Di sinilah destinasi percutian kak sekeluarga selepas beberapa entri yang lepas, kak ana kongsikan lawatan ke Banda Hilir Melaka sambil melawat Mamee Jonker House, Kedai Kebaya Baba & Nyonya, minum Durian Shake dan singgah ke Coach Airways, Freeport A Farmosa Outlet


Avillion Admiral Cove PD


Korang boleh klik semua back link yang kak ana serta di tulisan bold kalau cadang nak ke mana-mana lokasi yang kak ana sebutkan di atas tuu. Destinasi kami untuk bermalam pada 26 & 27 Jun 2023 yang lalu adalah di Avillion Admiral Cove , Port Dickson


Avillion Admiral Cove - Port Dickson


 Avillion Admiral Cove - Port Dickson


Susah juga pada awalnya kak ana nak cari hotel yang selesa dan cantik pada harga yang mampu di Port Dickson ni. Kalau carian di internet pastilah Lexus Hibiscus menduduki carta pilihan ramai, tapi harga nya kami belum mampu nak stay sana. 

Bukan apa, selepas pkp yang lalu, kebanyakan hotel besar-besar di kebanyakan tempat peranginan ada yang telah tidak beroperasi ataupun sudah tidak di selenggara dengan baik lagi. Kalau baca beberapa review di google memang ada yang menyeramkan juga.

Sama lah selepas kak ana ronda-ronda sekitar Port Dickson, ada sesetengah hotel banyak yang kosong tanpa penghuni. Nak nak lagi yang bersaiz besar kan, seram juga nak stay. Kak ana dan Adik Ika puas juga cari dan baca review merata. 


Avillion Admiral Cove - Port Dickson


Akhirnya kami temui Avillion Hotel di Port Dickson. Tetapi Avillion ada dua hotel yang berbeza di PD ni, satu Avillion Port Dickson yang merupakan water chalet atau chalet terapung dan harganya sekitar RM400-RM500 semalam. 

Dan satu lagi pilihan kami di  Avillion Admiral Cove nii laa. Juga terletak di Port Dickson. Ia bukan water chalet tetapi blok bangunan hotel dan yang menarik perhatian kami untuk staycation di sini ialah keindahan pemandangan laut di kelilingi kapal layar mewah di hadapannya. Kira ala-ala luar negara laa kan Satorini gituew.




Avillion Admiral Cove - Port Dickson


Kak ana ni kalau pilih hotel untuk bercuti , suka lokasi yang mempunyai pemandangan yang indah dan sesuai dengan tempat. Contoh macam kami stay di Cameron Highlands yang lepas, kak ana pilih hotel yang ala-ala English Cottage di Hillview Inn

Sebabnya kami kalau stay hotel lebih suka habis kan masa di hotel dari merayap ke tempat-tempat lain. Keluar pun macam makan dan beli barang-barang sahaja, kalau nak ronda-ronda sebelum check in atau lepas check out. 


Avillion Admiral Cove PD


Sayang kan bayar hotel kalau sekadar nak tidur sahaja. Lainlah kalau pi ramai-ramai family day ke kami lebih selesa ambil homestay, tak gitu. Itu cara kak ana , lain orang lain pandangan masing-masing. 


Avillion Admiral Cove PD


Adik Ika booking dan buat bayaran penuh  Avillion Admiral Cove - Port Dickson ni melalui laman website depa terus di https://avillion.com/admiralcove/ . Lagi satu kami kalau bercuti suka pii hari bekerja atau weekdays. 


Avillion Admiral Cove PD

Orang tak sesak, hotel banyak dan harga rate bilik pun lebih murah dari peak season. Kami ambil dua bilik berdekatan, sebuah bilik Premium Room 2 Single Bed untuk Adik dan Kak Long, Aiman tak dapat ikut sebab kena kerja , dan satu lagi Premium Room Queen bed untuk kak ana dan suami.

Satu bilik tu harga waktu tu sekitar RM220 kalau tidak silap dan penginapan termasuk sarapan untuk dua orang setiap bilik. 


Avillion Admiral Cove PD


Kami check in agak lewat juga sampai dari Melaka. Terus ke reception counter dan dapatkan kunci. Alhamdulillah bilik sangat selesa , besar dan bersih . Bilik kami bertentangan dengan bilik anak-anak di level yang sama. 


Avillion Admiral Cove PD


Masuk-masuk bilik air , tak ada bathtub tapi luas dan semua amenities lengkap di sediakan di bilik. Standard lah kan macam toiletries, iron, hair dryer, peti sejuk dan sebagainya. Arah kiblat ada, sejadah korang bawa sendiri. 




