sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 9 Februari 2015

Macam-macam Siput


Makanan Laut di Pantai Remis,Jeram.

Jika kita berada di Pantai Remis, Jeram,Selangor ni pada hujung minggu atau cuti umum, disini ada pasar petang yang menjual pelbagai hasil laut, sayur-sayuran tempatan,pakaian, makanan,permainan dan sebagainya.Sesuatu yang menarik perhatian ana ketika disini ialah jualan pelbagai jenis hasil laut seperti ikan-ikan segar dan pelbagai jenis siput yang jarang ana temui di pasar-pasar tempatan atau pasaraya. Menurut peniaga disini, kebanyakkan hasil laut ini datangnya dari Pasir Penambang di Kuala Selangor dan ada juga yang di ambil dari luar negeri Selangor.Jom ana kongsikan disini beberapa jenis siput yang sempat ana pelajari namanya dari seorang kakak yang berniaga di sini.

Mentarang

Mentarang, jika kita melalui jalan dari Kuala Selangor ke Sabak Bernam,pasti akan terlihat di kiri kanan jalan sekitar Sekinchan terdapat gerai-gerai yang menjual siput mentarang.Saiznya agak besar dan tekstur cengkerangnya kasar.Ana tidak pernah makan atau memasak mentarang ni, dan menurut kakak yang menjualnya, ia perlu dibersihkan,direbus dahulu sebelum di keluarkan isinya.Pada petang itu, mentarang dijual dengan harga RM12 sekilo.


Kerang bulu

Sama seperti kerang biasa yang terdapat di pasar-pasar harian,cuma bezanya ia berbulu halus pada cengkerangnya dan saiznya memang besar dari saiz kerang biasa.Ana pernah mencubanya, tetapi isi kerangnya agak liat daripada kerang biasa dan selalunya di bakar dan dimakan dengan sos atau air asam.


Siput Lala

Siput Lala ni memang sering kali kita jumpa dijual di mana-mana pasar tempatan, bersaiz kecil dan bercorak  garisan halus pada cengkerangnya. Ana selalunya masak lemak atau goreng dengan sos tiram.Dimasak terus dengan kulitnya yang telah dibersihkan terlebih dahulu.


Kepah

Kepah bersaiz seperti kerang biasa yang gemuk, cengkerangnya licin tiada tekstur dan bersih.Tidak ada juga pengalaman ana memasak kepah cuma pernah makan yang direbus oleh mak dan ditambahkan daun kunyit sebagai aromanya.Rasa isinya agak masin sedikit.

Kupang (Google Image)

Dah alang-alang kita mengenali jenis-jenis siput, ana Googlekan juga kupang, sejenis lagi spesis siput yang lazat dijadikan menu makanan laut.Isinya agak besar dan panjang dan sama seperti lala, jika ana membelinya akan masak dengan sos cili atau dijadikan sambal.

Pepahat (Google Image)

Disini ada dijual pepahat tetapi telah siap dipeketkan didalam plastik, dan tidak berapa jelas ketika ana mengambil gambarnya.Berbentuk panjang dan seperti buluh yang agak tajam kulitnya.Menu yang selalu di sajikan menurut kebanyakan perkongsian di blog-blog masakan ialah lemak cili api.Ana juga tidak pernah lagi memasak atau makan pepahat.

P/S : kebanyakan nama panggilan siput-siput ini berbeza mengikut daerah dan negeri masing-masing.Apa yang ana kongsikan disini adalah berdasarkan pengetahuan ana dan sedikit carian dari internet.


~berkongsi info tentang siput disini~

39 ulasan:

  1. wahh Kak Ana, untungla boleh ke pantai Remis... banyak siput2 nya kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eny suka lah ye makan seafood ni kan, tapi kak ana rasa kat Kuala Kedah sana lagi murah2 dari kat sini :)

      Padam
  2. semua diatas yan pernah cari sendiri dan makan...kecuali kerang bulu tak pernah cari...makan dah..:-))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah Yan, adventurenya...cari sendiri dan makan tu, cayalah :)

      Padam
  3. Siput Lala kalo kat utara panggil Retak Seribu ehh betoi ka Arzmoha??

