara
Bahan-bahan spaghetti marinara seafood
Minyak zaitun atau olive oil secukupnya
1 biji bawang holland *
5 ulas bawang putih *
2 cawan air
1/2 paket spaghetti
secukup rasa Garam
3/4 botol kecil sos spaghetti tradisonal
1 sudu kecil dry oregano
1 sudu mix herbs
pilihan seafood kak ana gunakan udang dan kepah sahaja
cheese parmesan
Cara masak spaghetti marinara seafood
1. Didih kan air , tuangkan beberapa titisan minyak zaitun ke dalam air rebusan dan masukkan spaghetti. Masak hingga lembut, toskan dan simpan sedikit air rebusan nya untuk masakan sos.
2. Cincang halus bawang putih dan bawang holland.
3. Panaskan minyak zaitun, tumis kan bahan cincang bawang putih dan bawang holland hingga lembut.
4. Masukkan sos pasta tradisional dan biar mendidih. Tambahkan air rebusan pasta jika terlalu kering.
5. Masukkan udang yang dah di kupas dan juga kepah yang dah dibersihkan sebaiknya. Biarkan masak dan boleh lah masukkan garam secukup rasa.
6. Masukkan spaghetti yang dah di celur, gaul sebati dan taburkan mix herbs, oregano secukup nya.
7. Matikan api dan sedia di hidangkan dengan taburan cheese parmesan.
Satu hidangan yang lengkap untuk sajian sekeluarga. Cuba naa....
10 Comments
sedaptu spageti marinara dgn udang besar menyelerakan
ReplyDeleteSy pun suka makan pasta² ni... Nanti nak try jenama AN ni
ReplyDeleteMenarik ni..leh cuba nanti utk pasta night MA.. 👍
ReplyDeletefuhh sedap sungguh niii
ReplyDeleteMenarik ni kak, rasa nak cari clam pula lepas ni.
ReplyDeletekak ana ni saje je...
ReplyDeleteterliur tau org tgk gambar spaghetti ni
Hujan2 ni lah kan, terliur betul tengok spaghetti Kak Ana.
ReplyDeleteResipi marinara ni lebih kurang mcm bolognese jugala kan.. bezanya campak seafood je. Baru last week saya masak spaghetti carbonara, tpi guna prego jelah 🤣
ReplyDeletewaduh waduhhhh
ReplyDeleteudang tuuu menggamit2 selera sy hehehe
Memang masakan Italia ini better pakai olive oil. Saya sendiri karena alasan healthy diet, dah tak pakai minyak goreng biasa. Cuma pakai olive oil saja utk masakan apapun. Lagipun saya tak terlalu suka masakan goreng2, jadi minyak goreng biasa memang tak butuh.
ReplyDeleteSpaghetti nih favorit sangaaat. Apalagi kalau pakai seafood seperti ini 😍😍