Sebelum ni banyak kali dah Adik Ika ajak kami singgah makan di restoran Woodfire Burger di Puncak Alam setiap kali kami kat area sana. Tapi sampai ke sudah belum pernah lagi kak ana merasainya. Sebab restoran di Puncak Alam tu ke dalam sikit lokasinya dari jalan utama. 

Kali ini bila Adik Ika dapat tahu dah ada cawangan buka di Gamuda Garden yang tak jauh dari rumah, lepas Maghrib kami plan nak ke sini untuk makan malam.  Waktu Maghrib ketika entri ini di terbitkan masuk awal , jam 7.02 dah masuk waktu. 


Woodfire Burger Halal
Woodfire Burger


Kami sampai ke hadapan restoran sekitar 7.45 malam macam tu dan restoran masih tutup untuk pelanggan. Selang 5 minit macam tu baru di buka semula kerana mereka tutup waktu Maghrib untuk staff solat dan buka selepas selesai. Alhamdulillah.. 


Woodfire Burger di Gamuda Gardens


Woodfire Burger di Gamuda Gardens
Woodfire Burger , Gamuda Gardens


Restoran Woodfire Burger ni terletak di Garden Square , Bandar Gamuda Gardens yang baru sahaja beroperasi. Banyak restoran , cafe dan Star Grocer baru di buka di sini. Jarak yang tak jauh dari kediaman kak ana, kami selesa untuk makan-makan di sini. 


Woodfire Halal
Woodfire Burger Gamuda Gardens


Woodfire Burger pemilik Muslim dan Halal 


Woodfire Burger
Woodfire Burger


Walaupun restoran ni masih baru di buka tapi kak ana sekeluarga yakin nak makan di sini kerana Woodfire adalah pemilik Muslim dan pastilah menggunakan bahan-bahan Halal . Kak ana kongsikan pautan kenyataan dari Instagram Woodfire Official mengenai status halal di : https://www.instagram.com/p/C2eMrRELATO/ dan https://www.instagram.com/reel/DDCsxK5uagn/



Woodfire Burger review
Woodfire Burger


Waktu kami sampai tak ramai lagi pelanggan masuk selepas di buka dan terus ke kaunter untuk membuat order. Di sini memang menyajikan pelbagai menu burger signature mereka antara yang sempat kak ana rakam kan di kotak hidangan antaranya Gourmet Burger , Stuff Cheese Burger , BBQ Burger , Smoke Burger, Mushroom Burger , Brisket Burger , Double Patty dan sebagainya. 


Woodfire Burger review


Nampak dalam gambar semua nampak sedap sangat. Patty homemade depa lah kan dengan pelbagai add on dan sos di dalam roti burger. Harga sebiji antara RM20 ke atas kesemuanya. 


Woodfire Burger review


Malam tu Adik Ika order 3 jenis burger berbeza untuk kami rasa. Dalam 10-15 minit macam tu hidangan pun di hantar ke meja kami. Setiap satu burger memang besar saiznya. Bukanlah saiz burger biasa kita makan tu. Isian di dalamnya pun penuh sendat pelbagai stuff yang di sesuaikan dengan pilihan burger.


Woodfire Burger
Woodfire BBQ Burger


Kak ana tak ingat sangat burger yang mana tapi berdasarkan foto menu di atas kak ana rasa hat ni BBQ Burger sebab ia ada telur di dalamnya. Harganya RM21.90 dan dalam tu selain pilihan patty ayam atau daging ada bawang goreng, telur bersama sos bbq dan woodfire . 

Sangat lah sedap kerana kak ana suka sangat caramelize bawang holland tu dan patty daging yang lembut dan juicy. 


Woodfire Burger
Woodfire Gourmet Burger


Yang ni pula kalau tak silap kak ana adalah Gourmet Burger dengan pilihan daging ayam. Harga RM20.90 dan bahan di dalam mengandungi isi ayam grill bersama sayur dan jeruk di sedapkan dengan sos gourmet dan woodfire yang memberikan kesedapan pada kunyahan. 


Woodfire Burger
Woodfire Mushroom Burger


Ini pastinya Mushroom Burger kerana kak ana nampak ada banyak mushroom dalam gambar di atas ni. Memang ada shitake mushroom , patty burger pilihan daging dan kentang hashbrown di dalam nya bersama sos pilihan dan Woodfire signature. Hat ni pun sangat sedap dan harga nya RM 23.90 


Woodfire Burger Gamuda Gardens


Pilihan minuman pun pelbagai dan kami ambil Ice Lemon tea sahaja untuk malam tu dan minuman panas untuk suami. Alhamdulillah semua menu burger sangat sedap berbaloi dengan harga . Memang boleh repeat lagi kalau nak makan burger sedap di Woodfire Gamuda Gardens. 






4 Comments

  1. Wahhh.. dah dekat dengan rumah lepas ni selalulah Kak Ana makan WF burger. Dekat kawasan rumah sy mmg banyak cawangannya, dari dia mula bertapak dulu dekat food court sampai skrg kagum tengok WF terus berkembang sehingga ke luar Johor.

    ReplyDelete
  2. SA pun sama kalau ada nak meraikan apa2, memang tuju ke sini...burger dia besar dan sedap...

    ReplyDelete
  3. mahainya beger mesti sedap tu

    ReplyDelete