sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 10 Februari 2015

Tips Masak Ikan Banyak Tulang



Ikan yang mempunyai sisik yang banyak biasanya juga akan mempunyai tulang yang banyak dan halus.Contohnya ikan Terubuk, ikan Rohu, ikan Belanak, ikan Susu, ikan Lampam dan sebagainya. Makan ikan-ikan tersebut memang sedap kerana rasa lemak pada isinya, namun masalah ketika makan ialah untuk mengasingkan tulang-tulangnya.

Jika ikan Terubuk, selalunya ketika membeli di pasar, mak ana akan meminta penjual ikan menarik bahagian ekornya supaya tulang-tulang di dalamnya longgar dan mudah untuk di asingkan nanti.Manakala ikan-ikan bertulang halus yang lain, mak memberi petua kepada ana untuk mengelar isi ikan halus-halus supaya mudah mengeluarkan tulang-tulang halus ketika makan.Selain itu, selalunya ikan yang bertulang banyak ini, elakkan masak berkuah tetapi lebih mudah di goreng atau di bakar sahaja.

P/S: Sekiranya pembaca ada tips yang lain bolehlah kongsikan di ruang komen,bersama kita kongsikan sesuatu yang mungkin bermanfaat kepada orang lain.In Shaa Allah.



petua masak ikan banyak tulang
Ikan Lampam di kelar halus dan di goreng garing

Ikan Lampam Bersambal:

 

Ikan Lampam bersambal

Sebelum ini memang tak pernah makan ikan Lampam, sejenis ikan air tawar. Melihat pada sisiknya, ana dapati pasti ianya banyak tulang halus.Pada awalnya ana bercadang nak masak lemak cili api sahaja, tetapi atas nasihat jiran yang memang kaki pancing, ikan Lampam ini lebih sesuai di masak sambal sahaja supaya mudah mengasingkan tulang ketika makan.

Ikan Lampam dan seperti kebanyakkan ikan air tawar perlu dibersihkan elok-elok dan di bilas dengan air basuhan beras atau perahan limau nipis untuk menghilangkan baunya.Kemudian kelar isinya halus-halus dan di goreng garing.

Untuk sambalnya, tumiskan bawang besar,bawang putih, serai dan cili 'blend' hingga masak. Tambahkan bahan perisa dan sadurkan semula bersama ikan yang telah di goreng garing tadi. Mudah dan ringkas.Ikan Lampam ni rasanya lemak-lemak manis dan agak sedap.


~berkongsi tips dan resepi mudah disini~


37 ulasan:

  1. TQ Kak Ana atas tipnya.. ikan lampam tu mmg sedap dibakar atau goreng atau disambal sahaja.. sedappppp!

    BalasPadam
  2. Dari malam tadi kakcik terasa teringin sangat nak makan nasi panas2 dengan ikan goreng....tengok gambar Ana ni keinginan tu lagilah membuak balik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. laa ye ke Kakcik, senang je tu goreng ikan garing-garing buat kawan nasi :)

      Padam
  3. biasanya pcl makan ikan lampam kat bhg perutnya je..takde tulang kecik lagi satu..sedap lemak bhgian tu..walah !

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang lah PCL, kat situ tak ada tulang tapi takkan belah lain tak makan dah hehe :)

      Padam
  4. sedapnya kak ana...makan nasi putih dengan ikan ni & kicap pon sodapppppp:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mieja suka ye, kak ana suka juga lemak-lemak manis tapi problemnya kat tulang tu lah hehe :)

      Padam
  5. tips ikan terubuk tarik ekor tu pertama kali dengar..lain kali boleh cuba cara nie... :-))

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah Yan, peniaga Cina kat pasar pun tahu buat camni :)

      Padam
  6. bonde suka Asam Pedas Ikan Parang... Sedapnya.. kene sabar makan sebab tulang banyak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laa lupa lah Bonde nak mention ikan parang, memang best lah asam pedasnya :)

      Padam
  7. Balasan
    1. kak ana kurang minat pula sayidah napisah... tq singgah sini :)

      Padam
  8. anis memang tak reti bab makan ikan tulang banyak nie.. lemah sikit..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah kak ana pun lemah sikit tak best nak makan sambil asingkan tulang ni..:(

      Padam
  9. 1st time tahu ad apetua rupanya..huhu thanks sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok Dayah, sekarang dah tahu ye hehe :)

      Padam
  10. Ikan parang msk asam pedas. Nyum..nyum

    BalasPadam
  11. Nampak sedap.. cuma saya tak berapa makan ikan sangat especially yang rebus punya. Hehehe. Anyway, thanks for sharing Kak Ana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok Pojie, tak apa tak makan ikan makan daging ke, ayam ke, telur ke banyak lagi yang boleh kita mamam kan hehe :)

      Padam
  12. saya tahu makan jaaaaaaaaaaaaaaaa. heheheehe :D

    BalasPadam
  13. isi ikan banayk tulang memang sedap kan ana..lemak je.tapi acik sekarang ni dah lama behenti makan ikan banyak tulang..padahalnya ikan terubuk ngan ikan parang tu memang kegemaran acik..mata dah tak berapa nak terang..pakai cermin pun sama..tak berani dah nak makan ikan banyak tulang.
    acik pun sama macam ana juga..pegang kepala dan ekor ikan kemudian tarik..memang dengar la bunyi tulang iakn tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye lah acik rasa memang sedap tapi makan berisiko, sama jugalag ye petua kita :)

      Padam
  14. Ikan by tulang yg cikla paling suka ikan terubuk. Lg2 kalau masak Asam pedas...sedappp... Ikan lampam cikla tak pernah cuba... Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. *by - byk ... Typo lak... Hehe

      Padam
    2. terubuk memang sedap kan Cik La, lemak sangat isinya..lampam lebih kurang rasa terubuk jugaklah :)

      Padam
  15. thanks kak ana for the tips!ikan banyak tulang memang isinya lebih sedap.macam analogi life jugak.makin banyak cabaran, makin manis kejayaannya.ewah, bermadah pujangga plak...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah wah indahnya kaitan ikan bertulang dgn falsafah kehidupan Sal, I Like !!

      Padam
  16. tak pernah cuba kak ana. sedsap sangat ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lebih kurang rasa terubuk gak aRz :)

      Padam
  17. assalamualaikum ana...kalau mama panggil ikan tamban ni...mmg sedap kalau digoreng makan masa panas2 lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama, Oo mama panggil tamban ye, kalau ana tamban ni kecil sikit saiznya tapi sama gak banyak tulangnya..:)

      Padam