Tumbuhan Yang Hamil ??

by - Thursday, March 26, 2015


bunga keladi bunting
Keladi Bunting (Google Image)

Satu pemandangan yang indah , namun hati-hati kerana ia bukannya di atas padang yang boleh dijejaki namun keindahan yang mempersonakan ini berada di kawasan berair, sama ada tasik, parit, lombong mahupun sungai. Hari ini, ana kongsikan kisah tumbuhan akuatik yang suatu ketika dahulu menjadi permainan bagi ana, pokok keladi bunting. Bunting dalam bahasa pertuturan di rumah ialah mengandung atau hamil.Kenapa pokok ini di panggil keladi bunting ye ??


Keladi Bunting:

 

kredit foto: https://everythingspossible.wordpress.com/

Kenapa ia dipanggil keladi bunting ialah kerana rupa bentuk dibahagian batang tumbuhan air ini yang kembung seolah-olah perempuan hamil.Sebenarnya batang keladi bunting ini mengembung kerana ia mempunyai ruang udara seperti span untuk mengapungkan tumbuhan di atas muka perairan. Sangat sempurna Maha Pencipta.

Jika dahulu, ana biasa bermain dengan pokok keladi bunting ini kerana mudah terdapat di kawasan parit besar di belakang rumah.Kami jadikan ia sebahagian bahan untuk permainan masak-masak ketika kecil.Namun jika berada di sungai, orang-orang tua akan berpesan ,jangan menghampiri sekelompok keladi bunting yang hanyut kerana di bawahnya kebiasaannya ada sang buaya. Waallahu a'lam.

Kini pokok akuatik ini di tanam sebagai tanaman hiasan lanskap yang berkonsep air. Pokok keladi bunting juga dijadikan makanan ternakan dan juga ikan.Ia mempunyai akar rerambut yang halus sama seperti pokok kiambang.Jarang dah ana temui pokok keladi bunting , disekitar bandar sekarang .


~berkongsi kisah keladi bunting disini~

You May Also Like

36 comments

  1. Pokok makanan utk ikan dlm kolam dan tasik ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Maria, boleh jadi makanan ikan juga.

      Delete
  2. siapa yang buntingkan dia k.ana?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ewan soalan mu...sungguh mencabar minda ;0

      Delete
  3. ini orang kecik2 degil main tepi parit. hihihi

    ReplyDelete
  4. ada satu lagi "bunting"ana yg dicukup dikenali..
    apalagi kalau bunting colourful yang dipasang sempena temasya sukan tu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ANIM tu sebutannya lain sikit...

      Delete
  5. Tak jauh dari rumah kakcik ada restoran Dayang Bunting... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hat tu pi makan sedap kak cik.. hihi

      Delete
  6. dah susah nak nampak keladi bunting skrng ni... kat kampung pun dah takde... :(

    nak pupuskah...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan Ain, dah makin pupus agaknya.

      Delete
  7. hahaha . ingt kan tumbuhan ap tadi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Leyla, tajuk kena gempak kan teknik seo EFG hihi

      Delete
  8. assalamualaikum ana...yer la semuanya ada perkataan bunting ...pelik tapi benarkn...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai orang dulu- dulu buat gelaran kan mama,Waalaikumsalam mama .

      Delete
  9. banyak pulak benda saya baru tahu tentang keladi bunting melalui entry nih.tq..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..DR sharingis caring dear.. ;)

      Delete
  10. cantiknya bunga keladi bunting :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik tapi bila dipetik dr pokoknya akan kelayuan serta merta ;)

      Delete
  11. terkujat jugak baca tajuknya tadi..hahaha :p

    ReplyDelete
  12. bestnya pokok ni. bakal melahirkan anak tidak lama lagi ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha lawaklah hangpa aRz hehe :)

      Delete
  13. saya pun dulu suka tengok pokok ni. sebab kebolehannya terapung

    ReplyDelete
  14. belakang rumah kita dulu2 banyak pokok keladi bunting ni.... kite geli nk pegang...heheheh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa geli lak aisya, kak ana suka main pokok ni dulu siap potong2 batang dia sebab lembut macam span hehe :)

      Delete
  15. keladi bunting namanya rupanya . ha ah . masa budak2 dulu mmg suka main keladi bunting ni . pokok ni mudah membiak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kami panggil keladi bunting lah CM, memang cepat je merebak kat dalam kolam atau sungai kan :)

      Delete
  16. Menyinggah jap...eladi bunting...boleh buat parit dan sungai tersumbat kalau dah tak terkawal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Fida, kalau dapat membiak memang payah nak kawal kan :)

      Delete