Tiap kali kak ana jalan-jalan ke Bukit Bintang, selalu nampak Restoran Damascus , Bukit Bintang tak pernah lah tak ada orang beratur panjang. Dari mula-mula dulu depa sewa lot belakang dengan viral shawarma sampai lah laa nih dah ada restoran baru 4 tingkat dan luas pun ramai juga yang beratur untuk masuk makan. 

Tapi rezeki juga akhirnya hujung tahun lepas, kak ana dan bestfriend kak ana, Ida Megat kami plan days out bestie berdua hari Khamis kalau tak silap dan cadang nak lunch ke sana. Kami jumpa dan sarapan pagi di Sunway Putra Mall, kemudian jenjalan kejap ke Taman Orkid, KL ( hampa tak ada bunga orkid pun ) kemudian terus naik Monorel ke Bukit Bintang untuk lunch di Damascus. 


Damascus, Bukit Bintang
Damascus, Bukit Bintang 


Damascus, Bukit Bintang 


Sampai sahaja hujan renyai-renyai tengahari tu dalam jam 2 petang lebih kurang. Ingatkan sebab hari bekerja tak lah kena queue , silap ! Kami beratur juga di hadapan pintu masuk untuk dapatkan meja di dalam restoran. 



Damascus, Bukit Bintang
Damascus, Bukit Bintang 

Tapi tak lah panjang sangat, ada yang datang sekeluarga jadi cepat juga pergerakan queue berlaku. Dalam sekitar 30-40 minit macam tu sampai lah giliran kami. Sepanjang queue tu tak terasa sangat sebab kami duk borak berdua kan, sambil tu jangan lupa scan qr untuk lihat dan pilih menu serta intai-intai harganya dahulu naa.. 




Damascus, Bukit Bintang


Nanti bila dah sampai giliran kita depan pintu , staff akan beri nombor meja dan tingkat berapa. Damascus baharu ni ada 4 tingkat semuanya. Melangkah masuk sahaja kak ana terpesona dengan dekorasi dalaman gaya timur tengah. Memang sangat mewah dan cantik mengikut tema. 



Damascus, Bukit Bintang


Kami naik lif ke aras ke-2 dan di sana ada staff yang akan tunjuk meja kita kerana memang tak ada nombor pada meja kat ruang makan. Di aras 2 ni pun cantik sangat dekorasi dalaman gaya timur tengah yang sangat mewah . Ruang makan selesa luas dan sejuk sungguh suhu aircond nya. 


Damascus, Bukit Bintang
 Damascus, Bukit Bintang


Kita akan di berikan menu dan akan ada staff yang akan ambil order. Sebab tu kak ana nak pesan buat yang pertama kali nak makan sini, ampa boleh usya-usya dahulu menu waktu beratur atau pun layari ke laman web depa untuk bajet dan pilih menu. Senang sebab depa ni ada yang tak fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. 



Damascus, Bukit Bintang
Damascus, Bukit Bintang 


Selepas buat pesanan makanan, kak ana dan Ida bergilir solat Zohor di surau yang bersebelahan sahaja dengan meja kami di aras 2 ini. Surau dan tandas yang sangat selesa, bersih dan cantik. Dan tak lama sangat menunggu menu pun sampai di hidangkan di meja. 



Damascus, Bukit Bintang
Damascus, Bukit Bintang 

Kak ana order menu untuk makan berdua sahaja tengahari tu. Sebab kami nak rasa pelbagai menu lauk jadi kami ambil set platter Mix BBQ & Grill berharga RM49.90 . Dalam set ni ada  100% lamb kebab, 100% lamb cubes & shish tawook, roti pita, grilled vegies dan garlic sauce.



Damascus Bukit Bintang


Hidangan ni agak kering pada kak ana dan kalau segi rasa pun biasa sahaja, sama macam kita makan di mana-mana restoran Arab cuma ia banyak pilihan menu untuk korang pilih. Memang rambang mata, pelbagai menu timur tengah yang di tawarkan di sini, mungkin kalau ada rezeki lain kali boleh pilih menu lain pula untuk rasa. 



