Sup suhun cendawan hitam
Menu lepas raya lah ni, bila dah jemu makanan berasaskan santan dan rempah ratus, kan.. Balik dari cuti raya di kampung, kak ana masak lah apa bahan kering yang ada di rumah. Kedai dan pasaraya dah buka dah minggu pertama raya hari tu, tapi macam saja nak masak sup sayur untuk menu tengahari.
Kak ana masuk dapur dan tengok ada stok suhun, ubi kentang dan black fungus. Terus terfikir nak masakkan sup cair-cair sahaja. Dulu arwah mak selalu masak macam ni untuk makan kami sekeluarga. Membesar di kampung selalunya ada sahaja stok bahan kering simpan di rumah sebab nak ke kedai agak jauh dan masa tu kena berjalan kaki pula.
Meh kak ana kongsikan di sini resepi yang sangat mudah masak sup suhun cendawan hitam atau black fungus .
Resepi sup suhun cendawan hitam
Bahan-bahan masak sup suhun cendawan hitam :
Satu pek kecil suhun - dalam anggaran secekak macam tu
2 biji ubi kentang - belah 4 atau 6
beberapa keping cendawan hitam ( black fungus ) - ada yang kering dan ada juga yang segar di jual di pasaraya
1 kuib ikan bilis ( kalau nak buh ikan bilis pun sedap )
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah atau ikutlah kepedasan masing-masing
daun bawang
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menulis
Cara masak sup suhun cendawan hitam
1. Panaskan minyak sedikit sahaja, tumiskan bawang putih yang telah diketuk.
2. Masukkan ubi kentang dan masukkan sedikit air untuk masak empuk ubi kentang terlebih dahulu.
3. Bila ubi kentang dah empuk, masukkan suhun yang telah direndam dalam air hingga lembut.
4. Masukkan cili merah yang di hiris, kiub ikan bilis dan cendawan hitam yang dihiris kasar.
5. Masak hingga menggelegak dan rasakanlah dengan garam secukupnya.
6. Taburkan hirisan daun bawang dan siap lah sup suhun cendawan hitam untuk di sajikan.
Selamat mencuba.
11 Comments
Ya allah sedapnya..sesuai untuk orang x sihat macam SA ni kan kak...hari tu ada beli 2 pack black fungus..sekali dh rosak sebab lupa kat dia..ingat nak buat masak lemak cili api udang letak black fungus...
ReplyDeleteSup begini laju jew masuk perut!
ReplyDeleteI loike the black fungus tu sis =D
ReplyDeleteKak Ana share ni baru perasan dah lama tak beli black fungus. Saya suka makan cendawan jenis ni.
ReplyDeleteSedapnya. Hirup camtu pun sedap dah tak payah nasi dah.
ReplyDeleteCendawan hitam tu atau ada yang panggil telinga kera tu saya suka....
ReplyDeletemy fav ni! saya suka cendawan hitam tu tapi tak pernah beli--biasa mkn yg dh masak kat kedai jer
ReplyDeletewaahhhhhhh sedapnyaa! Ana paling suka apa saja jenis cendawan tak kiralah cendawan hitam ke, cendawan busut ke semua sedapppnyaa! hehe
ReplyDeletesuka cendawan sup bersayur
ReplyDeletefirst time ayah beli cendawan hitam, lepas dah masak rupanya sedap sungguh rangup2 bila kite makan.
ReplyDeleteSimple dan sedaap nih kak. Saya senang Krn semua bahannya saya ada pula 😍😍😍. Nanti nak buat lah. Beberapa hari ini makan yg tiada kuah. Jadi teringin yg segar2 pakai kuah pula
ReplyDelete