Sambal bendi goreng
Kalau makan set menu di TCRS, kak ana suka ambil pilihan bendi goreng depa. Memang sedap dan garing sungguh sambalnya. Tak sama buat kat rumah. Tapi tu lah, rasa belacannya cukup mengancam. sudahnya kak ana seorang lah kena habiskan sebab suami dan Kika tak makan belacan.
Bila di rumah kak ana buat juga lah sambal bendi goreng ni tanpa belacan atau udang kering. Masih okay sahaja rasanya, sedap. Cuma bila masak bendi ni kena dapat yang lembut baru sedap. Kak ana kalau pilih bendi akan beli yang saiz kecil-kecil tu, lembut dan sedap dari yang dah keras , kan..
Resepi sambal bendi goreng
Resepi cara kak ana ni senang sangat. Resepi basic sahaja. Jom tengok bahan dan cara kak ana masak sambal bendi goreng.
Bahan-bahannya :
Beberapa batang kacang bendi atau belah utara kami panggil kacang lendiaq hehe :)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit ikan bilis
3-4 biji cili merah - ikut pedas masing-masing
sos tiram
garam secukup rasa
Cara masak sambal bendi goreng
1. Kacang bendi potong serong dan goreng dalam minyak panas hingga lembut, angkat dan tos minyak buh dalam piring siap-siap .
2. Bawang besar, bawang putih, cili merah dan ikan bilis di blend kasar.
3. Panaskan minyak dan tumislah bahan blend hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan perasa dengan garam sedikit. Hati-hati kerana sos tiram dan ikan bilis dah masin .
4. Tambah sedikit air jika terlalu kering dan bila dah masak tuangkan ke atas bendi yang di goreng tadi.
Siap dan mudah sangat kan. Selamat mencuba :)
10 Comments
sama la Kak Ana..SA pun suka...memang selalu amik sambal bendi goreng..kadang x abis siap bungkus
ReplyDeleteSuka sangat lauk bendi macam ni.
ReplyDeletesamalah & ana suka jugak yg tauhu depa tu hehehe
ReplyDeleteMZ dulu2 tak reti/tak suka mkn bendi tp dh umur 40s ni suka jugaklah mkn bendi tu
ReplyDeleteSedap bendi ni... masak smbal macam ni. goreng mcm mamak.. celur pun sedap :D
ReplyDeletePH suka juga bendi ni tapi jarang masak sbb tak ramai peminat bendi di rumah ni...
ReplyDeleteDah lama tak makan bendi 😍😍😍. Saya biasanya makan ini kalo sedang di KL atau Penang . Sebab agak susah menemukan bendi atau okra di jakarta. Kalo di Medan banyak.
ReplyDeleteAzi pun suka makan sambal bendi goreng ni, padankan dengan telur mata dan kicap. Memang boleh bertambah dibuatnya.
ReplyDeletesedap n kreatif
ReplyDeleteTengok rupa sambal tu pun dah terliur.
ReplyDelete