Damascus, Bukit Bintang


Sebab lapar nasi, kami order satu pinggan mandi rice atau nasi mandi. Dah boleh agak kalau hidangan nasi arab ni mesti banyak walau order satu dah boleh kongsi berdua. Memang betul satu ni pun tak habis nak makan berdua , pelan-pelan kami habis juga nasi mandi . Secukup rasa semuanya rempah ratus nasi mandi di Damascus. Harga untuk mandi rice ni cuma RM11.90 sahaja. 


Damascus, Bukit Bintang
Damascus, Bukit Bintang


Kami juga ambil arabic salad ni untuk sajian sayuran pada harga RM14.90 . Biasa lah arabic salad menggunakan dressing minyak zaitun, lemon dan daun herba pudina bersama tomato, salad dan timun . 


Damascus, Bukit Bintang
kunafa Damascus

Untuk pencuci mulut kami ambil cheesy kunafa berharga RM17.90 . Kami juga take away shawarma untuk bawa balik sebab Adik Ika duk pesan suh beli kan dia shawarma Damascus. Kunafa Damascus ni pun kak ana rasa biasa sahaja, sama macam kunafa yang biasa kami makan di restoran nasi arab. 


Damascus, Bukit Bintang


Untuk minuman kak ana minum orange juice RM14.90 dan Ida pula jus tembikai pada harga yang sama. Hat atas tu adalah gambar sinki kat tandas Damascus yang kak ana tertarik sangat coraknya. Lawa sangat kan untuk sinki tandas yang sedondon dengan botol sabun tangan tu. Memang eksklusif , kalah hotel pula hehe :) 

Total kami makan berdua campur tapau shawarma adalah lebih kurang RM160 . Secara personalnya, Damascus pada kak ana memang tarikan adalah pada dekorasi atau ambience nya yang sangat selesa dan cozy , banyak pilihan menu makanan dan pencuci mulut serta appetiser tetapi untuk rasa biasa sahaja pada selera kak ana berbanding harga.

Sekali sekala nak mencuba dan nak meraikan majlis sesuai sangat lah tempat yang cantik dan selesa. Untuk repeat mungkin lah juga nak bawa family pula makan di sini nanti, In Syaa Allah... 

12 Comments

  1. nieyl penah sampai sini...
    beratur dalam 30min juga untuk dapatkan seat dlm tu..
    makanan dia nasi arab dia mmg sedapp sgt...kalau betul2 lapar mmg boleh habis, unik pinggan dia besar....suasana hiasan dalaman dia pun cantik2..

    ReplyDelete
  2. Cantik deco nya. Makanan pun nampak sedap. Elok juga order set platter, boleh rasa macam2 kan.

    ReplyDelete
  3. Hehe mesti boleh terlena tempat selesa dan tenang.

    ReplyDelete
  4. Rupanya dalam dia cantik ya Kak Ana. Suami saya tapau shawarma je kat sini. Itu pun dia kata line beratur nak makan sini panjang.

    ReplyDelete
  5. Cantik betul dekorasi restoren ni.
    Good idea bila ambil set platter, boleh rasa beberapa jenis makanan.

    ReplyDelete
  6. Saya pun tertarik dgn sinki tu, mmg lawa sangat 👍🏻
    Memang selesalah nak berborak² & makan² dalam suasana yg cantik macam ni kan

    ReplyDelete
  7. Uncle ni tang beratur tu yg lemah semangat sikit tu!

    ReplyDelete
  8. die punya deco cantik sangat. ni kalau masuk wajib OOTD..

    ReplyDelete
  9. Waktu june lalu ke bukit bintang, saya dan suami lewat restoran ini. Sebenernya memang dah masuk list kami utk dicoba. Tp saat itu kami baru saja makan roti daging viral yg ada di bukit bintang juga. JD memang dah kenyang sangat.

    Makanya blm coba lagi yg Damaskus ini. Memang hrs kami coba. THN ini nak ke KL lagi, tp stay di area Putrajaya pula. Tak tahulah bisa sempat ke sana atau tak 😅

    ReplyDelete
  10. Belum pernah sampai lagi ke Damascus ni, cantik betul dekorasi kedainya. Teringin pula nak makan salad macam tu, menggoda sungguh.

    ReplyDelete