Sebulan dua sejak hari raya Aidil Adha yang lepas, Masyaa Allah... Alhamdulillah.. banyak sungguh bunga kantan naik di kebun belakang rumah kak ana. Selalu kalau selepas kak ana cantas batang-batangnya yang dah tua dan kering, In Syaa Allah, naik banyak bunga kantan. Tapi tak lah sebanyak kali ni ada berpuluh kuntum tumbuh dan kembang.
Dah kak ana post dalam group kejiranan kut lah ada jiran yang nak masak guna bunga kantan, meh laa ambil, tapi krik krik krik!!! Tak de respond, jiran T20 ni tak makan kut bunga kantan hehe :) Selalu yang ambil dan masak kak ana dan Zura jiran selang serumah ni, yo lah kami berdua ni suri rumah , ada sahaja lah idea nak masak kan..
 |
bunga kantan |
Pokok bunga kantan
Dah banyak sangat sampai ada yang terkulai layu kekeringan sudahnya. Tak apa lah , mana yang sempat kak ana jadikannya pelagai menu dari bunga kantan ni. Kalau ia layu sendiri di laman tu bukan rezeki kami lah nak menikmatinya waktu itu.

Benih pokok kantan ni jiran belakang rumah kak ana yang bagi dan tanam kat laman kami. Cikgu Mat Nor tapi laa nih dia dah pindah balik duk kampungnya di Tanjung Karang. Memang ada tinggalan pokok-pokok macam limau nipis, jambu air dan pisang masih berbuah dan dia dan isteri dah pesan kat kak ana dan suami, ambil sahaja apa sahaja yang berbuah dari tanamannya itu.
Pokok kantan ni kami tanam di kawasan rumah kami lah.. Tapi kak ana cukup mengawalnya sebab kalau tak kawal nanti ia akan jadi rumpun dan semak semun pula. Bila ada batang yang kering cepat-cepat kak ana cantas dan buang, nanti ada lori MPS mai pungut dan buang dari situ.
 |
ulam kantan dalam laksam |
Menu-menu dari bunga kantan
Ulam dalam laksam
Sempatlah kak ana rakamkan beberapa keping gambar untuk perkongsian di blog menu-menu yang kak ana buat dari bunga kantan kali ini. Yang pertama hat atas tuu, suami beli laksam, kak ana tengok tak banyak ulamannya, jadi kak ana ambil sekuntum bunga kantan dan hiris halus, jadikannya ulam untuk laksam.. Masyaa Allah.. sedap dah sebab ada ulam bunga kantan.
 |
sambal bilis bunga kantan |
Sambal bilis bunga kantan
Kedua kak ana jadikan sambal bilis bunga kantan. Hat ni resepi arwah mertua kak ana ajar. Tumbuk cili api dan ikan bilis yang dah di basuh dan bersihkan sebati. Masukkan hirisan bunga kantan , taburkan garam dan perahan air asam limau. Jadilah menu sambal bilis bunga kantan. Nak kata kerabu bunga kantan pun boleh juga, sama sahaja kan kekdahnya..
 |
asam pedas ikan siakap bunga kantan |
Asam pedas ikan siakap
Sempat juga kak ana jadikan bahan dalam masakan asam pedas ikan siakap. Memang kalau masak asam pedas ikan kak ana akan letakkan sama ada daun kesum atau bunga kantan di dalamnya. Tapi kalau masak asam pedas ikan keli atau daging kak ana letak daun limau purut gantikan kesum. Bunga kantan ni kalau ada masukkan sahaja dalam apapun lauk masakan asam pedas, memang sedap.
 |
sambal goreng ikan bilis bunga kantan |
Sambal goreng ikan bilis bunga kantan
Kalau hat atas tu sambal bilis bunga kantan atau kerabu bunga kantan mentah, hat ni sambal goreng pula. Goreng terlebih dahulu ikan bilis, masukkan hirisan bawang merah dan cili api atau cili merah , ikutlah kepedasan masing-masing.
Kemudian masukkan garam sedikit dan mati kan api . Barulah taburkan hirisan bunga kantan supaya ia tidak over cooked nanti. Sedap juga di jadikan menu makan dengan bubur nasi . Ada rasa garing-garing dari ikan bilis dan manis bawang. Seiring dengan pedas cili dan kunyahan bersama hirisan bunga kantan.
Hiasan bunga kantan
Dah tak tahu nak masak apa dah, kak ana petik beberapa kuntum dan jadikannya hiasan di dapur. Letak atas meja makan pun cantik dengan kuntuman warna pink nya yang berlapis. Bunga kantan ni tak adalah berbau aroma nya kecuali selepas kita hiris dan makan barulah terasa aroma di dalam mulut.
Itulah antara menu yang sempat kak ana buat untuk habiskan stok bunga kantan walau pun tak habis dan masih ada lagi dikebun belakang rumah kami. Kak ana ni sayang sangat kalau ada buah atau pokok yang boleh di makan tapi tak di manfaatkan.
Semua itu adalah rezeki dari Allah swt , sayang kalau di biarkan sahaja kekeringan. Kadang-kadang buah mulbery banyak sangat, kak ana biarkan sahaja sebab ada burung dan tupai yang akan hinggap dan makan. Bunga kantan ni tak ada pula yang boleh memakannya kecuali lah kita sendiri kan..
13 Comments
asam pedas kalau ada bunga kantan mmg terangkattttt sy boleh mkn bertambah2 hahaha
ReplyDeletemeriah betul bunga kantan rumah kak ana ni.. jadi hiasan pun cantik juga.. ^^
ReplyDeletekalau sebut bunga kantan menu pertama yg terbayang ... of coz la asam pedas....dapnya
ReplyDeletehiris bunga kantan goreng dgn bilis sedap juga
ReplyDeleteMasyaAllah..untung kak Ana, banyak betul bunga kantan akak.
ReplyDeleteMahal kalau beli ni, RM1.50 - RM3 sekuntum.
Saya cuba tanam tapi mati 😅
kerabu dengan asam pedas tu mengancam betul...
ReplyDeleteSA paling suka bunga kantan, nasib baik rumah kita jauh kak..kalau x SA buat muka x malu mintak sikit bunga kantan..teringin nak buat nasi goreng bunga kantan dan ikan bilis...erm...dapnya
ReplyDeleteUntungnya kalau tanam sendiri ya kak Ana... setiasa ada bunga kantan. Kalau kita nak masak asam pedas kena lah beli dulu kat kedai.
ReplyDeleteKembang elok bunganya tu. Cie suka makan bunga kantan.
ReplyDeleteKami sebutnya kecombrang atau honje. Saya sendiri paling sering buat sambal kecombrang, pakai cabe rawit, bawang merah, terasi dan bunga jantan ini.
ReplyDeleteTapi kalo di kampung saya, Tapanuli, kecombrang pasti ada dalam masakan Sayur ubi tumbuk. Makanan khas suku Batak. Kecombrang nih sedaaap memang. Dan wanginya saya suka
Cantik bunga kantan. Di tempat saya orang selalu buat serondeng bunga kantan.
ReplyDeletesambal bilis goreng kantan tu paling mudah, kali pertama kita buat sendiri, kita tambah nasi 3 pinggan, ergh! sama juga dok perabis bunga kantan from fil with love.
ReplyDeleteKalau dekat Sy dah datang ambil dah Kak Ana haha...
ReplyDeleteMgkn Kak Ana boleh pertimbangkan letak di surau macam di kejiranan kami ni. Sekejapan je licin hihi