Kalau hujung tahun lepas, kami memilih Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor untuk percutian keluarga besar kak ana bersama adik dan abah, kali ini perancangan family day tak menjadi nampaknya. Hanya kak ana sekeluarga bersama suami, Adik Ika, Kak long, Aiman dan Dak Cik HNH sahaja yang berkesempatan cuti-cuti hujung tahun.
Faktor cuaca musim monson menjadi ukuran untuk memilih destinasi percutian setiap jali hujung tahun. Plan mula-mula nak ke pantai timur , hujan dan banjir buatkan kak ana risau akan faktor keselamatan yang akhirnya kami pilih ke Port Dickson sahaja.
pemandangan malam di Tasik Villa International Resort, Port Dickson
Puas jugalah mencari di tiktok dan review di internet beberapa hotel atau homestay sekitar Port Dickson, akhirnya kak ana tekad untuk memilih Tasik Villa International Resort, Port Dickson . Kami pii pada 11 & 12hb Disember 2025 yang lalu, waktu ni belum lagi masuk peak season cuti sekolah hujung tahun.
11hb Disember hari Khamis tu pula jatuh pada cuti umum di negeri Selangor , Hari Keputeraan Sultan Selangor, jadi mudah nak plan cuti cuma tambah hari Jumaat sahaja. Harga bilik pun dapat pada weekdays rate kerana cuma Selangor yang PH . Untung banyak ni hehe!!
Tasik Villa International Resort, Port Dickson
pemandangan dari balcony Tasik Villa International Resort, Port Dickson
Kak ana booking melalui laman web official mereka di https://www.tasikvilla.com.my/ . Semua details ada di sana seperti jenis bilik, harga, fasiliti dan sebagainya. Buat bayaran penuh dan sampai masanya terus check-in .
pemandangan subuh di Tasik Villa International Resort, Port Dickson
Kak ana memilih Family Suites Deluxe yang sesuai untuk penginapan 6 orang dewasa . Tapi kami cuma berlima sahaja dan seorang kanak-kanak 2 tahun dak cik HNH. Family Suites Deluxe unit ni merupakan gabungan dua bilik suite yang di hubungkan oleh satu connecting door.
Suite pertama untuk kak long, Aiman dan dak cik HNH mempunyai satu katil king , pantri, powder room, sofa dan khemah comel untuk kanak-kanak dan permainan kanak-kanak, amenities lengkap, bilik mandi dan balcony serta sebuah jakuzi di ruang balcony.
family deluxe suite 1, Tasik Villa International Resort, Port Dickson
Ruang fasilities yang sama juga di suite kedua kami yang boleh di hubungi melalui connecting door tetapi suite kedua ini mempunyai dua katil king untuk kak ana, suami dan Adik Ika. Jadi bolehlah ada ruang privacy untuk Adik Ika.
Memang bila dah ada menantu ni kak ana perlu fikirkan ruang privacy untuk Adik Ika bila nak bercuti atau bermalam di homestay dan sebagainya. Mudah untuk di menjaga aurat Alhamdulillah. Suite kedua ini juga ada pantry, powder room, toilet dan bilik air, balcony dan jakuzi serta amenities lengkap lainnya.
family deluxe suites 2 , Tasik Villa International Resort, Port Dickson
Tidak di benarkan memasak lah naa.. ini resort untuk kita rehat dan boleh lah bawa bekal ready to eat food atau nak panaskan boleh sahaja menggunakan microwave dan peti sejuk yang di sediakan. Powder room terletak di sebelah pantry dan bilik air pula di hadapan katil dan boleh access ke jakuzi di balcony.
Tasik Villa International Resort, Port Dickson
Sampai bilik , kami berehat dahulu dan jamak solat . Ada yang terlelap tidur di suite masing-masing kerana kami dah singgah makan tengahari di Teluk Kemang sebelum check-in tadi. Lepas Asar barulah kami turun ke bawah dan ronda-ronda sekitar resorts melihat pemandangan tepi tasik .
