Bila teringin dan bahan-bahan ada di rumah maka dengan izinNya terhasillah satu-satu menu. Kak ana baru-baru ni macam nak makan kek mentega panas-panas dengan teh o petang-petang. Tengok ada telur, ada butter lebih raya hari tu dan masih tak expired, ada juga gula kastor dan tepung kek. 

Dalam balang kaca ada banyak lagi serbuk koko yang masih elok. Mula-mula nak buat kek coklat tapi sebab dah teringin nak butter cake, kak ana buatkan sebiji kek marble . Dapatlah makan dua-dua rasa vanila dan coklat. 


Resepi kek marble vanila coklat sukatan cawan


Dah banyak kali kak ana terbitkan entri resepi kek mentega tapi kali ini resepi kek marble vanila coklat sukatan cawan . Bahannya sama sahaja untuk resepi kek mentega asas cuma tambahkan sahaja satu bahagian serbuk coklat dan terhasillah kek marbel vanila coklat. 

Resepi kek marble vanila coklat sukatan cawan 



Resepi kek marble vanila coklat sukatan cawan

Jom kak ana kongsikan resepi kek marble vanila coklat sukatan cawan . Sukatan cawan ni mudahlah untuk sesiapa yang tak ada penimbang di rumah, macam kak ana nih laa.. Dah lama dah digital scale rosak sampai laa nih belum lagi beli yang baru, bila nak baking baru teringat timbang dah rosak huhu :) 


Bahan-bahan 

2 cawan tepung kek 
1 cawan gula kastor
1 cawan mentega
4 biji telur
1 sudu asen vanila
1/2 cawan serbuk koko 

Cara buat kek marble vanila coklat sukatan cawan 

- Sukatan di atas adalah untuk satu adunan yang di bakar di dalam loyang berukuran 6" . 

- Pukul gula dengan mentega hingga putih dan gebu.

- Masukkan telur satu persatu. Pastikan pecahkan terlebih dahulu telur dalam bekas lain sebelum masukkan ke dalam mixer. Manalah tahu kan ada telur yang tak berapa elok termasuk pula dalam adunan kek kita nanti. 

- Masukkan satu sudu besar esen vanila dan sambung pukul. 

- Ayak tepung kek.

- Bila adunan dah sebati , masukkan tepung kek sedikit demi sedikit. Masa ni kita kena perlahankan putaran mixer. 

- Bahagikan adunan kek kepada dua bahagian di dalam mangkuk berbeza. Satu bahagian masukkan serbuk koko dan gaul sebati dengan whisk atau sudu pun boleh. Kak ana suka letak banyak serbuk koko jadi kita akan dapat perbezaan rasa kek marble coklat dan yang vanila.

- Panaskan oven sepuluh minit sebelum membakar kek. 

- Alaskan loyang dengan baking paper dan masukkan adunan kek berselang seli antara dua perasa tadi, serta hentak-hentakkan perlahan supaya adunan sekata. Lorekkan dengan lidi adunan kek untuk mencorakkannya. Video masakan kak ana di bawah ni untuk lebih jelas teknik marble. 





- Laraskan suhu 180' , api atas bawah dan letak tray di bahagian bawah sekali. Bakar selama 1 jam atau boleh lah check dengan mencucuk lidi ke bahagian tengah kek. Kalau tidak ada kesan melekat pada lidi dan kering maknanya kek kita dah masak sempurna dah tu. 

- Keluarkan dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum menterbalikkan kek. Dah siap lah sebiji kek marble vanila dan coklat yang sedap lembab .. In Syaa Allah... 

3 Comments

  1. waaahhhhhhh sedappppp kek vanila mkn dgn pulak air kopi fuhhh~

    ReplyDelete
  2. Asduhai... rezeki dapat jamu mata dengan kek marble vanilla coklat yang mabeles!

    ReplyDelete
  3. sedapnya kek nak sambut aidiladha

    ReplyDelete