Alhamdulillah, berkesempatan balik ke kampung kak ana di Teluk Intan waktu cuti Hari Wilayah, 1hb February 2025 yang lepas. Plan dengan adik dan adik ipar kak ana nak kemas bilik tidur abah kat rumah sebelum nak masuk bulan Ramadan. 

Sampai Teluk Intan lebih kurang pukul 11 pagi, kami singgah makan di gerai depan masjid Taman Cicely, sebelah hospital. Pas tu terus balik rumah dan mulakan operasi kemas bilik dengan adik dan suami, sementara adik ipar dan Adik Ika duk masak makan tengahari di dapur.

Banyak barang-barang lama dalam bilik abah yang dah tak di gunakan kami buang sahaja dengan persetujuaan abah. Dah kemas ,lepas makan tengahari dan solat Zohor, adik dan suami mula lah mengecat seluruh bilik dengan warna putih. 


Menara Condong Teluk Intan waktu malam
Menara Condong Teluk Intan waktu malam

Menara Condong Teluk Intan waktu malam


Lepas Maghrib kami pakat ke pasar malam dan lepak makan kat kedai mamak depan Skomk lama tu. Lama kak ana tak merayau pasar malam Teluk Intan, meriah dengan makanan dan pelbagai jualan. Lepas tu sambung pula jenjalan ke Gerbang Malam dan sampai ke perkarangan Menara Condong. 

Menara Condong Teluk Intan waktu malam


Meriah ramai pengunjung luar dan tempatan duk bergambar di hadapan mercu tanda bandar Teluk Intan nih. Cantik bagaikan kilauan keemasan menghiasi Menara Condong dan sempena perayaan Tahun Baru Cina ia di hias dengan deretan tanglong berlampu berwarna merah. 

Bangunan Menara Condong ni masih terpelihara dan jaga dengan rapi walaupun dah berusia lebih dari 100 tahun. Kak ana masih ingat lagi ada satu ketika dahulu di adakan perarakan di bandar Teluk Intan sempena berusia 100 tahun dahulu, lama dah tak ingat bila. 

Menurut laporan portal perak.gov.my , Menara Condong Teluk Intan telah diiisytihar  sebagai Tapak Warisan Kebangsaan pada 28 Februari 2015. Pengunjung boleh memasuki kompleks Menara Condong ni secara percuma sahaja. 

Dulu kami panggil menara ni jam tinggi sebab ada jam yang masih berfungsi hingga ke hari ini. Setiap setengah jam ia akan berbunyi dan bila cukup waktu ia berdeting mengikut waktu jam. Contoh kalau masuk jam 10 pagi atau malam, ia akan berdeting bunyi loceng sebanyak 10 kali. Nostalgia sungguh bila berada di sini semula.. begitu cepat masa berlalu.. syukur di atas pinjaman usia yang berbaki ini. 





9 Comments

  1. Cantiknya Menara Condong Teluk Intan pada waktu malam. Saya pernah sekali je ke sini, waktu siang. Sempatlah masuk naik sampai atas.

    ReplyDelete
  2. cantiknya view pd waktu mlm sbb effect lighting tu. MZ lom pernah sampai lagi ke sini..

    ReplyDelete
  3. Cantiknya malam. Pernah 2-3x dah pi waktu siang je.

    ReplyDelete
  4. Teringin pulak nak pegi malam... mesti banyak peluang foto2

    ReplyDelete
  5. Cantik!
    Pernah ke sini tapi tak masuk dlm menara tu. Rasanya nak kena revisit Teluk Intan ni :D

    ReplyDelete
  6. cantikk yer waktu malam , selalu lalu jew tapi tak pernah singgah , insyaAllah satu hari nanti ;)

    ReplyDelete
  7. Baru kali ini lihat menara condong di foto waktu malam. Biasanya teman2 saya yg kesana memotretnya saat siang hari. Baguuus 😍. Belum pernah sampai sana saya

    ReplyDelete