Disediakan kemudahan riadah seperti sewa basikal untuk kayuh keliling resort. Suami, Aiman dan Kak long yang bergilir kayuh basikal kayuh berdua sementara kak ana, Adik Ika dan Baby HNH lepak tepi pool sahaja. Tak mandi pool pun sebab kami plan nak berjakuzi di balcony masing-masing malam nanti .
private jakuzi Tasik Villa International Resort, Port Dickson
Lepas Maghrib dan jamak Isyak terus, kami keluar cari makan malam. Sekali lagi singgah makan malam di Embok Village Seafood. Cadang nak makan steamboat kat sini, sebab sebelum ni kami maii tanpa Aiman dan masa tu kak long tengah mengandung baby HNH.
Tapi disebabkan ada private event di Embok Village, kami cuma boleh order ala-carte sahaja menu kedai tomyam untuk makan malam. Kejap je dah dapat makan dan menu pun sedap-sedap semuanya. Kami terus balik ke Tasik Villa International Resort, dan penuhkan air jakuzi di balcony masing-masing untuk berendam, huhu :)
Tasik Villa International Resort, Port Dickson
Esok pagi bangun Subuh dan kak ana sempat menikmati permandangan subuh dari balcony yang sangat indah. Mungkin lokasi Tasik Villa International Resort, Port Dickson ni di Lukut yang tak jauh sangat dari KLIA, boleh nampak laluan kapal terbang turun naik dari balcony dengan derumannya..
Pagi tu kami sarapan di buffet coffee house yang menyajikan banyak juga jenis menu makanan. Mungkin atas faktor usia ni, tak banyak gambar yang kak ana ambil untuk terbitan entri . Kak ana lebih menikmati percutian bersama cucu sorang ni di sini.
Pakej Family Deluxe Suites ni termasuk sarapan pagi untuk 6 pax . Berbaloi sangat kan dengan keselesaan bilik yang luas dan private jakuzi besar tu sekali pula dengan sarapan. Harga weekdays lebih murah sedikitlah dari harga weekends dan peak season.
water chalet , Tasik Villa International Resort, Port Dickson
Kami check-out dalam jam 11.30 pagi macam tu dan sempat pula lah keliling resort naik buggy hotel dari petang semalam lagi sampai pagi ni, staff layan je permintaan suami nak keliling hotel sebelum check-out . Kereta parking tak jauh pun dari lobby tapi sesaja nak naik buggy bawa budak kecik sorang tu pusing-pusing.
Korang boleh tengok visual pemandangan Tasik Villa International Resort, Port Dickson di shorts Youtube kak ana di atas tu. Lebih jelas pemandangan secara visual kerana tak banyak gambar yang kak ana ambil.
Tasik Villa International Resort, Port Dickson
Selain daripada unit suites deluxe yang terletak di bangunan utama Tasik Villa International Resort, Port Dickson , ada juga pilihan penginapan di water chalet di dalam tasik hadapan bangunan utama ni dan juga deretan unit rumah teres serta banglo unit untuk yang memilih untuk stay ramai.
Kesemua unit ni berbezalah fasilities dan harganya. Korang pi lah check di laman website depa, naa.. Tetapi secara keseluruhannya kak ana sekeluarga sangat berpuas hati dengan percutian di sini. Bersih, selesa , privacy dan makanan pun sedap. Staff semua baik-baik dan friendly melayan kami.
Sebelum ini kami pernah staycation di D'Wharf Hotel Waterfront , Avillion Admiral Cove dan kali ini pula kami memilih Tasik Villa International Resort di Port Dickson. Dalam wishlist kak ana, mudah-mudahan satu hari nanti di rezekikanNya pula menginap di Lexus Hibiscus, PD.. Aamiin
Segala yang terkandung di dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Butiran dan informasi yang tercatat adalah pada waktu dan tarikh entri di terbitkan. Perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan .
3 Comments
Wah…nampak mewah penginapan ni kak Ana. Lengkap jacuzi di balkoni. Memang puas hati datang bercuti sini.
ReplyDeleteCANTIK RESORT PERCUTIAN PD BANYAK TEPI PANTAI KAN
ReplyDeletePernah stay di Avillion tu. Nanti boleh la try stay sini pulak.
ReplyDelete