Birthday dinner di Secret Recipe
Ini pun satu lagi entri terperam lama baru nak terbitkan. 22hb September 2025 yang lepas, sempena hari lahir anak kak ana, Adik Ika . Sehari sebelum tu hari Ahad dia dah request nak makan shabu-shabu , kami bertiga makan tengahari di Shabu-Shi, Eco Ardence .
Isnin tu macam tak sampai hati pula tak ada kek birthday untuk raikan ulang tahunnya, walau pun dah besar panjang, kan.. anak tetap anak. Kak ana ajak lah dia makan malam di Secret Recipe , di mall yang tak jauh dari kediaman kami, selepas waktu Maghrib.
![]() |
| Decadent Tiramisu Cake |
Birthday di Secret Recipe
![]() |
| Thai Style Fried Rice with Tiger Prawns Secret Recipe |
![]() |
| Baked lasagna Secret Recipe |
![]() |
| Shinjuku Maple Bake , Secret Recipe |
Depa berdua tu balik kerja sah-sah lah lapar kan, makan heavy food untuk dinner malam tu. Kak ana pula dah kenyang pekana nasi tengahari tadi, jadi kak ana cuma nak makan dessert kesukaan kak ana kalau di Secret Recipe, iaitu Shinjuku Maple Bake .
Kalau maii makan SR selain kek , inilah pencuci mulut kesukaan kak ana. Shinjuku Maple Bake . Cuma malam tu depa hidang dah agak sejuk pula toast bread, tak macam biasa di hidang masih panas dan di makan dengan airkrim serta mapple syrup bersama whipped cream memang marvelous.
Memang kak ana selalu lupa ambil gambar air kalau makan, sebab teruja nak ambil gambar menu makanan selalunya. Secret Recipe memang pilihan lah untuk meraikan sesuatu hari bersama keluarga kerana ia dekat dan menu pun sedap. Lebih yakin kerana Secret Recipe menyajikan sajian yang Halal dari Jakim. Alhamdulillah...




3 Comments
nasi goreng tu nmpk sgt sedap! boleh lah MZ try nanti kalau ter singgah kat SR...epi besday to ur daughter!
ReplyDeleteSelamat hari lahir utk adik Ika. Semoga panjang umur dan sihat selalu. Sedapnya kek dan menu pilihan tu.
ReplyDeleteselamat hari lahir.. moga sentiasa diberkati usia kehidupan
ReplyDelete