Resepi laksa mee Pangkor
Waktu kak ana sekeluarga bercuti ke Pulau Pangkor tahun lepas, sempat kak ana makan dan beli laksa mee untuk di bawa balik. Itu pun laksa mee kak ana beli di jeti Lumut selepas sampai dari Pulau Pangkor tengahari tu. Masa kat Pangkor tak teringat nak beli sebab duk sibuk tengok pinggan mangkuk dan coklat di kedai-kedai bebas cukai.
Sampai jeti Lumut baru teringat nak beli, mujur ada jual juga di deretan kedai. Masa tu harga sepaket RM8 dah, beza dengan sebelum ni beli RM5 sahaja.
![]() |
laksa mee Pangkor |
Resepi laksa mee Pangkor
Ada orang masak kuah laksa mee dengan menggunakan udang dan ada yang gunakan ikan kembung macam resepi kak ana nak kongsikan nih. Ia adalah resepi mak saudara kak ana, arwah suaminya berasal dari Pulau Pangkor.
Dari dulu lagi kami di Teluk Intan kalau masak laksa mee gunakan resepi we Midah . Memang sedap pada selera kami. Laksa mee ni senang sahaja nak buat, cuma ia ada beberapa steps . Tapi semua steps tu senang sangat nak sediakan.
Cara masak kuah laksa mee
![]() |
ikan kembung |
Mula-mula kita masakkan kuah laksa mee. Kuah laksa mee ni pun senang sahaja, ia cuma sup ikan yang kita tumis darat dan tak banyak bahan yang di perlukan .
1kg ikan kembung - dibersihkan dan direbus dengan air secukupnya.
beberapa ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 ulas asam keping
garam secukup rasa
- Ikan kembung yang direbus tadi, keluarkan dan ambil isinya.
- Tapis air rebusan ikan dan letakkan ke dalam periuk untuk di jadikan kuah.
- Masukkan kembali isi ikan kembung tadi bersama air rebusannya tanpa tulang. Sama seperti kita membuat kuah laksa asam. Masak hingga mendidih.
- Bawang merah dan bawang putih di hiris halus. Kemudian di tumis di dalam kuali. Angkat dan tuangkan tumisan ke dalam periuk rebusan ikan. Atau kita panggil tumis darat.
- Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak hingga mendidih sekali lagi. Siap untuk hidangan.
![]() |
kuah laksa mee Pangkor |
Sambal laksa mee Pangkor
Dah siap kuah boleh lah kita masakkan sambal laksa mee Pangkor pula. Sambal biasa sahaja , kita perlukan bawang merah ,bawang putih, cili giling dan sedikit cuka, gula dan garam. Tumiskan kesemua bahan untuk di jadikan sambal.
![]() |
laksa mee Pangkor |
Laksa mee Pangkor
Dan pastilah korang kena celur laksa mee Pangkor ni dalam air mendidih sampai ia berubah warna menjadi warna cerah keputihan dan lembut kenyal. Laksa mee ni tak kembang jadi korang boleh je makan rebus awal-awal.
Sekarang ni mudah kalau teringin nak makan laksa mee, tak perlu nak ke Lumut atau Pangkor kerana ada juga di jual di pasaraya. Tetapi kak ana memilih produk Muslim keluaran Hasil Laut Jamilah yang boleh di beli di Shopee sahaja.
Korang boleh dapatkan di pautan shopee yang kak ana terbitkan ni -- https://s.shopee.com.my/9UmVyAadRe .
Laksa mee ni celur kosong sahaja sebab ia dah ada rasa masin pada laksa keringnya. Dah siap celur boleh lah hidangkan bersama sambal, ulam kacang panjang dan juga kuahnya. Kalau dah pernah rasa dan suka boleh lah cuba buat di rumah pula kan sebab ia sangatlah mudah untuk di masak. Semoga bermanfaat..
8 Comments
Sedapnya Mee Pangkor. Masa duduk Kerteh ada kawan asal Perak jamu kami, siap diajar jugak buat nya.
ReplyDeleteLaksa ikat dengan getah ke tu? unik!
ReplyDeleteMenarik. Saya belum oernah makan laksa Pangkor ini.
ReplyDeleteBelum pernah makan laksa mee PP ni... Sy pun kalau ke Lumut suka shopping di kedai Jamilah.
ReplyDeletelum pernah makan lagi laksa pangkor ... nanti kalau ade kerajinan boleh try , resepi dah ade dahh kat atas tue ;)
ReplyDeleteTak pernah makan. Unik betul menu ni.
ReplyDeleteAda lagi jenis laksa lain yaaa 😍. Saya belum coba yg ini. Tp setelah baca resep kakak, berarti laksa di daerah sekitar pesisir laut, base kuah dia dari ikan ya kak, macam laksa Penang kan.
ReplyDeleteSukaaa mencicipi aneka laksa dari berbagai daerah ini 👍
sedapnya. last year beli gak untuk minum petang, kat sini takda laksa macam ni
ReplyDelete