Rumah Terbalik Port Dickson

by - Friday, September 04, 2015

Rumah Terbalik Port Dickson

Masih bercerita tentang percutian singkat ana dan keluarga di Port Dickson, Negeri Sembilan.Kali ini petang Sabtu tu kami ke Rumah Terbalik pula.Apa yang ada di Rumah Terbalik Port Dickson ni? Memang terbalik betul-betul kah? Teruja bukan main anak-anak dan ibunya sekali nak ke sini.Sebelum ini, ana mendapatkan dahulu sedikit gambaran tentang Rumah Terbalik ni dari rakan-rakan blogger yang pernah berkongsi info dan hari ini ana kongsikan semula disini.




Lokasi Rumah Terbalik Port Dickson

 

lokasi rumah terbalik port dickson
kredit foto: FB rumah terbalik port dickson

Rumah Terbalik atau Art Galery Upside Down ini terletak di No 13A & 15, Jalan Coral Walk,Batu 9,Jalan Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.Jangan risau kerana sepanjang perjalanan dari bandar Port Dickson menghala ke Teluk Kemang memang terdapat papan-papan tanda untuk sampai ke galeri ini.Waktu operasinya pula mulai 10:00 pagi hingga 9:00 malam. Harga bayaran tiket untuk warga negara dengan IC ialah RM15 dan kanak-kanak di bawah12 tahun ialah RM10.

Apa yang ada di rumah terbalik Port Dickson ?

Sejujurnya Rumah Terbalik ini hanyalah seperti sebuah studio untuk bergambar dengan pelbagai gimik yang menarik. Terdapat beberapa orang pekerja di dalam geleri yang akan mengajar kita cara berposing dan mendapatkan sudut yang menarik supaya kelihatan pelik dan unik di dalam gambar kita nanti.Menarik juga idea mereka.Maklumlah sekarang ni, hampir semua di antara kita suka bergambar dengan objek-objek yang menarik kan.

Terdapat susunan peralatan rumah yang tergantung di siling dan bila kita bergambar dengan teknik yang tepat seolah-olah kita yang berada di atas siling tersebut dengan gaya yang unik.Alamak dah kantoi tercerita pula ye..haha.. Oklah bagi mereka yang inginkan kelainan aksi dalam bergambar, bolehlah ke sini selain yang berada di Sabah yang dikatakan tidak dibenarkan bergambar di dalam rumahnya.

Disini ana kongsikan beberapa keping foto kami sekeluarga yang sempat ana rakamkan dan keadaan sebenar di Rumah Terbalik Port Dickson ini buat pembaca anajingga.com.



Macam plastic man pula anak buah ana ni :)

adik melekat di atas siling bilik tidur :)



terapung gituu











~berkongsi kisah disini~


You May Also Like

39 comments

  1. menarik :) sbb boleh bergmbar dlm rumah terbalik. btul la kalo kt sabah, dlm rumah terbalik xbole bergambar. sbb owner dia xbg org tiru. pdahal byk dh rumah terbalik kan skrg ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..itu kisahnya tak bernarkan bergambar adoi... tq so much AST sudi singgah ke blog kak ana :)

      Delete
  2. Replies
    1. hihi menarik lah azie nak bergambar kan :)

      Delete
  3. pening. Nampaknya nak kena pergi jugaklah kan.
    ni blog ketiga nampak korang share benda ni

    Jamu Perapat Zaman Moden

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ye ke NAAF, kira dah wajib pergi lah ni kalau dah tiga kali terbaca haha :)

      Delete
  4. pening tengok macam mana boleh terbalik. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahrain, yang terbalik perabot orang tak terbalik pun haha :)

      Delete
  5. bestnya..kalau bwa anak2 mesti best.mesti dorng teruja n pelik..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. best ummul bawa anak-anak ke sini :)

      Delete
  6. Replies
    1. kalau zatie posing sini lagi cantik kan :)

      Delete
  7. rumah terbalik ni hari ahad tutup kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. buka je hanis rasanya, kak ana pergi hari sabtu hari tu.. ahad lagi ramai kan :)

      Delete
  8. Sy xleh g tempat mcmni.. mudah pening..hehehe

    ReplyDelete
  9. Dah ada kat sini? Boleh la singgah takda jauh sangat

    ReplyDelete
  10. tuari wak dh pegi umah terbalik melaka. bila dh byk sgt rasa dh xbest kann ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah lah pula ye wak..dah tak rare dah kan :) tapi boleh lah pergi mana yang berkesempatan tu :)

      Delete
  11. Macam best.. Kalau ada kesempatan bolehlah ke situ 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kan YS kalau kebetulan ke PD nanti :)

      Delete
  12. best...boleh pergi nanti ...lama x ke pd

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kan suzie, lagipun dah lama tak pi PD tu hehe :)

      Delete
  13. bestnya..ada kesempatan boleh singgah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau CP pi PD cari kay rumah terbalik ni :)

      Delete
  14. kak na...ilmu tinggi btol smpai boleh trapung?ahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm berani long , sat gi along pun terapung kak ana tiup je haha :)

      Delete
  15. Salam, hahaha bestnyaa....N9 pun dh ade rumah terbalik, xyah jauh2 g sabah ke mana tu...hehe..paling best part yg tembus besi hijau tu kononnya...creative gila buat nampak real! nice

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Lynn dekat dah kan boleh lah pii nanti :)

      Delete
  16. Wah mcm best je hehehehe. Mcm nak pergi je :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. best lah kak cik nanti pi pastu update kay :) selamat bercuti.

      Delete
  17. tak payah pergi sabah dah, kat pd pun ada

    ReplyDelete
  18. Cikla pernah jugak ke sini. Yg paling excited anak anak Cikla lah...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best, masa kak ana pergi ni harganya rm15 tapi baru2 ni ada sepupu pergi dah naik rm20 sebab di tingkat atas juga dah ada galeri baru.

      Delete