Ini baru entri tahun baru 2025 yang pertama kak ana terbitkan. Sebelum ni walaupun dah masuk bulan February masih entri sekitar 2024 yang masih kak ana terbitkan. Memang selalunya macam tu, berjalan, makan-makan , ambil gambar lepas tu peram lama baru lah terbit di blog. 

Melainkan ada task kena potong queue siapkan sebelum dateline. Kak ana suka share makan-makan jalan-jalan semua tapi ambil masa nak terbit kan di sini. Pertama malas nak edit gambar dan letakkan watermark dan keduanya nak mengarang lah kan, kadang-kadang sampai lupa dah harga dan nama menu. 


harga menu Vivo Pizza


Vivo Pizza , Aeon Mall Anggun , Rawang

Kisah kali ni kak ana sekeluarga makan malam di Vivo Pizza , Aeon Mall Anggun , Rawang . Punya dah lama Aeon Mall Anggun ni dibuka dan tak jauh dari kediaman kak ana, inilah pertama kali nak makan atau dine-in kat Vivo Pizza . 

Selalu lalu lalang tak masuk pun walau dari luar nampak lawa dan eksklusif sangat dekorasi restoran ni. Kalau take away selalu juga kak ana makan kek depa, tapi kali ni sebab nak sambut birthday kak ana pada 15hb Januari lepas, anak-anak menantu ajak makan sini. 



Vivo Pizza , Aeon Mall Anggun , Rawang


Kami memang cadang nak makan menu western awal-awal , lagipun cucu kak ana , HNH suka sangat makan lasagna, sama macam tok wan nya. Jadi kami pun order lah beberapa menu western termasuk lasagna untuk dak tecik. Vivo Pizza di Aeon Mall Angun ni ada sijil Halal Jakim terpapar di pintu masuknya. 

Harga menu makanan di Vivo Pizza 


Meh laa kak ana kongsikan harga menu dan makanan yang kak ana makan malam tu bersama family. Menu atas tu Seafood Spaghetti Aglio harga sepinggan RM32.90 . Ehem!! Sangatlah over priced untuk hidangan sebegini. 


harga menu Vivo Pizza

Kami cuba juga Ferch & Chips Delights ni lebih kurang fish and chips laa kiranya dan harga sepinggan hidangan ni RM29.90 . 

Menu di bawah ni nampak sama lebih kurang kan , kak ana pun tak pasti betul ke tidak ianya New York Fish & Chips hat mana satu, yang atas atau bawah huhu! Tapi ikut pada foto bil yang kak ana simpan harga untuk New York Fish & Chips RM29.90 sama lah dengan hat satu lagi tu. 



Sepinggan spaghetti creamy mushroom ni pula RM23.90 . 


Harga menu makanan di Vivo Pizza

Dan chicken lasagna untuk baby HNH dan suami kak ana ni berharga RM25.90 . Macam selalu minuman kami pilih hat biasa-biasa sahaja seperti teh o ais lemon dan plain water. 


Harga menu makanan di Vivo Pizza

Total makan berlima malam tu RM183.38 termasuk services tax. Harga standard laa nih kalau makan berlima di cafe atau restoran di mall. Nak review rasa, pada kak ana standard sahaja tiada yang istimewa dan boleh lah untuk sekali sekala makan. 

Ada moment kelakar malam tu, bila baby HNH jerit nampak robot yang hantar menu ke meja. Takut lahai budak kecik ni terus jerit dan tok wan ambil dukung tenangkan dia sekejap. 

Apapun syukur alhamdulillah atas pinjaman usia dah pun separuh abad menumpang di bumi Allah swt. Banyak kisah pahit manis kehidupan sepanjang perjalanan dengan ujian-ujian yang berbeza. Semoga kita semua sentiasa di dalam keredhaanNya juga, aamiin . 




12 Comments

  1. happy belated birthday kak ana..moga sentiasa dilimpahi rezeki dan kesihatan yang baik berpanjangan...
    nak kena babab robot ni ye baby HNH,sampai menjerit cucunda hihi

    ReplyDelete
  2. menarik menu kat sana tu, terliur kita tau. Sama la, ada dekat 500 entri dalam draf, slow2 nak clearkan tapi mcm asyik bertambah jer..hahaha

    ReplyDelete
  3. Chicken lasagna lamanya tak makan. Sedap menu semua tu Kak Ana.

    ReplyDelete
  4. banyak western nie ') alhamdulillah , happy belated birthday

    ReplyDelete
  5. banyak juga menu yang sedap-sedap kat Vivo. Selalu makan yang kat I-city

    ReplyDelete
  6. Sedap2 semuanya tu lapar pulak tengok.

    ReplyDelete
  7. Uncle lebih geram dengan teh lemon ais tu!

    ReplyDelete
  8. Kalo menu western begini, dan disajikan dalam restoran mall, dah laah tutup mata saja dengan harga ya kak. Dijamin dah mahal 😄

    Tp kalo portion besar, agak worth it sebenarnya. Kalo portion Kecik barulah sekali sekala saja makan sana 🤭

    ReplyDelete
  9. hmmm...menarik. Sama lah dengan Azi, ada beberapa entry 2024 tak post lagi. Bab tempat makan memang selalu jadi late post entry. Bila ada masa mengadap blog, memang buat terus dua tiga schedulu entry...lepas tu peram balik.

    ReplyDelete
  10. sedaptu makanan western lama dh x gi rawang

    ReplyDelete
  11. saya plak bab2 snap2 gmbr mknn ikut mood ahaha so tak byk sgt entries mknn kat my blog tu

    ReplyDelete
  12. sy tercari2 gambar pizza smpi ke bawah😁

    ReplyDelete