Lama juga perap entri ni sebelum kak ana terbitkan. Faktor kesihatan dan emosi yang agak tak berapa baik kebelakangan ni buat kan kak ana jarang dapat duduk lama untuk update blog dan blog walking. Terima kasih sahabat dan adik-adik blogger yang masih sudi singgah di entri-entri kak ana. 

Memang teruja nak tulis banyak entri tapi itu lah , bila nak mulakan tu agak berat nak duduk lama dan menaip di laptop. Dengan izinNya juga kak ana gagahi perlahan-lahan. 

Minggu ni ada appoitment doktok di KK dan Klinik Muiz untuk dapatkah refer letter untuk kak ana jalani pemeriksaan endoscopy . Masalah gastric dan gerd yang makin teruk kebelakangan ni agak mengganggu rutin harian kak ana. Faktor usia lah tu. 


english breakfast Cafe Salim

English breakfast di Cafe Salim, Meru


Kak ana dah lama nak bawa adik ipar kak ana sarapan pagi di Cafe Salim ni sebab Julia memang suka menu-menu Inggeris macam ni. Akhirnya termakhbul jugalah beberapa bulan lepas waktu di singgah bermalam di rumah dengan Lan, kami bawa dia sarapan pagi ke sini. 

Cafe Salim dah berpindah lokasi, bukan lagi di Jalan Paip tetapi dah berpindah berdekatan pekan Meru. Jauh juga dari kediaman kak ana untuk ke sini. Mujur lah tak panjang sangat queue masa kami sampai pagi tu. Dapat seat pun tak lama sangat beratur. 



English breakfast di Cafe Salim, Meru

Ini merupakan kali ke empat kalau tak silap kak ana sarapan pagi dengan menu English Breakfast di Cafe Salim. Sebelum ni di Jalan Paip lah, laa nih kali kedua kami ke sini dah. Selain dari menu English Breakfast, ada jer menu nasi lemak dan sebagainya. 

Tapi tak sah lah kalau ke Cafe Salim tak menikmati English Breakfast depa. Pelbagai pilihan menu English Breakfast ada dan Alhamdulillah sedap-sedap kena dengan selera kak ana . Cuma kak ana tak boleh nak telan adalah omelette eggs breakfast tu sahaja. Agak mual pada kak ana lah.. 


English breakfast di Cafe Salim, Meru


Antara kategori menu yang ada di Cafe Salim adalah seperti Soups & Starters, Breakfast, Pasta, Sandwiches, Burgers, Pizza, Mains & Grills, Sides dan Desserts. Harga menu pun masih mampu makan, untuk kebanyakan kita, In Syaa Allah. Presentation dan rasa sangat sedap dan premium pada kak ana. 

Kalau dulu di cafe lama, air minuman kira ikut gelas dan boleh refill tapi kat cafe baru ni dah tak ada konsep begitu. Harga bahan mentah kan dah mahal kan, mesti ada sebab kenapa ia tidak lagi di jalan kan. 


English Breakfast di Cafe Salim

Pagi tu kak ana berkesempatan berjumpa dengan owner Cafe, Chef Salim sendiri yang datang ke meja kami berbual. Kak ana dan suami memang kenal Chef sebab beliau merupakan rakan lama kepada abang long kami iaitu Chef Suzain. 

Kalau korang berkesempatan berada di sekitar pekan Meru atau Setia Alam, boleh lah try makan pelbagai menu sarapan di sini. Kak ana di fahamkan juga cafe dah beroperasi hingga malam, Korang try lah cari info yang tepat naa... 


7 Comments

  1. Menariknya presentation english breakfast kat sini. Tercapai juga hajat Kak Ana nak bawa adik ipar makan kat sini.
    Semoga Allah permudah segala urusan kak Ana, diberikan kesihatan yang baik.
    Aamiin...
    Take care.

    ReplyDelete
  2. Untungnya chef sendiri yang menyantuni....

    ReplyDelete
  3. Jenuh cari kotak komen post akak ni selalu hilang. Kena refresh baru muncul. Semoga cepat sihat kak AJ. Nampak sedap semua menu.

    ReplyDelete
  4. sedap nampak menu english kelainan rasa breakfeast

    ReplyDelete
  5. nampak sedap la food tu. MZ doakan shifa' utk kak ana...aging factor memang real..MZ pun rasa kdg2 on off tak sihat..tp abaikan ajer selagi tak teruk

    ReplyDelete
  6. Dah pindah lokasi ye... Kalau ke sini boleh try. Nampak menarik.

    Semoga dipermudahkan urusan dan sihat² selalu Kak Ana 🤲🏻

    ReplyDelete
  7. Kalau dekat tu dah lama pergi. Semoga sihat2 aje ye Kak Ana

    ReplyDelete