Apam Kukus Coklat Mudah dan Gebu

by - Friday, September 18, 2015

Resepi Apam Kukus Coklat Mudah

 


Dah lama juga tak menyediakan menu petang dengan adik Ika.Mungkin sebab adik Ika terlalu sibuk dengan aktiviti sekolahnya sampai ke petang.Memandangkan jerebu melanda tanahair ni, banyak aktiviti petang dibatalkan, jadi adik Ika ada masa di dapur bersama ibu.Dari blogwalking di blog Ratu Kek WANA ana memperolehi resepi apam kukus coklat yang sangat mudah untuk disediakan sebagai menu minum petang kami hari tu. Bahan-bahan juga sangat basic ada di kabinet dapur. Kali ini ana kongsikan semula buat pembaca anajingga.com.Terima kasih buat adik blogger tersayang Wana :)


Bahan untuk apam kukus coklat 


1 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir/gula perang (ana gunakan gula pasir)
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 cwn minyak masak/minyak jagung (ana gunakan minyak masak)
1/2 cwn air
1 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
1 biji telur gred A
2 s/b serbuk koko
Secubit garam

 

Cara menyediakan apam kukus coklat


Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat,gula dan serbuk koko ke dalam mangkuk adunan.Pastikan ayak dahulu tepung gandum dan soda supaya sebati.

Kemudian masukkan susu pekat, minyak masak,air,telur dan secubit garam.Pukul menggunakan whisk atau pemukul telur sehingga adunan sebati dan ringan.

Tuang bancuhan dalam acuan atau ana gunakan muffin cup

Kukus selama 15-20 minit.Sedia untuk hidangan.


~berkongsi resepi apam kukus coklat mudah disini~




You May Also Like

48 comments

  1. dah lama juga tak membaking ni....tunggu mood hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan azie, bila mood sampai baru jadi hihi :)

      Delete
  2. Replies
    1. nampak sedap rasa pun sedap cikLa,cewah :)

      Delete
  3. Kakcik suka resepi guna sukatan cawan ni, tak payah pening cari penimbang. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak cik senang nak sukat kan :)

      Delete
  4. sedap ni kak ana....kena minum petang lagi best la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah aRz buat minum petang dengan teh tarik ye hihi :)

      Delete
  5. wah cantik dan gebu la apam coklat akak tu..terima kasih kerana mencuba resepi ni..wana suka sangat bila dapat kongsi sesuatu yang bermanfaat..tapi, gelaran ratu kek tu buat wana segan pula..heheh..btw, labiu kak anaaa ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak tuan punya resepi komenlah, malu kak ana..hihi betullah wana ratu kek, terima kasih sayang berkongsi resepi dengan kakak ye ,lap u too :)

      Delete
  6. Replies
    1. hamboi nusha macam leh rasa je kan :)

      Delete
  7. Buat makan dan minum petang best ni..

    ReplyDelete
  8. salams kak, tengok gambar dah rasa sedap kak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah mieja, mieja lagi lah terre membaking dari kak ana kan :)

      Delete
  9. sedapnya. Gebu pulak tu... Nak try buat jugaklah. Resepi pun mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom cikT buat nak esok kan cuti dah hii :)

      Delete
  10. Replies
    1. haah FD, mudah sangat bahan dia dan sedap gebu geban haha :)

      Delete
  11. Replies
    1. jom try test buat lak zumal haha :)

      Delete
  12. ewaaahhh...!! cumil-cumil apam kukus ni kak ana.. sekali ngap je abissssss... hehehehehe.. :)

    ReplyDelete
  13. waaa.. sedap.. :)

    Jemput singgah k..

    Entry terkini

    1. "Aperture Squad Artwork"




    ReplyDelete
  14. bleh buat ni kak anna..afrina n adriana suka mkn cake ke apam ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ajak afrina dengan adriana buat sekali ye ummul :)

      Delete
  15. Replies
    1. apa yang best mommy, mommy asyik lapar je kan hihi :)

      Delete
  16. best ja resipi..rajin mesti bahagia keluarga

    ReplyDelete
  17. nak try resipi mesti nak bagitahu mama kat sebelah ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom try Etuza, mama mesti nak buat tu ,buat sama-sama kay :)

      Delete
  18. Wow. Terbaik ni! Mudah resepi nya...
    aida br sudah buat kek pisang :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah aida, kek pisang pun sedap tu makan panas-panas kan :)

      Delete
  19. k.ana,kalau letak topping coklat kat atas lagi yummy tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan khaty, mangkin boleh cuba lain kali pula :)

      Delete
  20. Kak Ana.. itew nak sikit.. peeeelish..

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK CT jap lagi kak ana anta ikut pintu dapoq ye :)

      Delete
  21. Replies
    1. hamboi HH..siap caplock lagi..kan menn naa :)

      Delete