Perut lembu air asam
Kak ana buat juga air asam perut lembu muda nih di rumah, walaupun suami dan Adik Ika tak makan belacan. Depa alah sungguh dengan belacan, mulalah gatal hidung kadang sampai selsema jadi nya. Tapi kak ana teringin nak makan, buat sikit dengan belacan dan sikit lagi tanpa belacan.
Mestilah ada beza rasanya, sebab hat yang buh belacan tu yang beri rasa pada air asam nya kan, tapi sebab depa tak boleh makan hat yang tak buh belacan tu kuranglah sikit 'kick' nya... Tapi habis juga lah.. huhu :)
Dapat beli perut lembu frozen di pasaraya adalah dalam 500g sahaja cukup buat ghaso-ghaso sebab teringin kan. Selalunya kalau ke Nasi Kerabu Mek Siti, kak ana makan je kat sana, nih dah lama tak pii nampak perut dan bahan lain ada di rumah kak ana buatlah sedikit.
Resepi perut lembu air asam
Resepi ni kak ana ambil dari FB cuma bahan kak ana dalam kuantiti sedikit dari resepi yang tertera di bawah ni.. ( kredit resepi link : https://www.facebook.com/pagesenokperut/posts/resepi-kerabu-perut-ketagih-ala-kelate-perut-lembu-air-asam-merupakan-salah-satu/1620781288388165/ )
BAHAN-BAHAN
----------------------------------
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi perut lembu air asam.
◦ ½ kg perut kitab atau perut muda* yang telah dicuci
◦ 4 biji limau nipis**
◦ Cuka (kak ana gunakan air asam jawa gantikan cuka )
◦ 5 biji bawang merah
◦ 8 biji cili padi
* kak ana masukkan tomato ceri di hiris
◦ 1 inci belacan
◦ Garam dan gula secukup rasa
◦ Air untuk merebus
*Di Kelantan, perut muda merujuk kepada usus lembu. Perut kitab pula merujuk kepada perut yang berbulu macam tuala. Perut kitab perlu dicuci menggunakan air kapur sehingga putih.
**Kalau nak rasa lagi sedap dan authentic, gantikan limau nipis dengan limau kerat lintang atau limau purut.
Persediaan Bahan-bahan
◦Hiris kasar bawang merah dan potong kecil cili padi.
--------------------------------
CARA MASAK
---------------------------------
Berikut adalah cara memasak perut lembu air asam Kelantan.
1) Rebus perut lembu . Kalau nak kurangkan lemak dan bau lembu, buang air rebusan pertama, ganti dengan air baharu dan teruskan merebus. Bila empuk, angkat dan biarkan sejuk.
2) Untuk air asam: campurkan air rebusan perut, perahan limau nipis, hirisan cili padi, hirisan bawang merah dan belacan di dalam mangkuk. Lenyek-lenyekkan bawang, cili dan belacan dan kacau untuk mesrakan rasa. Perasakan dengan garam dan gula.
3) Potong perut lembu kecil-kecil bila ia dah sejuk. Perut kitab potong kepada saiz 1cm x 3cm.
4) Masukkan perut ke dalam air asam dan gaul sebati.
5) Hidangkan panas-panas.
Boleh la cuba resepi perut lembu air asam Kelantan bila buat korban ketika raya aidil adha nanti. Ia kaya dengan lemak tepu dan kolesterol, jadi mesti hati-hati, jangan makan banyak. Makan sekali sekala okaylah kut naa... jangan selalu bahaya untuk kesihatan..
5 Comments
always my fav!! cuma susah nak dpt la menu ni..kalau kat my area, ada jer masakan ni kat Wira seafood, sri gombak
ReplyDeleteAduh kak ana ni jahat tau buatkan orang terliur je. Sedapnya ni fav.
ReplyDeletePernah rasa ni dan saya suka. Nak buat sendiri bab membasuh perut ni memang tak reti.
ReplyDeleteKak Anaaaaaa......sedapnyaaa...mana plak nak cari perut lembu ni...
ReplyDeletePerut lembu air asam ni memang jenis lauk yang boleh buat orang lupa kolesterol kejap! 😂 Terliur tengok resepi Kak Ana, siap ada versi belacan dan non-belacan. Bijak sungguh jaga selera dan kesihatan ahli keluarga. Terbaik la Kak Ana, rajin betul kongsi resepi yang bukan je sedap tapi penuh info. Blog ni dah macam dapur maya yang sentiasa berasap dengan idea! 😋🔥
ReplyDelete