Ini dah kali ke empat kalau tak silap kak ana sarapan pagi di Kedai Atok Legacy di Kampung Melayu Rawang, belakang pasaraya Giant di bandar Rawang tu. Pertama kali tu maii berdua dengan suami, pas tu kak ana bawa pula adik dengan adik ipar sekeluarga, bawa pula kak long, Aiman dan dak cik HNH dan kali ni berdua dating dengan suami sarapan pagi sekali lagi di sini. 

Pelbagai menu ada di jual di Kedai Atok Legacy seperti nasi lemak aneka pilihan lauk, lontong, soto, mee sup dan sebagainya. Cuma kali ni kami berdua maii memang target nak makan lontong darat sahaja. Lama dah tak makan lontong darat, nak try pula kat sini.


lontong darat
lontong darat

Lontong darat

Lontong darat ni tak berkuah lodeh , hat tu lontong biasa lah yang kita makan. Kali pertama kak ana makan di Warong Kopi Pak Lan , Eco Ardence terus fall in love dan suka pula . Ia unik kerana lontong darat ni banyak elemen di dalam menunya . 

Ada enam menu masakan di dalam lontong darat yang juga dikenali sebagai lontong kering terdiri daripada nasi impit, sayur goreng jawa, rendang , sambal tumis, serunding kelapa, dan juga kuah kacang di hidang di dalam satu pinggan.


kedai atok legacy , rawang
Kedai Atok Legacy, Rawang

 
Cuma berbeza dari jenis rendang , contoh masa kak ana makan di Warong Pak Lan ia menghidangkan rendang kerang tetapi kat Kedai Atok ni kak ana makan rendang daging. Sambal tumis tu dua-dua sambal tumis paru. Dua-dua pun sedap sangat di makan bersama nasi impit, serunding kelapa, sambal goreng jawa dan kuah kacang. 

Tapi kalau nak buat sendiri di rumah tu, kak ana surrender awal-awal lah rasanya. Bukan satu proses yang mudah dengan nak masak nasi impit, sambal kacang, rendang, sambal tumis, serunding kelapa dan sambal goreng jawa. Fuhh! Bersilat gak lah di dapur. Jadi baiklah kak ana pii cari dan makan sahaja di kedai yang menjual nya. 

Setakad ni kalau mengidam sangat dah ada dua lokasi yang boleh kak ana pii makan dengan suami sama ada di Eco Ardence atau pun di Kampung Melayu Rawang ni. Dua-dua pun sedap, Alhamdulillah.. 

7 Comments

  1. linda tak pernah try lagi lontong darat nie

    ReplyDelete
  2. craving lotong darat la plakkkk..biasanya MZ mkn lontong darat ni kat TGSK

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak, saya kalau nk makan lontong darat kena balik johor, sini tak pernah jumpa lagi

    ReplyDelete
  4. kalau dana buat n jual lontong darat selalu lauknya serunding kelapa, sambal goreng paru, dan rendang kerang... cukup lauk itu je yg terlarat nk buat hahhah

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi makan lontong darat ni. Kampung Melayu Rawang dah tak jauh dah dengan tempat tinggal saya. Bolehlah ke sana nanti, mencuba lontong darat.

    ReplyDelete
  6. lontong darat sedap semua lauk rencahnya susah tu nk buat

    ReplyDelete