Resepi ayam bakar guna air fryer mudah
Ayam, ayam, ayam ... memang jemu dah kan kalau sebut menu lauk dengan ayam nih. Tapi tu lah wajib dalam seminggu sekali atau dua kali masak lauk ayam di rumah kak ana . Anak kak ana. suka sangat lah kalau lauk ayam, kalau kak ana masak ikan tu tak berapa nak laku di rumah nih pada dia.
Kita lah kena kreatif mewarna kan menu apa yang nak di masak dengan ayam. Tapi pii maii pii maii tang tuu jugalah.. Pusing-pusing ikut tuu juga baliknya menu masakan ayam. Paling mudah nih.. masak ayam bakar guna air fryer..
![]() |
ayam bakar guna air fryer |
Kak ana selalunya kalau hari bekerja akan masak sebelah petang sahaja lah, untuk menu makan malam. Untuk resepi mudah ayam bakar kali ni, kak ana marinated awal ayam supaya meresap rasa bahan perapan pada isi ayam, lepas Maghrib baru kak ana masukkan dalam air fryer dan hidangkan panas bersama nasi.
Jom kak ana kongsikan resepi perapan mudah untuk ayam bakar menggunakan air-fryer . Resepi campak-campak perap dan bakar.
Resepi ayam bakar guna air fryer mudah
Bahan-bahan perapan ayam bakar
1/2 ekor ayam dipotong sederhana
3 sb sos barbeque
3 sb Sos Tiram
Serbuk lada sulah
Dried rosemary atau boleh juga guna mix herbs
2 sb Minyak masak
garam secukup rasa
![]() |
ayam bakar guna air fryer |
Cara-cara masak ayam bakar air fryer
1. Gaulkan ayam dengan sos bbq dan sos tiram dalam anggaran 3 sudu besar.
2.Taburkan sedikit serbuk lada sulah dan mixed herb dan kak ana letakkan juga dried rosemary .
3. Ratakan dengan sedikit garam dan perap dalam petisejuk paling kurang 1 jam sebelum memasaknya.
4. Sebelum masukkan dalam air fryer, lumurkan perapan ayam dengan minyak masak . Simpan lebihan perapan ayam untuk di jadikan sos gravy .
5. Bakar di dalam air fryer pada suhu 200℃ selama 20 minit atau hingga masak.
Untuk sos gravy tu, kak ana gunakan lebihan perapan selepas memasak ayam dalam air fryer dan baki lebihan perapan ayam, masak atas pan seketika hingga pekat. Selamat mencuba naa..
6 Comments
nanti nak try laaa!! sedap ni
ReplyDeleteyum yum...sedap nampak tu
ReplyDeletesaya pun selalu juga masak ayam bakar guna airfryer ni. sedap n sihat
ReplyDeletebuat menu ayam bakar biasanya laku jee
SA hari ni bawak salad letak dada ayam bakar...lunch kang la SA makan...sesekali kena tukar menu kan Kak Ana...x kan nak makan telur rebus je
ReplyDeletenampak sangat sedap. nak try la
ReplyDeletelagi mudah pakai air fryer...boleh try....tq kak ana....❤
ReplyDelete