Petang Sabtu tu suami kena datang pejabatnya sekejap dalam pukul 6 petang macam tu ada urusan kerjanya. Kak ana dengan Adik Ika pun sibuk lah nak ikut, dan kami cadang nak pi makan nasi lemak Wanjo malam tu kat Kampung Baru, tak jauh dari pejabat suami. 

Lepas Maghrib dan urusan kerja suami pun selesai, terus lah ke Kampung Baru. Nasib baik juga awal lagi, orang masih tak ramai dan pandu sampai depan Legasi tu dapatlah menyelit parking percuma depan kedai runcit. 


Nasi lemak Wanjo, Kampung Baru
nasi lemak Wanjo 


Nasi lemak Wanjo, Kampung Baru 


Dan bermula visi menuju ke nasi lemak Wanjo. Tak ramai lagi jadi tak beratur pun terus pilih lauk di kaunter. Malam tu kami makan nasi lemak rendang ayam, paru goreng dan rendang kerang. Meriah ampa.. 


Nasi lemak Wanjo, Kampung Baru
Nasi lemak Wanjo, Kampung Baru 


Kak ana dan suami dah beberapa kali juga makan di Wanjo ni dan sangat kena dengan selera kami. Bukan sebab viral ke apa tapi kalau sekali makan dan kena dengan selera memang kita akan ulang dan datang lagi lah, kan.. 


Nasi lemak Wanjo, Kampung Baru
Nasi lemak Wanjo, Kampung Baru 

Pada kak ana , nasinya sedap tak lemak sangat sedang-sedang sahaja. Rendang-rendang nya pun sedap dan banyak portion dia bagi. Sambal pun sedap tak terlalu pedas dan berminyak. Setiap set nasi lemak depa akan bagi telur rebus sebiji dah kemudian tambah lah lauk apa yang kita nak makan. Harga pun masih berpatutan dan tidak lah over price. 


Gerai Akok Royel , Kampung Baru


Gerai akok royel, kampung baru

Alhamdulillah dah kenyang kami ke gerai Akok Royel, Kampung Baru sebelah kedai Wanjo tu sahaja. Kak ana suka sangat makan kuih akok ni . Kalau dapat yang sedap macam kat Akok Royel nih memang sedap sangat. 


Gerai Akok Royel , Kampung Baru





Di Akok Royel ni ada pelbagai pilihan akok seperti akok durian, pandan, berlauk dan sebagainya. Memang semua sedap pada kak ana. Dan yang istimewa ia di bakar dengan dapur arang tempurung kelapa, berasap-asap dan ia memberikan aroma tradisional pada rasa kuih akok. 


Gerai Akok Royel , Kampung Baru
 Akok Royel Kampung Baru 


Malam tu kak ana beli sekeping kuih bakar pandan dan bawa balik makan di rumah. Memang sedap sangat terasa lemak manisnya secukup rasa. Akok Royel ni jual pelbagai kuih tradisional Terengganu selain ada akok, beka dan kuih bakar serta bahulu. Kalau teringin kuih Ganu boleh lah ke sini sahaja. 

Aiskrim kelapa , Kampung Baru



Aiskrim kelapa , Kampung Baru
Aiskrim kelapa, Kampung Baru 


Sebagai penutup malam tu kami makan aiskrim kelapa pula yang duk jual atas motor depan gerai Akok Royel, Kampung Baru. Sedap aiskrim kelapa ni ada pulut sekali di letakkan dan di taburkan kacang halus. Ada dua pilihan harga untuk di pilih dan kami ambil hat kecil sahaja. 

Memang best sangat sekali sekala jalan-jalan cari makan di Kampung Baru, KL . Pelbagai jenis juadah ada di jual di sepanjang deretan jalan utama melalui pintu gerbang Kampung  Baru. Ikutlah pilihan masing-masing dan yang paling best kesemuanya perniagaan orang kita. Boleh lah makan tanpa was was. 






5 Comments

  1. Alaaa Kak Ana, jauhnya lah. Nasi Lemak Wanjo lalu beberapa kali, nak kena pergi jugak ni kalau ke KL.

    ReplyDelete
  2. Wahhh..Sy pun pegi wanjo last week..Tp hari ahad =D

    ReplyDelete
  3. Lama betul dana tak jalan2 cari makan kat kt baru... mau dah tak kenal mana kedai yang best

    ReplyDelete
  4. waduhhh waduhhh sedapnyaaaa ! suka betul aiskrim kelapa tu!

    ReplyDelete