Arwah mak kak ana panggil masakan ni masak chulia katanya .. Kak ana pernah lah cari di internet tapi tak jumpa lah pula menu masakan bernama chulia. Arwah mak kata masakan kaum india. Tapi memang sedap air tangan mak kalau masak menu nih, bila mak dah tak ada tak dapat dah rasa yang sama walaupun kak ana masak sebiji ikut resepi arwah mak.. 

Masakan ni kacang panjang tumis bersama hati ayam berempah dan buh kicap manis. Rasanya ramai pun tahu masakan begini cuma ada lah beza sedikit sebanyak bahan-bahannya kan. Tak pe seronok sahaja raikan perbezaan resepi, masing-masing ikut cara mereka tersendiri.. yang sedap kita ikutlah kan.. 


Kacang panjang tumis hati ayam berempah...


Resepi kacang panjang tumis hati ayam berempah


Kalau ikut cara arwah mak kak ana masak, cara hiris kacang panjang pun berbeza ikut resepi masakan. Itulah telitinya orang dulu-dulu kan. Kita laa nih, biasanya hentam sahaja, bukan ada beza rasa pun .. cuma mereka dahulu berseni dalam masakan. 

Untuk tumis kacang panjang , arwah mak ajar hiris serong dan nipis-nipis. Kalau masak kari dhal atau gulai pula potong tepat panjang-panjang.. argghh gituew..  Jom kak ana kongsikan resepi kacang panjang tumis hati ayam berempah... 

Bahan-bahan :

Kacang panjang - hiris nipis serong 
hati / pedal ayam - ikutlah nak buh banyak mana resepi ni tak dak sukatan 
1 - 2 sudu rempah kari daging
bawang merah 
bawang putih 
halia
kicap pekat manis 
garam secukup rasa 
minyak untuk menumis 

Cara masak kacang panjang tumis hati ayam berempah... 


1. Rebus sekejap hati atau pedal ayam dan potong ikut suka. Kalau tak rebus pun boleh sahaja masukkan terus selepas menumis. 

2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang di blend atau hiris. Masukkan serbuk rempah kari dan tambah sedikit air supaya rempah kari masak pecah minyak. 

3. Masukkan kacang panjang dan tuangkan kicap pekat manis. Masak hingga kacang empuk dan rasakan dengan garam secukupnya. 

Senang sangat kan. Cuba lah kalau dah buntu nak fikir masak apa untuk menu sayuran dan ada stok hati ayam di rumah. Selalunya kak ana akan ambil hati ayam dari seekor ayam yang di beli. Isi ayam buat lauk dan hatinya untuk perencah sayuran. 

Cuma tak semua orang suka makan organ macam hati atau pedal ayam. Ikut pada citarasa dan selera masing-masing kan... 


10 Comments

  1. ye betul. orang lama cara hiris pun berbeza. kalau mak saya dulu dia tak bagi pakai andas. eh kita risau terhiris jari bila serong. dia kata tak nipis kalau awak guna andas.hahahaha.

    ReplyDelete
  2. Sedap lauk sayur makan thari

    ReplyDelete
  3. Lauk fav arwah Mak SA ni kak..tapi dia masak versi NS la, lauk ni jugak lauk tambahan yang laku keras masa wedding SA lepas...ramai suka rupanya...cuma version Mak SA macam rendang skit dan kacang panjang diganti kacang buncis

    ReplyDelete
  4. Sedapnya! Simple je tapi penuh rasa. Memang betul, masakan mak-mak dulu ada magisnya yang tak dapat kita buat sama walau cuba sekeras mana. Terima kasih Kak Ana sebab share resepi ni, jadi teringin nak cuba pula!

    ReplyDelete
  5. Dah lama x mkn menu ni...Dulu arwah mak masak tumis kacang panjang + pedal ayam + telur...Dulu2 dekat kenduri kahwin selalu jgk jmp menu tu =D

    ReplyDelete
  6. tu lah kalau mak-mak dulu-dulu hiris bawang pun alas jari je.. aaaaa kita ni seriauuuu ghisauuuu terhiris jariiii hehehe

    ReplyDelete
  7. Kalau hiris serong-serong tu macam buat sambal goreng. Masak ni memang sedap apa lagi berempah

    ReplyDelete
  8. Sedap ni Kak Ana... Sy ni kalau hati ayam masaklah apa pun, suka sangatttt
    Eh, Sy malam tadi pun goreng kacang panjang juga, campur dgn tempe :)

    ReplyDelete
  9. Menarik resepi ni kak.. bubuh rempah kari. Biasa tumis je. Later nak try juga lah.

    ReplyDelete