Paradise Reyan - restoran timur tengah di Aeon Big, Wangsa Maju
Nasi arab lagi ??? Haah ini yang ketiga dalam masa 3 bulan kebelakangan ni kak ana makan nasi arab di sekitar KL dan Putrajaya. Sebelum ni kak ana meraikan hari lahir suami di Restaurant Balqis di Putrajaya, kemudian makan pula nasi arab bersama BFF di Damascus Bukit Bintang. Hat ni kami sekali lagi makan di Paradise Reyan bersama keluarga di Aeon Big, Wangsa Maju pula.
Paradise Reyan - restoran timur tengah di Aeon Big, Wangsa Maju
Kebetulan kak ana janji nak berjumpa dengan kak long ,aiman dan baby HNH di sekitar Wangsa Maju. kami pun pilih ke Aeon Big sebab kak long ada urusan kerja kat sini. Rindu cucu laa katakan, dua minggu tak jumpa dah rindu dengan budak tecik sorang tu.
Dah sampai waktu makan tengahari, kami terus je pilih untuk makan nasi arab di Paradise Reyan sebuah restoran menyajikan sajian dari Yaman. Kalau dah masuk restoran pak arab, menu nasi arab lah jadi pilihan sekeluarga.
Set nasi arab untuk 4 orang makan ni memang sangat banyak isian nasi nya. Kami yang makan berlima pun tak boleh nak habis. Set ni 4 pax chicken mansah, terdiri dari dua jenis nasi arab , nasi mandi dan juga nasi kabsa , ayam , sup dan sos.
Di hidang dalam talam begini, kemudian depa bagi lah pinggan ikut bilangan orang. Berbaloi sangat dan mengenyangkan. Cuma kalau kak ana nak bagi rating rasa, nasi arab di Restaurant Balqis lagi kena dengan selera kak ana. Hat ni okay sahaja tak ada cacat cela nya.
Sajian appetizer kak ana pilih untuk cuba shawarma mix set ni. Ada shawarma ayam dan daging bersama kentang fries, salad dan sos. Set ni pun sangat besar isian pinggannya dan mengenyangkan. Tak habis kami minta tapau bawa balik bersama pizza kat bawah tu. Sayang kan , bawa balik, boleh panas kan dan makan semula.
Sebenarnya ada promosi set untuk hari tersebut dan kak ana dah lupa hat mana yang masuk dalam set promosi tu . Maklumlah tak simpan pula resit kan. Kalau tak silap set promosi tu termasuk lah pizza, appetizer dan juga spring rolls.
Air kami ambil satu jug dan total untuk makan berlima dengan kesemua menu lebih kurang RM190 macam tu. Ermm.. Cuma dari segi rasa, kak ana boleh bagi 7/10 pada selera kak ana menu-menu di Paradise Reyan nih.
Apapun alhamdulillah, makan bersama keluarga itu yang paling bermakna buat kita semua. Seronok melihat telatah cucu yang kian membesar dan pandai dah makan pelbagai makanan. Cuma kak ana pesan kak long jaga-jaga juga dan pilih yang sesuai dengan usianya yang baru setahun enam bulan pada masa ini.
6 Comments
Besar dah cucu Kak Ana ye...
ReplyDeleteLama tak makan nasi² Arab ni.
Nampak sedap juga tu, macam² menunya selain nasi.
wahhh bolehlah try mkn sini..MZ kerap lah dtg Aeon Big WM ni sbb nak caj baby T...so selalu lepak2 kat mana2 kedai mkn dlm tu jugak esp kalau time lpr/lom mkn
ReplyDeleteAmmi ada follow sorang ni yg bersuamikan org yaman. Rajin dia tunjuk cara masak nasi arab yaman
ReplyDeleteSedapnya semua tu. Terliur tengok.
ReplyDeletewaahhhhh sedapnyaaa menu semua!
ReplyDeleteSedapnya sesekali makan nasi arab ni....
ReplyDelete