Bilik amat luas dan ada day bed di tiap bilik juga. Kalau bawa anak kecil boleh la tidur situ, selesa sangat. Tapi jangan lah isi ramai pula melebihi dua orang dan tidur kat day bed tu pula. Salah tu polisi penginapan hotel huhu :) 




Tidak ada balkoni tetapi ada tingkap dan seaview sikit sangat di bahagian hujung sana. Bilik Premium tidak ada yang seaview tetapi okay sangat sebab boleh turun ke bawah dan menikmati pemandangan yang cukup indah di kawasan kolam renang menghadap laut. 


Avillion Admiral Cove PD


Selesai solat jamak, kami turun ke bawah semula untuk ronda-ronda kawasan hotel. Masyaa Allah cantiknya pemandangan di hadapan kolam renang. Terbentang luas bagai lukisan panorama laut yang membiru. 

Lanskap kolam yang cantik di gabung dengan kebiruan air laut di hembus angin senja waktu itu cukup menggambarkan besarnya nikmat dari Mu Tuhan yang mentadbir alam ini. Damai tenang sekali. Kami sempat duduk-duduk seketika sebelum masuk waktu Maghrib dan melihat matahari terbenam.


Avillion Admiral Cove PD


Adik Ika biasa la, awal-awal dah ke coffeehouse atau dikenali Trader's Food Shop. Adik order minuman dan puding sagu gula melaka untuk makan di biliknya dengan kak long. Kami naik semula ke bilik untuk solat Maghrib dan sebelah malam keluar makan steamboat di tepi pantai di Embok Village Arang Steamboat






Buffet sarapan pagi di Trader's Food Shop , Avillion Admiral Cove, PD 



Avillion Admiral Cove, PD


Macam kak ana bagitau awal tadi, harga bilik di sini adalah sekali dengan sarapan pagi untuk dua orang setiap bilik. Pagi tu seawal jam 8 pagi kami turun ke Trader's Food Shop dan menikmati bufet sarapan pagi. 


Avillion Admiral Cove PD


Masyaa Allah, memang banyak sangat menu juadah sarapan pagi di sediakan disini, walaupun pada hari bekerja gini. Ramai juga tetamu hotel rupanya yang menginap di sini kebanyakannya seperti warga negara China. 




Antara menu yang sempat kak ana ingat lah kan, ada nasi lemak, mee goreng, aneka salad, english breakfast, bubur nasi, roti canai, lempeng, sambal sardin, aneka roti dan croissant , roti bakar dan banyak lagi lah. 

Air minuman panas dan sejuk pun ada. Boleh makan di dalam coffeehouse yang berhawa dingin atau di luar udara laut. Kami pun saja lah makan kat luar nak tengok view kapal layar, tapi kan, di ganggu oleh beberapa ekor burung gagak yang menunggu nak curi makanan hehe :) 


Avillion Admiral Cove PD


Tak lah depa datang kacau meja makanan, tapi kalau tinggalkan meja dengan sisa makanan , burung-burung ni mai laa ambik sisa makanan. Ada jer staff yang jaga kawasan ni. 




Selepas sarapan kami terus lagi ronda-ronda kawasan sekitar Avillion Admiral Cove dan cari port lawa untuk ootd sebelum check out nanti. Korang boleh jalan sampai ke kawasan club house depa ni memang lawa sangat dengan tema ala timur tengah di dalam bangunan ni. Cantik kalau nak ber ootd.






Cuma satu sahaja kekurangan hotel ini iaitu ia tidak mempunyai pantai. Maknanya kita tidak dapat ke pantai untuk bermain air. Kena jalan kaki sikit agak jauh dari pantai. Tetapi lepak di tepian hotel ni dah cukup indah melihat laut yang biru. 

Kolam mandi pun luas dan ada dua tiga bahagian kolam untuk dewasa dan kanak-kanak. Kami tak mandi kolam pun, dan ada lah beberapa penginap yang bawa anak-anak mandi di kolam renang. 




Sebelum check out kami ronda lagi dan ambil gambar sekitar hotel dan pemandangan indahnya. Alhamdulillah percutian yang singkat tetapi amat bermakna, sangat santai dan rileks untuk kak ana, suami, kak long ( masa ni dah nak masuk 7 bulan kandungannya ) serta Adik Ika. 




Kalau korang rasa nak bercuti di sebuah hotel yang cantik dan selesa , boleh lah stay di Avillion Admiral Cove, PD . Semoga perkongsian kak ana ada manfaatnya buat semua. Selain di sini kak ana juga pernah stay di D'wharf Hotel , PD Waterfront yang juga sangat cantik dan selesa sebelum ini.




2 Comments

  1. Wahhh.. best baca ulasan Kak Ana. Kalau ke PD, bolehlah menginap di sini.

    ReplyDelete
  2. cantik semua pantai percutian di PD

    ReplyDelete