Rezeki sangat kami dapat 6 biji durian kampung pemberian kawan sekerja suami beberapa hari lalu. Durian pokok di Bidor, kampungnya. Dan laa nih pun sedang musim durian belah Perak di kebanyakan tempat. 

Puas juga makan durian kampung, pahit-pahit manis rasanya. Semua elok dan setiap pangsa banyak isinya. Masyaa Allah.. Dan puas makan kak ana kopak semua buah dan simpan frozen dalam petisejuk. Selebihnya kak ana nak buat pulut durian dan juga serawa durian untuk makan di rumah. 


Cara masak pulut durian


Cara masak pulut durian 

Jom kak ana kongsikan cara kak ana masak pulut durian di rumah. Mudah je cuma kena kukuskan pulut dan masakkan santannya. Pastu makan lah dengan ulas durian. Sedap sangat pada penggemarnya. Kalau arwah mak kak ana dahulu, suka makan dengan nasi putih sahaja. Sama kekdahnya gaul santan dan pulut tu gantikan dengan nasi . Makan dengan isi durian. 

Cara kukus pulut 

Kak ana masak dalam satu pot sahaja beras pulut. Kak ana gunakan beras pulut susu yang Adik Ika beli dari Pasar Pekan Rabu, Alor Setar dahulu. Tak perlu rendam. Basuh bersih, bilas dan toskan. 

Masukkan dalam loyang beralas daun pisang untuk aroma tradisional. Masukkan sedikit air dan santan pekat. Masuk paras tenggelamkan pulut sahaja dan mencukupi. Taburkan secubit garam untuk lebih lemak pada santan. Letakkan daun pandan jika ada untuk lebih harum pulut kita. 

Panaskan kukus dan masukkan loyang berisi pulut, kukus hingga masak elok dalam lebih kurang 20-30 minit. In Syaa Allah masak sempurna pulut nanti. 

Kemudian sediakan santan nya. Santan pekat dan sedikit air campurkan secubit garam. Didihkan dalam periuk di atas api perlahan. Sejukkan dan sedia di makan bersama pulut dan isi durian. Selamat mencuba... 




8 Comments

  1. Mrs. A suka dua-dua pulut durian dan juga serawa durian makan dengan pulut

    ReplyDelete
  2. aisshh terliur tengok pulut durian kak ana..macam nak mencari durian jg la esok ni

    ReplyDelete
  3. dapnya pulut durian campur santan sikit gula sikit huh jilat jari

    ReplyDelete
  4. Yumm sedapnya pulut durian. Cara apa pun, pulut dengan durian memang sedap.

    ReplyDelete
  5. Cie kalau dapat durian memang takdela pulut ke apa memang ngap durian tu terus je. Hantu durian. Hihi

    ReplyDelete
  6. ya Allah, meleleh air liur.. sedap sungguh

    ReplyDelete