Muzium Kapal Selam, Klebang,Melaka

by - Monday, November 02, 2015


Ana sambung lagi catatan percutian keluarga ke Melaka Bandaraya Bersejarah, hujung bulan lepas. Selain dari pelbagai muzium yang terdapat di sekitar Banda Hilir, dalam perjalanan pulang kami singgah ke Pantai Klebang, Melaka untuk menikmati coconut-shake yang popular tu. Dan teringat pula kewujudan satu lagi tarikan baru apabila kita berada di Melaka iaitu Muzium Kapal Selam yang terletak berhampiran Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang.Jom ana kongsikan apa yang ada di Muzium Kapal Selam, Melaka.Semoga dapat memberi serba sedikit gambaran buat pembaca anajingga.com yang mencari info untuk ke sini nanti.

Muzium Kapal Selam, Klebang,Melaka

 

lokasi muzium kapal selam,melaka
Bahagian hadapan Muzium Kapal Selam,Klebang,Melaka


Apabila kita sampai di lokasi terletaknya Muzium Kapal Selam Melaka atau Submarine Museum ni yang ditempatkan di sebuah padang berpasir yang luas dan terlihat dari luar sangat besar dan teruja sekali untuk masuk ke dalamnya.Maklumlah sepanjang hayat memang tak pernah masuk dalam kapal selam ni, sekadar menonton dari filem-filem sahaja. Bayaran masuk untuk melihat Muzium Kapal Selam ini ialah RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak di atas usia 12 tahun.Waktu lawatan pula Isnin-Khamis dari jam 9 pagi - 5 petang, manakala Jumaat-Ahad dari 9 pagi - 6:30 petang.



Bahagian ekor Muzium Kapal Selam, Klebang,Melaka

Jika di lihat dari luar kapal selam ianya sangat besar dan panjang.Menurut  Wikipedia, ia adalah sebuah kapal selam dari Perancis , Agosta class 70 submarine, yang pernah digunakan oleh TUDM ketika menjalani latihan kapal selam suatu ketika sebelum memiliki kapal selam sendiri.Kapal selam ini berukuran 67.5 m panjang ,11.7 m tinggi dan 6.5 meter lebar serta seberat 1,300 tan.

Ya dari penerangan di atas, dan apabila berada di dalam kapal selam ini sendiri, dapat kita rasakan betapa sempitnya ruang yang ada di dalam kapal selam ini. Ana sendiri merasakan betapa azabnya mereka atau anggota tentera yang ditugaskan di dalam kapal selam ini menjalani kehidupan harian mereka.Sudah lah sempit, berada pula di dalam air untuk tempuh masa yang lama. Allahu Rabbi, tak dapat nak bayangkan suasana rutin harian yang sangat tidak selesa.

Ketika kita sendiri merasa pengalaman berada di dalam kapal selam ini, hanya terdapat selorong jalan untuk laluan dari kepala kapal selam ke bahagian ekornya seluas kira-kira 3 atau 4 kaki lebar sahaja dan di sekelilingnya adalah bahagian enjin, tempat tidur, tempat masak, tandas, ruang makan, mesyuarat dan lain-lain bahagian teknikal yang tidak ana fahami sangat untuk diceritakan. Ana kongsikan beberapa keping foto yang ana rakamkan di dalam kapal selam ini untuk gambaran yang lebih jelas.Maaf mutu gambar sangat tidak memuaskan.


Tangga yang kecil dan curam untuk naik ke perut kapal selam




Ruang makan dan mesyuarat


Ruang tidur anggota






Dapur


Laluan sempit sepanjang di dalam kapal selam

Ianya satu pengalaman baru yang sangat berharga buat ana dan keluarga ketika melawat ke sini. Di bahagian luar kapal selam jelas kelihatan kerikil yang masih melekat pada badan kapal dan di dalamnya pula masih berbau minyak yang agak kuat. Sangat berbaloi singgah ke sini dan bagi yang bercuti ke Melaka dan berada di Pantai Klebang jangan lepaskan peluang merasa sendiri pengalaman berada di dalam sebuah kapal selam.

