Kisah bulan November 2024 yang lalu, macam biasa delay kan main baru nak terbitkan. huhu :) Kak ana tanya dengan abang sepupu yang kerja di KLIA dan tinggal di area sana, minta cadangannya hotel mana yang bertaraf butik hotel dan dekat dengan KLIA ? 


Sebabnya kami nak hantar Adik Ika ke KLIA flight awal pagi ke Vietnam bercuti dengan kawan-kawan waktu degree dia dahulu. Malas nak gerak dari kediaman walaupun kalau nak travel tengah malam tanpa jemmed tu dalam sejam lebih dah boleh sampai, In Syaa Allah.. 


Hotel berdekatan dengan KLIA - Salak Boutique Hotel


Abang sepupu kak ana cadangkan kami menginap di Salak Boutique Hotel, Sepang. Selalunya kalau area KLIA ramai memilih untuk bermalam di Kota Kemuning, kak ana tak berapa suka sangat sebab kebanyakan hotel kat sana di deretan shop lot dan parkir pun di sekitar nya sahaja. 

Kak ana baca review Salak Boutique Hotel ni semuanya nampak okay dan ia adalah dalam premis bangunan sendiri, bermakna ada parkir sendiri dalam kawasan hotel, terus lah Adik Ika booking secara online. 

Salak Boutique Hotel ,  Sepang



Hotel berdekatan dengan KLIA - Salak Boutique Hotel
Salak Boutique Hotel, Sepang 


Kami sampai pun dah agak lewat petang sekitar jam 5-6 petang macam tu. Waze sahaja dan hotel ni berdekatan dengan Litar Antarabangsa Sepang , SIC. Dalam perjalanan tu boleh lalu hadapan SIC dan nampak podium serta litar perlumbaan. Ada aktiviti kereta sedang berlumba kelihatan. 


Hotel berdekatan dengan KLIA - Salak Boutique Hotel
view dari tingkap bilik 


Hotel ni dalam kawasan bandar lama sahaja. Tetapi kedai makan memang banyak di sekitar jalan nak ke hotel dan kami makan malam pun di kedai tomyam di hadapan hotel sahaja. Ada stesen minyak dengan ATM dan Mr DIY tak jauh dari hotel nih. Selesa sangat dah lokasinya.. 


Hotel berdekatan dengan KLIA - Salak Boutique Hotel


Kami ambil family room dengan 1 queen bed dan 1 single beb. Adik Ika nak ke KLIA dalam jam 4 pagi macam tu, jadi kami tidur sekejap sahaja lah , kira dah okay sangat ambil family room dari ambil 2 standard room kan. Nanti bilik tu kosong juga lepas Adik kami hantar. 

Bilik sederhana luas, tapi bersih dan selesa. Penghawa dingin pun okay berfungsi dengan baik. Termasuk juga water heater dalam keadaan baik. Katil , bantal , tilam semua okay bersih sahaja. Kami berpuas hati sangat pada harga rate hari tu RM150 ++  dan booking di Agoda . 


Hotel berdekatan dengan KLIA - Salak Boutique Hotel


Hotel ni hotel agak lama juga senihias dalamannya, tapi okay sahaja. Ada lobby dan tidak ada sarapan. Pagi tu lepas check-in kak ana dan suami sarapan pagi di sebuah warung kampung tak jauh dari hotel. 

Sedap sangat sempat lah makan roti kacang pol dan aneka menu sarapan kampung yang lain. Seronok pula walau tak jauh dari KLIA sahaja lokasinya. 


Hotel berdekatan dengan KLIA - Salak Boutique Hotel


Dari Salak Boutique Hotel ke KLIA subuh hening lebih kurang jam 4 pagi tu, ambil masa dalam 15-20 minit sahaja. Ye la jalan lengang kan awal pagi tetapi ada sahaja kenderaan di jalanan waktu tu. Tak lah sunyi sepi dan jalan berlampu cukup terang. 

Melalui jalan negeri sahaja tanpa tol dan terus sampai ke persimpangan KLIA berhadapan Movenpick dan Masjid KLIA tu. Tak jauh pun. Sesuai lah untuk yang nak transit berlepas atau arrival penerbangan. 

Beralamat di  Lot 291, PT53 Jalan Merpati, Taman Desa Merpati, Salak, 43900 Sepang, Selangor . Korang berminat boleh lah booking di mana-mana platform online yang ada. Semoga bermanfaat.. 


13 Comments

  1. Thanks sharing kak Ana.

    Haritu saya bermalam di Kota Kemuning, memang tak syok. Tak macam duduk hotel, tapi lebih kepada rumah tumpangan walau nama hotel. Kaunter yang jaga pun orang Bangladesh. Tangga nak naik pun malap je. Harga bukan murah mana pun. Serik!

    ReplyDelete
  2. nampak cantik dan kemas ;) boleh lar try kalau berhajat nak hantar sedara mara pi airport kan...

    ReplyDelete
  3. Berbaloi2 dgn rate nya tu.nmpk nice dan cozy

    ReplyDelete
  4. takdelah sunyi rasenya, banyak kemudahan berdekatan hotel tu..
    masa sekolah men pernah masuk litar sepang tu, tengok lumba kereta...sekolah punya aktiviti..kalau pergi sendiri, sampai sekarang pun tak masuk agaknya..hihihi

    ReplyDelete
  5. Okay sangat nampak hotel ni...
    Selesa, murah dan lokasi pun strategic.

    ReplyDelete
  6. Nampak selesa hotel ni. Bolehlah singgah sini bila ada keperluan. Tq sharing.

    ReplyDelete
  7. nampak selesa & yg penting bersih & mudah utk cari kedai makan hehehe

    ReplyDelete
  8. Bersih kemas selesa. Lokasi pun bagus. Thanks for sharing Kak Ana.

    ReplyDelete
  9. Oh, kena save ni manalah tahu lain kali sesat kat situ, hihi.

    ReplyDelete
  10. nampak bersih dan selesa walaupun hiasan gaya lama.. Kedai sarapan tu mcm sedap je dengar.. Bolehlah share review kedai pula 🤭

    ReplyDelete