Dulu lah kan, masa awal-awal perkahwinan kak ana , suami kak ana berasal orang Kelantan tapi keluarganya dah menetap di Kuala Lipis, Pahang.. memang terkejut juga tengok ada makanan terhidang di dalam daun getah dan di ikat dengan getah belacan ni. 

Pelik sungguh aih! Maklum lah kak ana ni berasal dari utara , tak pernah jumpa makanan yang begini. Ingatkan apa lah isi dalam tu, rupanya tapai pulut. Arwah mak mertua yang ajar makan dan selalu buat waktu di masih sihat. 


Tapai pulut daun getah
Tapai pulut daun getah 


Sebelum tu memang kak ana tak pernah makan tapai pulut atau tapai ubi. Tapi bila dah rasa suka pula . Ada rasa manis-manis ingatkan buh gula rupanya tak, manis dari perapan ragi bersama pulut tu sahaja. Sedap, Masyaa Allah.. 

Tapai pulut daun getah 


Sebab tu kak ana ni suka mencuba menu-menu baru , ada masa kena dengan selera dan terus lah suka makan sampai laa, tapi ada masa tak berapa kena dengan selera jadi cukuplah sekali mencuba. Kita hidup di dalam negara yang pelbagai kaum, budaya dan resam ni memang meriah dengan perbezaan makanan yang harus di raikan. 


Tapai pulut daun getah
kredit foto SP Models Kitchen 


Tapai pulut daun getah yang kak ana jumpa dalam gambar di atas tu adalah di Tanjung Malim. Wah! Orang Perak pun dah pandai makan tapai pulut daun getah , selalunya ingat kan di negeri Pantai Timur sahaja. 

Mungkin lah kan ada penghijrahan orang pantai timur ke utara depa pun juallah menu sedap ni. Kak ana tak beli pun sebab tahu beli pun tak de nak makan sebab kak ana dalam perjalanan balik ke Teluk Intan masa tu. 

Tapai pulut ni arwah mak mertua buat memang peram pulut yang dah di kukus yang di gaul dengan ragi. Ingat lagi kata mok, kalau ragi tu elok , manis leting lah hasil tapai tu nanti. Semua bergantung pada kualiti ragi. Kak ana tak pernah cuba buat sendiri lagi. 

Kalau jumpa dan rasa nak makan kak ana beli. Kak ana suka makan dengan aiskrim vanila dan menu ni dah ada pun kak ana jumpa sebagai menu desserts di bufet Ramadan hotel. Kan main kan.. 

7 Comments

  1. saya tak mkn tapai pulut, tapi kalau tapai ubi kayu yg dh digoreng tu, saya suka!

    ReplyDelete
  2. Ada makan hari tue...kat negeri sembilan pon ade jual...sayaduka tapai ubi

    ReplyDelete
  3. Kalau di area melaka dan muar guna daun pisang. Tapai ni kalau nak buat dia banyak pantang yang penting kebersihan. Kalau kotor tapai tak cantik puitih bersih gitu. Masa buat pun tak boleh dekat dengan bau yang masam contoh buah masam ke apa nanti tapai tak manis. Itu kata orang tua dolu2 le. Gaul dalam abc pun sodap, Makan dengan santan pun sedap tapi dgn aiskrim tu paling syiok

    ReplyDelete
  4. Sis...Tapai pulut dlm daun getah ni mmg fevret sy ni sis..Blk KB ke blk Perak ke kalau jumpa mmg wajib beli =D

    ReplyDelete
  5. Tak pernah cuba lagi tapai pulut. Kat Sarawak biasanya guna nasi biasa.

    ReplyDelete
  6. Menu wajib di pagi raya belah terengganu dan kelantan kan kak

    ReplyDelete
  7. mesti rajin tahap tinggi baru jadi tapai pulut daun getah ni

    ReplyDelete