sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 17 Januari 2013

Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam

Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam kalau dulunya dikenali sebagai Bukit Cerakah,terletak di Shah Alam bandar anggerik.. Dah habis pusing-pusing shopping mall sekitar Selangor dan KL ni ana cadang nak bawa famili ke sini pula.Last datang masa Form Six masa tu datang ikut rombongan sekolah dari Perak..Tak banyak yang berubah..yelah nak ubah macam mana sebab memang ianya kawasan hutan simpanan takkan nak buat bangunan pula kat sini kan... Cuma adalah beberapa kawasan yang dah di upgradekan lagi dari dulu tu...

Ok..,macam biasa anajingga akan cuba kongsikan beberapa info untuk anda yang akan ke sana sebagai serba sedikit panduan atau rujukan sebelum pergi.Manalah tahu Google-google keluarlah entri ana ni..


Harga tiket untuk masuk ke Taman ini hanya RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak dan jika kita nak masuk ke Rumah Iklim 4 Musim ni bayaran lain akan dikenakan mengikut musim ketika masa lawatan kita.Masa ana datang tu kebetulan bulan Disember jadi musim salji jadi kena bayar RM5 seorang.. Waktu lawatan pula dari 8.00 pagi hingga 4.30 petang sebab kalau petang sangat memang tak sempat nanti nak pusing-pusing kat kawasan ni sebab memang luas...

Atas:Harga tiket masuk & Bawah: tiket Rumah Iklim Empat Musim
Untuk melawat sekitar kawasan disini memang luas kita boleh menaiki trem yang disediakan percuma disini atau memilih untuk menyewa basikal dengan kadar RM5 untuk sejam pertama.Walaubagaimanapun khidmat trem ni hanya akan menghantar dan mengambil kita sehingga ke Rumah Iklim Empat Musim sahaja selebihnya kenalah jalan kaki... memang lenguhlah kaki..

Antara tarikan yang ada disini..
Apapun ana tak berkesempatan nak pusing habis tempat-tempat di atas ni sebab kepenatan...faktor usia agaknyalah...Tapi masih sempatlah masuk ke Rumah Iklim Empat Musim ni untuk melihat dan memegang salji bersama anak-anak..

Inilah Rumah Iklim Empat Musim
Dalam Rumah Iklim masa tu musim sejuk ,jadi adalah salji buatan dan terdapat anjung yang mana kita boleh masuk ke kawasan bersalji cuma tak boleh nak pijak dan bermain salji macam dalam Snow World Genting Highland tu... ialah harga tiketnya pun 5 kali murah dari Snow World kan...Sekadar nak melihat dan bergambar tu kira dah oklah pada harga RM5 tu..walaubagaimanapun suhu didalamnya memang sejuk bawah takad beku sampai skrin kamerapun fros berkabus...

Pemandangan dalam Rumah Iklim musim salji
Selain daripada ni bolehlah kita pusing-pusing melihat kehijauan alam semulajadi disekeliling kita..ada tasik, empangan dan rumah tradisional melayu kat sini.. ana lihat ada beberapa keluarga berkelah di wakaf-wakaf yang disediakan dengan membawa juadah untuk makan bersama keluarga.. di bawah ni ana kongsikan sedikit lagi foto-foto yang sempat ana rakamkan buat tinjauan anda semua...terima kasih sudi membaca dan harap dapatlah ana kongsikan beberapa info...

Surau yang terdapat disini



9 ulasan:

  1. salam. hai. nak cerita sikit.
    saya pun pernah sampai sini jugak dengan kawan-kawan, waktu tu 4/12/2012. kitorang pegi ramai-ramai sebab nak celebrate befday kawan kitorang ni yang jatuh 4/12, iaitu pada haritu jugak. mulanya kami rancang nak naik train, tp entah kenapa hati kami semua nak cycling ke rumah empat musim.
    pada mulanya, memang seronok la, naik bukit, tengok pemandangan yang hijau, sejuk mata emandang, best sangat, setiba nya kami untuk turun dari bukit dengan menaiki basikal, kami terdengar satu jeritan yang amat kuat, iaitu suara kawan kami sendiri(popo/bukan nama sebenar). rupanya, brek basikal popo sudah loose atau tidak berfungsi, maka, dia memecut dengan lajunya turun kebawah, dan tidak sempat untuk melompat dari basikalnya, dia telah terlanggar selekoh dan tercampak jauh lalu jatuh tersungkur, mujur saja bukan gaung di hadapannya. popo telah dihimpap oleh basikalnya, kepala terhantuk ke atas batu, mulut berdarah, mengalir dengan deras sekali.
    kami semua terkejut dengan kejadian yang tidak disangka - sangka. kami mengejar popo, dan menyelamatkannya. kasihan popo. kami bawak popo ke hospital yang berhampiran. akhirnya kami pulang dengan kesayuan.

    *tak dapat nak menghabiskan masa bersama dengan kawan - kawan pada haritu. sedih sangat. tapi lagi sedih bila mengenagkan popo. dahlah, befday dia haritu.

    *tak tahu bila lagi kami nak kesanaaaa.

    *tiket 4 musim yang dibeli haritu asih tersimpan rapi dalam dompet. bila nak guna ? wallahua'lam.

    #sorri owner, tercerita kat sini. :)

    BalasPadam
  2. It's okay fiza:ana doakan popo dan sembuh seperti sediakala...memang malang tak berbau keadaan jalan yang berbukit tu memang agak bahaya kalau tak berhati-hati sebab tu ana ambil keputusan naik trem walaupun anak2 nk naik basikal...yang baik kita jadikan tauladan ye...terima kasih singgah dan berkongsi kisah..

    BalasPadam

  3. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam
  4. salam..boleh bagi maps untuk ke tempat tu tak..saya cari2 xjumpa jg...kalau bg spesifik sikit lokasi dia senang sikit nak cari..tq

    BalasPadam
  5. Maaf Sky8Men : ana ke sini guna khidmat mr GPS... mungkin saudara boleh guna Google Map ... :)

    BalasPadam
  6. wah wah,,aktiviti nya yang best

    BalasPadam
  7. cn google tentang bukit cerakah jumpa entry kak ana ni, plan nak bawak adik2 ke sini cuti skolah ni, lama tk kesini ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. entri ni lama dah CN, tak pasti masih sama atau dah berubah,apapun semoga pengalaman CN ke sini akan menyeronokkan :)

      Padam