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada juga kak ana terbaca tadi PCL, semasa mengGoogle info tentang siput ni :)

      Padam
  4. Kita pggil lala jer pcl hehehe,.sedapnyerr bila dapat yg fresh gini ...masak lemak cili api pon best kan huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah kak ana pun panggil lala gak Lya :)

      Padam
  5. Kepah goreng berlada huhuhu dap tu kak ana ,..rasa nk mkn la pulajpk hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haa sudah Lya, kena pi cari le nampaknya hehe :)

      Padam
  6. kepah n lala pernah makan..yang lain2 tak pernah makan.. mentarang pon xpernah.... gud info kak ana.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq darlings Anis, kita kongsi-kongsi info kay :)

      Padam
  7. tak pernah makan kepahat. huhuhu :(

    BalasPadam
  8. assalamualaikum ana...wah sedapnya mcm2 siput ada ni...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama, sedap kan tapi menunya sama je ni kan hehe tak masak lemak, sambal kan :)

      Padam
  9. banyaknya seafood!!! ubat kolestrol ni Ana, tapi kalau dah bekenan apo nak di kato kan on je hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak Nooriah, ni kalau dapat kat kak Noor ni macam-macam menu menjadi kan :)

      Padam
  10. Sedapnya klu masak lemak cili padi..tak pun bakar saja cicah air asam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah antara menu yang ana jumpa semasa mencari info tambahan tentang seafood ni PC :)

      Padam
  11. Salu blk assam jawa. Tp xpnh dan nk g sini....huhuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. sesekali cubalah singgah pula ewento marcello :)

      Padam
    2. resdung. kurg mkn sea food. kechuali ikan. heheee

      Padam
    3. betullah nanti mudarat kan pula kan :)

      Padam
  12. mentarang tu dalam nya macam mana ye??macam kerang jugak ke?/saya pun tak pernah makan pepahat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam isi kepah lebih kurang DR, itu pun kak ana lihat semasa di gerai tu lah...:)

      Padam
  13. dukacitanya..semua di atas Fuza tak boleh nak bedal sebab alergik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha jangan sedih Fuza, banyak lagi benda lain yang boleh di bedal ;0

      Padam
  14. macam2 yang acik tak pernah tengok ana..acik cuma suka dan pernah makan ala ala je

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha ye ke acik, oklah tu hari ni masuk kelas belajar siput ye disini :)

      Padam
  15. Kalau kat sabah, kerang bulu kami panggil tembayanan, kalau kepah pula, kunau.. hehe..
    Selalunya bila outstation kat pulau2 jer baru ada can cari sendiri yang fresh2.. pastu malam, kami bakar.. lagi2 kepah.. sedap sangat bila dibakar, cicah sambal kicap.. hehe


    My blog :

    http://segalaceritera.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Aretikz, berkongsi pengetahuan disini,betul tu kak ana pasti pulau-pulau di Sabah yang indah kaya dengan pelbagai khazanah alam untuk manusia.

      Padam
  16. baca time tengah hari..memang berkeroncong prut den ni ha..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laa Dayah tengok siput mentah lagi tu, belum di masak dah lapaq hehe :)

      Padam
  17. sedapnya mentarang 2 kalau di bakar... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap ye Ahlam, kak ana tak pernah makan lagi, mungkin suatu hari akan mencubanya In Shaa Allah . :)

      Padam
  18. Paling everet ..mentarang lah..buat gulai dengan ubi mmm...atau masak air dengan putik tembikai...bakar ke...adusss...sedap sangat ni. cukup manis...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam-macam menu Kak Mala yang ana tak pernah dengar ni, sangat unik dan pastinya sedap kan... :)

      Padam
  19. pepahat tu sedap ka kak ana. Mentarang tu saiz besar ya kak ana?
    tak pernah rasa lagi

    BalasPadam