Sambungan dari entri percutian kak ana sekeluarga ke hotel cantik di Avillion Admiral Cove, Port Dickson yang lepas, kami makan malam di sebuah restoran steamboat & Seafood yang sangat menarik untuk di kongsikan bersama.

Kak ana memang plan awal-awal malam tuu nak cari steamboat kat sana. Sebab nya sebelum ni kak ana, suami dan Adik Ika makan steamboat tepi sungai di waktu malam di BBQ Lamb KL Kemensah, tanpa Kak Long dan Aiman. Jadi macam nak belanja Kak Long yang dah masuk 7 bulan ni makan steamboat tepi pantai pula laa.. walaupun Aiman tak dapat ikut kami bercuti kerana kerja. 

Kak ana macam selalu akan cari dulu di internet dan sekarang ni mudah lagi secara video di tiktok. Kak ana memang nak makan di tepi pantai , kalau boleh tak mau la makan kedai tepi jalan raya sebab dah alang-alang ada di PD kan. Baru la feel bercuti..


steamboat tepi pantai PD


Awal petang tadi, staff di Avillion tu bagitau ada restoran steamboat di sepanjang jalan pantai kawasan Batu 16 katanya. Kami pun drive memang ada tapi restoran tepi jalan la. Kak ana cari di tiktok dan nampak lah ada orang share Embok Village ni. Kami waze dan sampai lah ke halaman restoran Embok Village Steamboat & Seafood dan ia tepi pantai.


Embok Village Steamboat & Seafood , PD


Alhamdulillah ia sebuah restoran berkonsep terbuka dan ada juga di kawasan berbumbung di tepi pantai. Tapi dah malam kan, kami sampai dalam jam 8 lebih , gerak lepas Maghrib dari hotel tadi, memang tak lah nampak pantai, gelap gulita.

Tetapi terdengar deruan ombak dan angin bayu laut yang mendamaikan, Masyaa Allah.. Lebih-lebih lagi kami pii pada hari bekerja, pelanggan tak ramai dan tak sesak. Tenang je malam ni nak makan steamboat dengan suami dan anak-anak. Inilah antara sebab kami suka pii bercuti pada hari bekerja. 


Steamboat tepi pantai waktu malam di Port Dickson



Seiring la dengan konsep order menu laa ni, kat sini pun kita kena scan qr code untuk lihat menu dan depa bagi pensil dan kertas untuk tulis order. Embok Village ni ada set steamboat dan juga menu seafood kedai tomyam untuk korang pilih.

Sebab memang nak makan steamboat, kami pilih set steamboat untuk 6-8 orang sebab harga nya sekitar RM80 macam tu, tak ingat sangat. Tapi bila staff datang ambil order, depa recormended kami ambil yang set 2-4 orang tu dah cukup sebab nanti banyak, katanya.

Bagus staff ni, yelah kan, kalau berlebihan nanti membazir pula. Kami pilih set besar tu sebab nak makan puas lah konon dan harga set pun murah lagi. Set 2-4 orang tu set kecil lagi lah murah cuma Rm55 kalau tak silap kak ana. 


Embok Village Steamboat & Seafood


Jadi kami tukar la pada set A RM55, dan tambah set buah-buahan pada harga RM5 serta minuman. Air kosong di sediakan percuma jer di sini. Tak lama kemudian sampailah set steamboat dan buah serta minuman ke meja.

Agak uniknya di Embok Village ini juga dapur steamboat menggunakan bahan bakar arang. Bukan gas. Memang panas dapur steamboat tu. Kami pilih kuah tomyam macam biasa lah. Jarang kak ana nak makan steamboat dengan kuah sup. Lebih suka tomyam.



-Embok Village Steamboat & Seafood


Inilah set A atau set kecil steamboat di Embok Village Steamboat & Seafood . Berbaloi sangat pada harga RM55 sepinggan besar. Ada kiub daging kambing dan daging serta ayam yang dah di perap untuk grill. 

Ada seafood iaitu ketam 4 ekor dan sotong. Lain-lain adalah bahan steamboat , mee , mihun, sayuran dan telur ayam 2 biji. Memang kalau tengok nampak sikit tapi alhamdulillah kenyang kami makan berempat malam tu. 



Embok Village Steamboat & Seafood


Tapi kalau korang jenis makan banyak boleh ambil set B tu untuk 4-8 orang katanya. Tak pasti la banyak mana. Kami ni memang tak makan banyak , ayah depa jer yang banyak makan, jadi cukup-cukup je untuk set kecil begini.



Embok Village Steamboat & Seafood


Ada beberapa komen kak ana baca kata, kat sini menu dia biasa-biasa sahaja. Mungkin yang depa maksudkan menu seafood kut. Sebab review ikhlas kak ana di sini, kami makan steamboat jadi nak kata steamboat ni sedap tara mana tu, sama sahaja mana-mana pun , bergantung pada kuah sup atau tomyam sahaja.

Lain-lain tu kan makanan segar sama ada kita gril atau celup dalam kuah. Pada kak ana okay sangat dah makan steamboat di sini. Berbaloi dengan harga yang penting suasana di tepi pantai waktu malam tu yang special. 



-Embok Village Steamboat & Seafood


Tuu laa dapur steamboat kat Embok nii menggunakan bahan arang. Sebab tu nama dia Embok Village Arang Steamboat . Unik juga kan, tapi kesian la staff yang angkat tu, panas weii bekas besi berat lak tu. 



steamboat tepi pantai Port Dickson


Dan set buah potong ni sangat lah berbaloi pada harga RM5 sahaja. Ada tembikai, belimbing, lama tak makan buah belimbing, betik dan jambu batu. Murah kan. Kalau kat rnr sebelum ni kami singgah beli pun dah RM2 sepotong tembikai dengan jambu tu.


- Embok Village Steamboat & Seafood


Total kami makan malam tu untuk 4 orang dalam RM70 macam tu. Murah pada kak ana lah kan. Alhamdulillah dapat juga makan steamboat untuk kak long dan yang best di tepi pantai Port Dickson di waktu malam. 

Parkir kereta di hadapan pintu masuk restoran sahaja dan percuma. Sangat menarik untuk bercuti dan makan malam di tepi pantai begini. Baru lah cuti-cuti PD kan. Kalau korang nak try pii laa naa.. Mana tahu ada plan nak cuti-cuti Port Dickson. Semoga bermanfaat, In Syaa Allah... 


4 Comments

  1. wah bestnya ana makan2 n jalan2 di PD

    ReplyDelete
  2. Tempat ni cantik la. Kalau hari baik tak hujan best duduk kat luar tu....

    ReplyDelete
  3. Eh 70 je kak? tp tempatnya eksklusif

    ReplyDelete
  4. wah..nampak suasana dia mcm tenang je tu...bestnya..masuk list..

    ReplyDelete