Pekena cendol durian BMI , Nilai
Selamat tahun baru 2025, alhamdulillah.. hari ni dah masuk hari ke 6 bulan Januari 2025. Permulaan baru untuk kita semua di awal tahun 2025. Semoga setiap apa yang kita lakukan, mendapat keberkatan dan bermanfaat buat sesama insan dalam mencari ganjaran pahalaNya, aamiin..
Kisah ni bukan lah kisah tahun baru 2025, macam biasa lah kak ana pii makan mana pun ambil gambar dan peram lama baru nak terbitkan di sini. Kadang-kadang tu kekangan masa, kadang tu ketiadaan idea nak menulis dan macam-macam lah alasan kan..
Tapi kalau dah terbit tu, alhamdulillah.. semoga ada kebaikan dan pahala perkongsian hendaknya, kak ana suka berkongsi tempat makan yang sedap dan kena pada selera kami. Apapun kak ana akan pastikan ianya adalah yang berstatus Halal , pemilik Muslim dan sabagainya. Mencari yang halal itu adalah tanggung jawab kita sesama Islam.
cendol durian BMI, Nilai |
Cendol durian BMI, Nilai
Murah sangat untuk semangkuk cendol durian BMI ni cuma RM8 sahaja. Ada dua ulas isi durian dan cendol santan . Hat ni untuk cendol mangkuk saiz kecil. Dari resit tu kak ana faham kalau cendol sahaja saiz kecil harga dia RM4 dan tambah durian RM4 jadilah jumlah harganya RM8, gituew!
Cendol ni pun menggunakan santan dan ia memang sedap lemak manis secukupnya. Gabung pula dengan rasa durian memang terbaik lah bagi penggemar durian macam suami kak ana. Kak ana kurang sikit makan durian ni, sebab tu order satu dah cukup dah.
Durian jenis apa, tak pula di nyatakan , tapi memang ulas durianlah bukan perisa dan sebagainya. Sedap makan tengahari hari tu, gula merah pun diberikan extra dalam tiub botol, kalau suka manis boleh tambah ikut selesa masing-masing.
Cendol BMI ini banyak juga cawangannya di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan serta ada kiosk di beberapa pusat membeli belah. Cuma kat depan masjid ni secara gerai . Ada juga pelbagai makanan ringan seperti mee goreng, rojak dan sebagainya. Boleh lah try kalau terjumpa nanti, naa..
7 Comments
Murah, sedap dan halal memang akan buat kita puas hati kan kak ana...
ReplyDeleteLama dah tak makan cendol durian. Murah jugak dgn harga macamtu :D
ReplyDeleteMurah dah tu tak sampai rm10 semangkuk. Cendol special pun dah rm4-5 biasanya. Ni siap ada durian lagi.
ReplyDeleteMurah sangat ni harganya Kak Ana 👍🏻
ReplyDeleteBahaya makan dgn Restoran Terlolap Mato tu Kak ahaha
nampak sgt sedap dan harga tu murahhhh
ReplyDeleteSedapnyaaaaaa....=q
ReplyDeleteboleh dikira murah juga tu harganya.. sedapnya makan waktu panas hehe
ReplyDelete