Jiran kak ana, Zura bagi sebiji buah bachang dari kampung halamannya di Negeri Sembilan minggu lepas. Masam katanya. Jarang lah kan buah bachang ni masam. Selalu manis-manis buah gitu. Kak ana bawa balik dan letak kat laundry area dulu sebab buah bachang dengan kuinin ni haruman nya semerbak harum mewangi... 

Ramai pula yang mencari info perbezaan buah bachang dan kuinin kebelakangan ni, sebab entri ni selalu naik pageviewnya.. Tuu kak ana perasan , mungkin musim buah bachang dan kuinin, jadi depa duk cari lah kat internet. 


serawa buah bachang
Serawa buah bachang 


Buah bachang 

Ada yang panggil buah ni buah macang dan ada pula bachang. Ikutlah pengucapan masing-masing mengikut daerah dan negeri, kan.. Tapi mungkin ramai anak-anak yang di besarkan di bandar-bandar tak kenal dan tak tahu yang mana satu buah bachang ? 

Sebagai anak kampung, kak ana kenal sangat dan bolehlah kak ana kongsikan dari pemahaman kak ana mengenai buah bachang ni. Dulu di sekitar rumah arwah tok di Teluk Intan, Perak, ada sepohon pokok bachang. Tinggi dan besar pokoknya.


buah bachang
buah bachang


Kalau musim buah, kena tunggu ia jatuh sendiri sebab dah tinggi kan tak tercapai nak kait dah. Selalu arwah tok pesan jangan duk main bawah pokok bachang kalau musim buahnya. Takut gedebuk jatuh buah kena kepala mau pening bintang berputar atas kepala huhu :)

Buah bachang ni ada bau yang kuat. Isinya beza sikit dari mangga kerana ia bersabut tebal. Kadang makan sangkut celah-celah gigi sabut buat bachang ni. Rasanya manis-manis dan ada juga yang masam. Tapi dia ada rasa menyengat sikit tak macam mangga. 

Selalunya buah bachang di makan mentah kalau dapat yang manis. Ada yang buat sambal dengan cili dan belacan. Dan arwah mak kak ana dulu, selalu jadikan serawa macam yang kak ana buat ni untuk makan sejuk. Cuma zaman dahulu tu tak ada lagi peti sejuk kami makan suhu bilik sahaja lah, tapi sedap dah... 

Serawa buah bachang 


serawa buah bachang
serawa buah bachang 


Jom kak ana kongsikan pula cara nak buat serawa buah bachang cara kami lah.. Mungkin lain orang lain caranya, kita raikan sahaja... 

Bahan-bahan serawa buah bachang 


Buah bachang 
Santan 
Gula
Secubit garam 
Daun pandan

Cara buat serawa buah bachang

1. Hiris buah bachang halus-halus kerana ia bersabut. Guna pisau yang tajam, naa ..

2. Dalam periuk kecil, didihkan santan pekat, gula dan secubit garam. 

3. Masukkan daun pandan untuk aroma . 

4. Bila sekali didih, mati kan api dan tuangkan ke dalam mangkuk berisi buah bachang yang di hiris tadi. 

5. Sejukkan suhu bilik dahulu, kemudian simpan dalam peti ais untuk di makan sejuk-sejuk. In Syaa Allah sedap sangat kalau peminat buah bachang. 

Anak kak ana tak suka pula makan serawa ni, dia tak berapa suka pada rasa buah bachang yang ada sikit rasa menyengat tu.. Itulah kak ana cerita, anak-anak sekarang ramai yang tak kenal dah buah-buah kampung kerana mereka membesar di bandar. 

Bezalah zaman kak ana dahulu, makan buah apa yang ada keliling rumah atau kampung tu sahaja. Kampung kami pula di kalangan saudara mara terdekat jadi memang biasa ambil buah dari pokok dan ngap. Sebelah tu rumah sepupu, rumah tok sedara dan opah sedara.. memang biasa lah makan buah-buah depa nih sama-sama kami. 

Antara buah yang ada dahulu aneka pokok jambu, contoh jambu batu atau kami panggil dulu jambu merasa, jambu mawar, buah pelam telur, buah jambu susu, jambu bol , rambutan, belimbing dan sebagainya. Indahnya nostalgia silam yang kini hanya tinggal kenangan... 


7 Comments

  1. 1st time dengan serawa ni. Cie suka buat sambal ni. Biji dia tu arwah mak suka buat ulam.

    ReplyDelete
  2. Duh Lamanya tak makan buah ni. Di Sarawak belum musim. Sedapnya kak ana cincang buh gula sikit lepas tu masuk peti ais. Dah Sejuk makan. Sedapnya. 😋

    ReplyDelete
  3. tak pernah tahu ada serawa selain durian hehehe

    ReplyDelete
  4. Pertama kali dana tahu ada serawa bacang kak... mesti sedap kan

    ReplyDelete
  5. kali pertama dengar sarawa bacang..kmi selalu buat sambal je..bau dia sangat sedappp

    ReplyDelete
  6. Mcm kuinin buah bacang ni. Saya pun tk pernah makan rasanya

    ReplyDelete
  7. Buah bacang tak pernah buat serawa selalunya buat sambal belacan. Kuinin sedap makan gitu je sebab walaupun baunya kuat isinya masih lagi halus di banding dgn bacang sebab banyak uratnya tu yang selalu buat sambal belacan je.

    ReplyDelete