Ini kisah selepas kami berkelah di Khaii Estate, Janda Baik bulan lepas. Baru nak update hari ini bila terjumpa semula gambar di galeri handphone kak ana. Nampak sangat dah kian keemasan usia , yer.. Lupa manjang hehe :) 

Kak ana ni susah sikit nak makan menu-menu negara yang tak pernah makan contoh makanan Korea ni lah. Maklum lah tekak Melayu kata orang, orang kampung lak tu huhu :) Banyak kali dah anak kak ana ajak tapi macam-macam alasan lah nak mengelak. 

 DubuYo GPO Halal


Tapi kali ni balik dari Janda Baik, kami singgah ke Genting Premium Outlet ( GPO ) nak cari makan tengahari kat sini dan solat Zohor. Nak tak nak Kika ajak juga masuk makan di Restoran DubuYo ni sebab banyak cafe yang agak penuh seat dan ada yang tak punya logo Halal dan was-was. 


DubuYo Restoran Makanan Korea Halal 

Di kaunter cashier Restoran DubuYo tu terpampang logo Halal Jakim dan kami pun masuk dapat seat dan order makanan. Yakin bila di pamerkan logo Halal Jakim di restoran begini. Dan kak ana sertakan juga pautan dari FB mengenai status Halal Jakim DubuYo untuk semakan ampa semua . 

https://www.facebook.com/DubuYo.urbankoreanfood/posts/untuk-pengetahuan-semua-cawangan-cawangan-kami-telah-diiktirafkan-halal-oleh-jak/1341487859395674/


DubuYo Restoran Makanan Korea Halal

Kami ambil set makan tengahari untuk 4 pax dan add on satu single order lagi kerana kami semua 5 orang dan seorang baby HNH . Baby ada bekal dia sendiri , Kak long dah siap bawa dari rumah . 


DubuYo Halal GPO


Korang boleh lah tengok kat dalam menu Meal Set for yang kak ana makan tengahari. Mana satu menu tu pun kak ana tak tahu dan tak ingat dah pun. Sebagai pertama kali makan makanan Korea, Alhamdulillah kak ana dah boleh terima . 



Cuma Toppokki tu kurang kena sedikit dengan selera Melayu kak ana. Kak ana di fahamkan ia merupakan sejenis rice cake yang di makan bersama sos pedas, masam manis , begitulah lebih kurang. Tapi hat lain okay semua sedap dan boleh di makan . 

Taugeh besar tu pun sedap , lama dah tak makan taugeh besar gitu masak lemak dengan udang kertas sedap sangat haha!! Dah memang tekak Melayu kan. Namun kita ni kena explore juga masakan kaum dan negara lain untuk sama-sama mencuba menu-menu yang agak baru untuk kita. 

Satu pengalaman yang best untuk kak ana yang pertama kali mencuba menu masakan Korea dan yang penting ia Halal dan boleh di makan tanpa curiga, In Syaa Allah.. 









3 Comments

  1. Rasanya makanan korea di Malaysia pun dah diimprovise supaya kena dengan tekak kita. Dan kalau diberi pilihan antaran makanan Jepun dan Korea ammi mmg pilih Korea sbb pedas dia kene dengan selera ammi.

    Ammi pun suka taugeh kasar tu, goreng kilas dengan tauhu pastu letak udang pastu letak kuchai. Auwww...ammi pun orang tak berapa nak bandar sangat. Ahaksss

    ReplyDelete
  2. Eqin nak makan korean food ni pilih je...Ada sesetengah food je yang boleh telan hahaha...

    ReplyDelete
  3. xpernah cuba menu korea menu jepun mmg xngam

    ReplyDelete