Jalan-jalan di Kampung Baru, Kuala Lumpur
Ni kisah sambungan dari kak ana pii makan nasi lemak, Wanjo kat Kampung Baru hari tu yang entrinya kak ana terbitkan di NASI LEMAK WANJO . Siap makan kenyang dah, kami pun jalan semula menuju ke kereta yang suami parkir di hadapan bangunan Legasi Kampung Baru tu.
Sepanjang perjalanan di lorong dari Wanjo terdapat pelbagai jualan . Menarik sungguh pada pandangan kak ana. Sempatlah kak ana rakamkan beberapa keping foto yang kak ana kongsikan di sini untuk tatapan semua. Kebanyakannya makanan lah kan...
gerai kuih muih di Kampung Baru, KL |
Gerai menjual kuih muih dan menu sarapan pagi memang banyak di kiri kanan lorong Jalan Raja Muda Musa ni. Tertarik sungguh kak ana, rasa nak beli dan makan je satu persatu kuih muih yang ada. Macam dalam gambar kat atas ni, pelbagai kuih muih tradisional lama dalam balutan daun pisang, menarik sangat kan..
Pelbagai jenis moden dan kuih lama-lama. Semua pun nampak sedap, tapi tu lah dah kenyang makan nasi lemak Wanjo, usus pun kecil jadi tak beli pun membazir nanti kan. In syaa Allah ada rezeki nanti nak datang nak beli kuih-muih je.. baru best.
Gerai Akok Royel, Kampung Baru
gerai Akok Royel, Kampung Baru |
Salah satu gerai yang menarik perhatian kak ana pagi tu adalah gerai Akok Royel nih. Masa lalu di hadapan kedai berasap dapur bakar menggunakan tempurung kelapa dan sabut kelapa. Ada beberapa pekerja depa sedang membakar kuih akok secara tradisional.
Aroma arang bakar dari tempurung ni membangkitkan sungguh untuk nak mencuba kuih akok yang di jual pagi tu. Kak ana beli kuih akok tradisional biasa sahaja, makan panas-panas , Masyaa Allah sedap sangat. Secukup rasa semua bahan dan tidak hanyir telur. Memang terbaik pada selera kami.
gerai Akok Royel, Kampung Baru |
Kak ana pula salah seorang peminat kuih akok. Tapi kadang-kadang sedih juga bila terbeli kuih akok yang agak hanyir telur. Pernah terkena beberapa kali. Keciwa sungguh. Kalau dapat yang sedap tu memang terbaiklah, akok yang lemak manis secukup rasa.
kuih akok berlauk |
Kat gerai Akok Royel, Kampung Baru nih ada menjual pelbagai variasi moden kuih akok. Selain dari hat tradisionalnya lah.. Ada juga kuih akok berlauk, kuih akok nangka , kuih akok durian dan sebagainya. Harga berbeza mengikut jenis akok .
kuih akok durian |
Ada kebaikan juga bila seseorang berinovasi dengan rasa untuk kuih tradisonal begini. Ia dapat berkembang dan mungkin menjadi tarikan baharu pada genarasi masa kini untuk mencubanya. Kita di beri pilihan sama ada nak mencuba kuih akak yang tradisional lama atau hat baru dengan gabungan rasa buah dan lauk.
kuih akok nangka |
Jalan sedikit ke hadapan tu kak ana jumpa pula kedai jual motorsikal. Suami singgah tengok-tengok model motor yang di letakkan di hadapan kedai. Kak ana tak tahu sangat model motor apa yang di pamerkan tu, nampak warna warni menarik lah juga kan hehe :)
Haa.. hat gerai sebelah ni best sangat pada kak ana, kedai menjual aneka jeruk dan keropok. Macam-macam ada. Aduh peminat jeruk macam kak ana memang suka sangat lah. Jeruk di jual pada harga untuk 100gram.
Bila jual ikut 100gram ni kena hati-hati lah membeli sebab kalau syok kaut dan isi bila timbang terkejut pula tengok harga kan. Kak ana nak beli juga tapi kedai ni hanya bayaran secara tunai sahaja. Tak dapat lah nak beli sebab kak ana dan suami tak bawa wang tunai banyak.
Telan air liur sahaja lah melihat keropok, kerepek , kuih-muih dan biskut serta jeruk dan asam yang dipamerkan dalam balang gini. Tuu laa nak cashless sangat kan. Bukan semua kedai boleh bayar cashless kan dah kempunan.
Kak ana ternampak juga ada jualan telur pindang RM2.50 sebiji. Lama sungguh tak makan telur pindang. Memang sedap tapi ye lah kak ana sorang je yang makan nanti, Adik Ika dengan suami memang tak kan makan lah. Telur pindang ni sedap rasa dan aroma herbanya , kan..
Takad ni sahaja lah yang dapat kak ana rakamkan sepanjang perjalanan pagi tu di lorong Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, KL. Terdapat bangunan rumah-rumah lama yang masih ada di tengah kota metropolitan Kuala Lumpur dengan pencakar langitnya.
Kampung Baru sangat unik berada di tengah-tengah bandaraya yang serba moden. Namun tak banyak yang masih bertahan dek arus permodenan yang memerlukan pengorbanan. Mana yang mampu bertahan, Alhamdulillah... Kampung Baru terlalu banyak menyimpan kisah yang di saksikannya sejak zaman berzaman.
6 Comments
Aduh terliur pulak tengok jeruk2 tu sedapnya.
ReplyDeleteMacam² versi ye akok tu...
ReplyDeleteKuih muih tu seringgit satu ye, auto rindu zaman barang² murah dulu haha...
Uniknya akok nangka tu..tak pernah tgk apatah lg mkn..akok yg versi ori MZ beli time bln puasa jer.time balik kelate
ReplyDeleteWow..Menarik nmpk akok berlauk tu..nnt bleh try gi...=)
ReplyDeleteSy beberapa kali pergi Kg Baru ni belah malam, macam tak menarik sangat. Nampaknya pagi lagi menarik ya ada jualan2 kuih macam ni. Memang kalau sy jadi K Ana pun rasa nak makan satu satu, hahaha.
ReplyDeletekenapa sangat sedap... kuih lama2 tu menggamit memori... terutama akok yg dibakar dgn tempurung tu... aroma asap api membangkitkan selera...
ReplyDelete