Buah Yang Semakin Di Lupakan

by - Monday, April 20, 2015


Buah Keranji:

Sorong papan,tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan dia makan
Suruh mengaji dia tak mahu

buah keranji
Lama dah tak jumpa dan makan buah keranji ni. Rasanya memanglah tak sedap mana pun cuma nak kenalkan dengan anak-anak yang tak pernah kenal dan melihat buah keranji yang sering dilagukan dalam pantun Melayu lama kita .


kredit foto: Google Image

Buah keranji ni sejenis buah hutan.Isinya seperti sponge yang lembut berwarna jingga atau oren.Biasa dimakan begitu sahaja.Pernah terbaca ia boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam darah cuma tak pasti sangat sumber dan kebenarannya.Buah keranji ini ana perolehi dari adik sepupu yang membawanya dari Sarawak.Mungkin di sana dan beberapa tempat lain masih mudah untuk mendapatkan buah keranji.Apapun ia satu perkongsian untuk anak-anak remaja yang tidak pernah melihat rupa buah keranji.


~berkongsi kisah buah keranji disini~

You May Also Like

22 comments

  1. Asalamualaikum..yan suka makan buah ni..buah nie tahan bebulan bulan..kat area yan ..biasanya orang asli yg jual:-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Yan, laa Yan suka rupanya..oklah memang tahan lama pun dah lama simpan cuma dah makin mengering isinya.

      Delete
  2. serius tak pernah makan buah keranji ni, hehehe..harap2 tak mengidam benda ni..sebab susah nak dpt

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengidam ke aisyah, alahai tak yah mengidam buah ni sebab tak sedap pun haha :)

      Delete
  3. akak pernah makan dan pernah beli masa berkunjung ke Sarawak beberapa tahun lepas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm banyak terdapat di Sarawak kan AS :)

      Delete
  4. Buah zaman kak kecik2 dulu ni...sekarang susah nak jumpa jual kat mana2...kak suka juga yang dia orang salut ngan gula tu...makan dia rasa masam2 manis....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ada ye kak Mala bersalut gula, ana tak pernah jumpa pula selalu lihat yang mentah macam ni sahaja :)

      Delete
  5. lama tak makan.. boleh laa rasanya..

    ReplyDelete
  6. pernah dengar buah keranji tapi x pernah tengok rupa dia..thanks kak ana.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah Dayah, generasi muda sekarang payah nak jumpa buah-buah hutan sebegini :)

      Delete
  7. k.ana,tak berapa suka bab macam masam2 cikit..ngee

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah khaty kak ana pun tak berapa serasi dengan rasanya :(

      Delete
  8. buah keranji ni keras eh kak ana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lah lembut je kulit dan isinya KC :)

      Delete
  9. saya tkl suka yg dh masak.. saya suka yg muda.. sedapppppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana tak suka dua2 sebab tak rasa apapun haha :)

      Delete