Cafe Salim di lokasi baru..
Kalau tak silap ini kali ketiga kak ana sarapan pagi di Cafe Salim dengan menu sarapan ala Inggeris atau English Breakfast. Pertama pergi berdua dengan suami, kemudian bawa Adik Ika dan ketiga ni nak bawa Kak Long, Aiman dan Dak Kecik Baby HNH.
Dalam kereta kami waze untuk lihat ETA, katanya lokasi di Jalan Paip tu dah tutup Cafe Salim . Kami pun search lah FB Cafe Salim dan feed nya baru sejam lepas Live dan scroll ke bawah ada notis dah berpindah ke lokasi baru.
Cafe Salim , pindah lokasi baru
Masih di Meru tapi bukan lagi di Jalan Paip. Lokasi baru yang di bawa waze ni berada di pekan Meru pula. Agak jauh juga dari tempat lama tu. Korang waze sahaja nanti boleh sampai ke lokasi ni, In Syaa Allah..
Persimpangan nak masuk ke Cafe Salim di pekan Meru ni agak sempit sedikit dan banyak kenderaan untuk seberang masuk ke lokasi. Kena tunggu trafic light merah baru dapat cross ke seberang jalan kerana kami datang dari Puncak Alam.
Cafe lebih selesa dan luas dari sebelum ini dan ada ruang berhawa dingin di dalamnya . Nasib lah kalau dapat tempat berhawa dingin atau luar yang lebih santai kerana meja akan di tetapkan oleh staff semasa kita beratur nak masuk cafe.
Pagi tu kami sampai dalam jam 10 pagi lebih kurang, queue pun tak ramai dan kejap dah dapat meja. Terus pilih menu dan order di kaunter buat bayaran dan ke meja untuk menanti makanan sampai. Minuman kat sini dia kira bilangan orang RM3 satu pax.
Minuman tu free flow jadi kita boleh ambil apa sahaja minuman dan berapa kali ulang pun boleh. Ada teh, kopi, minuman sejuk seperti jus oren, jus anggur, minuman coklat . Berbaloi lah kan .
Menu sangat cepat sampai pagi tu. Duduk tak sampai 5 minit dah sampai menu satu persatu. Kami makan berlima, 2 set English Breakfast , set steak sandwish , chicken chop dan nasi lemak rendang kerang termasuk air untuk 5 orang cuma RM110 lebih kurang. Berbaloi dengan portion yang banyak setiap pinggan menu.
Jadi pada yang teringin nak makan menu sarapan pagi ala Inggeris tapi ada juga menu nasi lemak pelbagai lauk dan menu pencuci mulut serta pizza boleh lah waze ke Cafe Salim, Meru bukan lagi di Jalan Paip nun.
Cafe baru ni dibuka setiap Selasa hingga Ahad, Isnin cuti dari jam 7 pagi hingga 10 malam kalau tak silap kak ana lah. Korang carilah info di mana-mana laman sosial Cafe Salim . Semoga bermanfaat..
6 Comments
selesa lokasi baru banya menu pilihan sedap tu
ReplyDeleteNampak sedap semuanya!
ReplyDeletecantik food presentationnya! nampak sedappp
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeletekat facebook dia memang meriah selalu
ReplyDeleteLokasi je pindah, tapi selera tetap tak ke mana! Cafe Salim ni, kalau waze pun boleh lapar separuh jalan sebab bau English Breakfast tu dah terbayang-bayang 😂☕
ReplyDelete