Dah agak lama juga ana sekeluarga tak  bercuti-cuti Malaysia. Last pergi pun tahun lepas ke Ipoh, Perak. Waku Adik dan Kak Long habis final dulu pun tak sempat nak bercuti ke mana-mana, sibuk dengan pelbagai urusan keluarga yang harus di dahulukan. Sampailah Sabtu lepas , percutian pertama kami tahun 2020 ni. Kami memilih untuk ke Port Dickson sahaja , dekat dan yang penting Adik Ika nak bercuti di pantai, rindu laut katanya. 

Port Dickson ni memang banyak lah hotel dan resort tapi selalunya ana akan cari yang selesa pada harga yang berpatutan. Kami ni kalau bercuti kena ambil 2 bilik sebab anak-anak dah besar kan. Baharu lah selesa. Cari punya cari terjumpa lah D'Wharf Hotel & Residence. Bila baca review macam best je kan, penting tau baca review sebelum nak bercuti ni. Sebab tu ana suka terbitkan review bila balik bercuti ni dapatla lah  kongsi kan pengalaman dengan orang lain. Jom baca kisah percutian kami sekeluarga 2 hari 1 malam di D'Wharf Hotel & Residence, Port Dickson, best ke tidak ??





D'Wharf Hotel & Residence, Port Dickson


Bertolak dari rumah dalam jam 10 pagi lebih kurang, siap-siap sarapan dahulu. Dah target dah nak sampai sana sebelum jam 3 petang time check-in standard hotel kat Malaysia. Dengan berpandukan waze kami sampai di D'Wharf Hotel & Residence lebih kurang jam 2 petang. Rupanya lokasi D'Wharf Hotel & Residence ni terletak di PD Waterfront. Dulu masa kami datang PD tahun 2015  tak berkesempatan pun sampai ke PD Waterfront ni, rupanya dah banyak pembangunan ada kat sini. 




Masuk sahaja dapat parkir kereta depan hotel. Terus ke lobby di aras 3 dan check-in sebab ana dah booking awal-awal kan. Alhamdulillah dah boleh terus masuk bilik, lega sangat sebab kami pun belum solat Zohor lagi. Bilik yang kami sewa ialah jenis Premier Suite dengan dua katil queen. Adik ana, Lan pula menginap di Superior Room di aras yang sama. Haha!! Kami bercuti dua keluarga kali ini dengan famili adik. Seronok sikit meriah lah kan.

 


Nak share dengan korang, lobby kat aras 3 ni punya lah best sebab dia ada ruang lobi terbuka kat luar. Selepas check in, anak-anak keluar lah nak tengok pemandangan sambil bergambar. Masyaa Allah, angin laut kuat sangat, lobby terbuka menghadap laut berhadapan betul-betul PD Waterfront. Ermm... deretan shop lot kat sini boleh di katakan semua restoran makanan ada. Sebut je , McD, Pizza Hut, Starbuck, Kenny Rogers, Mykori pun ada. Depan hotel pula TF Value Mart, haa... Elok benar lah tu. Tak payah dah pii mana-mana nak makan malam nanti. 




Jomm.. ana nak tunjuk pula bilik Premier Suite kami kat aras 8 . Premier Suite ni ada dua katil queen, satu di ruang tamu di belakang sebuah divider yang menghadap laut, dan satu lagi di dalam bilik. Kiranya Suite ni satu bilik sahaja tapi ada dua katil queen. Bestnya suite kami ni seaview gitu. Memang awesome sangat permandangan dari katil. 




Gambar kat atas tu adalah katil dan pemandangan dari ruang tamu, di belakang pembahagi TV dan sofa. Dan hat bawah tu pula ialah ruang tamu suite dengan meja bar untuk makan, sebuah sofa dan sebuah LCD. Channel semua okay naa, kat sini. 






Sebelah tu adalah ruang dapur atau pentry la kan. Lengkap dengan mini fridge, microwave, cerek elektrik dan set pinggan dan mug berserta keperluan minuman dan instant coffee. Lapar-lapar bancuh je lah kan, pii beli biskut di TF atau makanan kat bawah nun. 





Dan di hujung dapur tu lah ada bilik tidur yang menempatkan sebuah lagi queen bed. Anak-anak dah cop nak tidur dalam bilik ni. Sama jer pemandangan sea view juga lah cuma katil depa tak lah menghadap pemandangan luar macam katil kat luar tu. 






Premier Suite kami ni cuma ada satu bilik air sahaja. Tapi lengkap lah lah dengan toiletries dan pemanas air serta hari dryer sekali. 4 orang jadi 4 tuala mandi di sediakan. Bersih sangat ruang tandas ni. 






Korang confius eh! Alaa.. senang cite korang tengok je lah video youtube bawah ni, boleh dapatkan gambaran kedudukan katil dan seluruh sudut ruang Premier Suite di D'Wharf Hotel , Port Dickson ni. 


 



Lepas solat dan terlelap seketika , penat gak lah perjalanan tadi agak sesak trafik dari KL ke Lebuhraya. Cuaca panas masa kat KL tapi Alhamdulillah kat PD hujan pula petang tu. Selesai Asar, kami pakat turun makan angin di bawah hotel ni sahaja. Rupanya sebelah malam ada food truck depan hotel ni. Meriah lah kan. Sambil jalan-jalan di tepi pantai private beach D'Wharf, ronda-ronda di PD Waterfront singgah menikmati pencuci mulut di Mykori. Hampir Maghrib naik ke bilik untuk solat. Awesome tak perlu memandu, depan hotel je dah ada semuanya. Yaing penting ada pantai, laut dan ombak.