You May Also Like

28 comments

  1. xpernah lagi ke sini kak ana.. menarik kan dapat tgk sejarah2x mcm gini.. InshaaAllah jika berkesempatan pasti akan pergi.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah IY jika ada kesempatan boleh lah singgah nanti :)

      Delete
  2. pernah masuk...betul tu rasa sempit dan lemas berada dalam tu...macam manalah dengan yang duduk lama dalam tu...huhu tak dapat nak dibayangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah yang kak ana bayangkan aryan, betapa tak selesanya kan mereka yang berkerja di dalam kapal selam ni di dalam lautan yang luas.

      Delete
  3. Pernah sampai tapi tak pernah masuk. biasa pergi klebang bawa anak-anak main air dekat dataran 1 malaysia tu je. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan ejoy seronok petang-petang lepak kat pantai klebang ni. :)

      Delete
  4. Replies
    1. In Shaa Allah Zarin kalau pi Melaka nanti singgah kay :)

      Delete
  5. assalamualaikum ana...bestnya lama dah x pi Melaka sejak pindah ke johor dulu...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jauh kan mama Johor - Melaka ni, nanti boleh lah makan angin dengan cucunda mama hihi :)

      Delete
  6. best jugak kat melaka ni kan, jauh sngt lah dari kedah kalau balik sesekali kat kampong tak sempat nak jenjalan lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh juga kak noor kalau dah ke utara nak ke melaka pula, kena betul2 plan turun melaka terus kak noor sebab di sini banyak tempat-tempat menarik untuk di kunjungi .

      Delete
  7. wak pon dh penah smpi muzium kapal selam ni ditengahari yg panas berdeting, sibbaik ade aircond dlm kapal nih., hihi2

    ReplyDelete
    Replies
    1. memei le wak, dah letak kat tengah-tengah kawasan berpasing luas tu mahu tak panas leting hihi :)

      Delete
  8. menarik kapal selam tu kan AnaJ..setiap negeri ada sejarah masing2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Etuza, seronok mempelajari sesuatu yang baru ketika kita melancung ni kan :)

      Delete
  9. ky tak pernah sampai sini lagi Ana..agak menarik juga ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat menarik bagi ana KY , suatu pengalaman baru .alhamdulillah.

      Delete
  10. Kapal selam ni dah dekat sgt dah dgn rumah saya kak ana....penah sekali je datang sini tapi time tu tak bole masuk dalam kapal lagi....huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke, sekarang ni tiket pun dah naik kan sebab kak ana pernah terbaca dari blogger lain dulu tiketnya rm1 sahaja.. :)

      Delete
  11. Kecikkan je kan dalam dia.. terbayangkan mat salleh dok dalam tu... ,mesti berselisih bahu ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan zaf, sempit sungguh kan dalam nya.

      Delete
  12. hahaha aida x pernah masuk lg pun :)
    walaupun kat kg sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm hat tu memang normal, lagi dekat lagi tak pergi kan :)

      Delete
  13. wah unik la..tak pernah lagi tgk kapal selam betul2
    bayaran masuk pun murah, sesuai sgt dipamerkan kat org ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. unik sangat Yumida bagi kak ana memang berbaloi merasa pengalaman yang lain sekali di perut kapal selam ni :)

      Delete
  14. terima kasih sebab kongsi tempat2 menarik di melaka..dah lama sangat tak pergi melaka..last masa 2010, belajar di uitm lendu..awal tahun nanti nak pergi melaka setelah 5 tahun tinggalkan bumi melaka..bolehlah saya melawat tempat2 berkenaan mana yg sempat :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama wanie, semoga perkongsian kak ana memberi manfaat buat pembaca yang tercari-cari info, in shaa Allah :)

      Delete