re Rumah kak ana nih, jarang-jarang masak menu dari daging. Sebabnya nak dapat daging segar payah sikit kalau hari biasa, kena tunggu pasar malam atau ke pasar segar baru lah boleh nak membeli. Kalau kat kedai Acheh atau pasaraya selalunya daging frozen , tak sedap sangat kan..

Hat ni kak ana kirim kat kak long, kebetulan dia balik minggu lepas dan singgah pasar tani di area rumahnya, kak ana kirim lah sekilo. Cadang nak masak rendang makan dengan pulut kuning, tapi nampak gaya pada hari entri ni di terbitkan, ia masih dalam peringkat cadangan, belum ada kejadiannya. 


resepi daging paprik
resepi daging paprik 


Sementara mimpi menjadi realiti, kak ana ambil sedikit dan buat masak ala-ala paprik untuk makan malam kami bertiga. Guna sahaja apa bahan yang ada dan Alhamdulillah ada rasa paprik macam biasa makan di kedai tomyam. Kira menjadi lah resepi campak-campak ala paprik kak ana kali ni. Simple jer, meh tengok :) 


Resepi daging paprik 

Bahan-bahan daging paprik 


 Daging hiris nipis

Bawang putih – 2 ulas

Bawang holland – 1 biji

Lobak merah + tomato ceri ( atau apa saja sayur yang sesuai)

2 sudu sos cili

1 sudu sos ikan

2 sudu sos tiram

Daun limau purut

Serai

Cili api

Gula dan garam secukup rasa

Cara buat Paprik Daging

• Pecahkan bawang putih , ketuk serai dan cili api . Hiris bawang holland. 

• Tumis bawang putih, bawang holland, serai dan cili api . Minyak lebih sikit lagi sedap untuk paprik. 

• Masukkan sos cili , sos tiram dan sos ikan . Masuk air sedikit. 

• Masukkan daging.

• Masukkan lobak merah bagi empuk , tomato ceri dan daun limau purut.

• Gula dan garam secukupnya biarkan mendidih dan siap dah 

Simple jer resepi daging paprik kak ana masak ni. Bila ada serai , sos ikan dan daun limau purut tu naik lah aroma paprik kita. Daging tu kak ana hiris nipis-nipis supaya cepat empuk dan masak. 

Sayuran pula apa yang ada dalam peti sejuk kak ana gunakan. Kalau ada baby corn pun lagi sedap kan dan kuahnya kak ana buat basah-basah sedikit untuk di makan bersama nasi dan telur dadar. Rezeki yang di syukuri.. 

2 Comments

  1. Sedapnya Kak Ana...fav SA ni...nanti nak buat jugak la...

    ReplyDelete
  2. terliur mandangnya terasa sedapnya

    ReplyDelete