Siap layan sunset lagi tepi pantai depan hotel D'Wharf ni sahaja. Masyaa Allah, cantik sungguh ciptaan Tuhan. 






Dah selesai Maghrib, pakat dengan adik ana, kami keluar cari makan malam. Tak jauh pun dari hotel ada gerai makanan panas-panas. Habis makan terus balik hotel, ronda-ronda food truck pastu lepak kat lobby luar aras 3. Time ni memang santai sangat, di hembus dingin angin bayu laut sambil di hiburkan nyanyian busker di bawah sana, sambil makan kuaci dan borak-borak dengan famili. Terbaik!!






Di ground floor sana tu, ada juga arkid permainan kanak-kanak. Bolehlah bawa anak-anak bermain kat sana kalau depa boring ye tak. 




Dah puas lepak, borak-borak dalam pukul 11 malam, naik bilik, Isyak dan tidur . Esok pagi dah plan nak mandi pool lepas sarapan. Kena awal pagi kalau tak penuh nanti cafe dan pool. 



Sayup kedengaran azan Subuh bila ana buka tingkap pagi tu. Dan sesuatu yang amat indah ialah pemandangan dari jendela melihat terbitnya fajar dan langit kian cerah. 







Untuk Premier Suite ni kami diberikan sarapan untuk 4 orang dan Superior Room untuk 2 orang, adik ana, Lan kena tambah 1 pax lagi lah untuk anaknya dan ia cuma RM25 per pax untuk sarapan di Sky Pool Cafe aras 5 di sebelah kolam renang. Menu.. Alhamdulillah banyak pilihan dan sedap-sedap. Ada nasi lemak, kari ayam, mee goreng, bubur nasi, salad, pencuci mulut dan sebagainya. Sangat berbaloi. 








Anak-anak dan suami serta sepupu dan adik ana, Lan selesai je sarapan terus turun pool. Mandi pool pepagi. Seronok lah kan ada geng mandi manda. D'wharf Hotel & Residence ni ada 3 buah kolam renang di aras 5. Ada kolam dewasa dan kanak-kanak. Di hiasi juga dengan pemandangan lanskap yang hijau, sejuk mata memandang. 










Lain-lain kemudahan yang ada adalah gym dan taman permainan kanak-kanak juga di aras yang sama. Lepas mandi pool, naik bilik, kemas dan kami check-out jam 11 pagi.Check out awal sebab Adik Ika nak kena balik kampus malam tu.






Serius, percutian kali ni memang kami staycation di hotel 100% selama dua hari satu malam. Lepak , mandi, laut , makan semua di sekitar hotel sahaja. Tak perlu memandu ke mana-mana pun. Chill & relaks sangat berbaloi. 



So, kalau korang tercari-cari hotel yang best, selesa dan tepi pantai di Port Dickson untuk bercuti, bolehlah menginap di D'Wharf Hotel & Residence, Port Dickson. Klik sahaja ke mana-mana pautan yang ana berikan di bawah atau hubungi nombor telefon untuk pertanyaan harga dan tempahan. D'Wharf menawarkan beberapa tawaran bilik dan harga promosi yang berbeza mengikut musim. 


Facebook :

📞booking: 
+606 6461888

📱WhatsApp:  


📧Email: 
resvn@dwharfhotel.com

16 Comments

  1. best lah kak ana.. boleh masuk list tpt bercuti kalau Fiza nak ke PD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fiza, kalau plan nak pii PD memang kak ana rekemen sangat stay kat D'wharf ni

      Delete
  2. cantiknya kak, bilik pun best, siap ada mini pantry lagi... nk cuci apa2 senang lah... selesa betul
    kene simpan info pasal hotl ni kot2 nk jln2 PD nnti senang

    ReplyDelete
  3. macam best je k.ana..husben mmg ada ajak nak cuti2 ke kawasan pantai tapi dia tak mau jalan-jalan. nak duk dlm bilik je. macam sesuai je hotel ni sebab nak cari makan pun jalan kaki je..tak yah drive jauh-jauh dari hotel..boleh bagi cadangan kat mr hubby. kebetulan saya mmg ada bagi cdgn ajak ke PD je. dkt dengan KL.

    ReplyDelete
  4. Menarik hotel ni. Sesekali dapat berehat dan bersantai di hotel memang seronokkan kak Ana :)

    ReplyDelete
  5. Tempat ni memang terbaek sbb all in one. Tapi nak minta Tolong add dlm review ni tentang carboot sale kami Di lokasi foodtruck Valley yang sama. Macam2 barangan, baru, prelove, bundle yg terdapat Di sana. Harga tak masuk akal pun ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada nampak masa ronda2 kat area Food Truck masa tu :)

      Delete
  6. Ma kasih buat referensinye Kak, bisa jadi catatan saya nanti pada saat liburan ke Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama boleh lah nanti menginap di sini jika ke Port Dickson BBC :)

      Delete