Ana sambung lagi catatan percutian keluarga ke Melaka Bandaraya Bersejarah, hujung bulan lepas. Selain dari pelbagai muzium yang terdapat di sekitar Banda Hilir, dalam perjalanan pulang kami singgah ke Pantai Klebang, Melaka untuk menikmati
coconut-shake yang popular tu. Dan teringat pula kewujudan satu lagi tarikan baru apabila kita berada di Melaka iaitu Muzium Kapal Selam yang terletak berhampiran Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang.Jom ana kongsikan apa yang ada di Muzium Kapal Selam, Melaka.Semoga dapat memberi serba sedikit gambaran buat pembaca
anajingga.com yang mencari info untuk ke sini nanti.
Muzium Kapal Selam, Klebang,Melaka
|
Bahagian hadapan Muzium Kapal Selam,Klebang,Melaka |
Apabila kita sampai di lokasi terletaknya Muzium Kapal Selam Melaka atau Submarine Museum ni yang ditempatkan di sebuah padang berpasir yang luas dan terlihat dari luar sangat besar dan teruja sekali untuk masuk ke dalamnya.Maklumlah sepanjang hayat memang tak pernah masuk dalam kapal selam ni, sekadar menonton dari filem-filem sahaja. Bayaran masuk untuk melihat Muzium Kapal Selam ini ialah RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak di atas usia 12 tahun.Waktu lawatan pula Isnin-Khamis dari jam 9 pagi - 5 petang, manakala Jumaat-Ahad dari 9 pagi - 6:30 petang.
|
Bahagian ekor Muzium Kapal Selam, Klebang,Melaka |
Jika di lihat dari luar kapal selam ianya sangat besar dan panjang.Menurut Wikipedia, ia adalah sebuah kapal selam dari Perancis , Agosta class 70 submarine, yang pernah digunakan oleh TUDM ketika menjalani latihan kapal selam suatu ketika sebelum memiliki kapal selam sendiri.Kapal selam ini berukuran 67.5 m panjang ,11.7 m tinggi dan 6.5 meter lebar serta seberat 1,300 tan.
Ya dari penerangan di atas, dan apabila berada di dalam kapal selam ini sendiri, dapat kita rasakan betapa sempitnya ruang yang ada di dalam kapal selam ini. Ana sendiri merasakan betapa azabnya mereka atau anggota tentera yang ditugaskan di dalam kapal selam ini menjalani kehidupan harian mereka.Sudah lah sempit, berada pula di dalam air untuk tempuh masa yang lama. Allahu Rabbi, tak dapat nak bayangkan suasana rutin harian yang sangat tidak selesa.
Ketika kita sendiri merasa pengalaman berada di dalam kapal selam ini, hanya terdapat selorong jalan untuk laluan dari kepala kapal selam ke bahagian ekornya seluas kira-kira 3 atau 4 kaki lebar sahaja dan di sekelilingnya adalah bahagian enjin, tempat tidur, tempat masak, tandas, ruang makan, mesyuarat dan lain-lain bahagian teknikal yang tidak ana fahami sangat untuk diceritakan. Ana kongsikan beberapa keping foto yang ana rakamkan di dalam kapal selam ini untuk gambaran yang lebih jelas.Maaf mutu gambar sangat tidak memuaskan.
|
Tangga yang kecil dan curam untuk naik ke perut kapal selam |
|
Ruang makan dan mesyuarat |
|
Ruang tidur anggota |
|
Dapur |
|
Laluan sempit sepanjang di dalam kapal selam |
Ianya satu pengalaman baru yang sangat berharga buat ana dan keluarga ketika melawat ke sini. Di bahagian luar kapal selam jelas kelihatan kerikil yang masih melekat pada badan kapal dan di dalamnya pula masih berbau minyak yang agak kuat. Sangat berbaloi singgah ke sini dan bagi yang bercuti ke Melaka dan berada di Pantai Klebang jangan lepaskan peluang merasa sendiri pengalaman berada di dalam sebuah kapal selam.
28 Comments
xpernah lagi ke sini kak ana.. menarik kan dapat tgk sejarah2x mcm gini.. InshaaAllah jika berkesempatan pasti akan pergi.. :D
ReplyDeleteIn shaa Allah IY jika ada kesempatan boleh lah singgah nanti :)
Deletepernah masuk...betul tu rasa sempit dan lemas berada dalam tu...macam manalah dengan yang duduk lama dalam tu...huhu tak dapat nak dibayangkan
ReplyDeletetu lah yang kak ana bayangkan aryan, betapa tak selesanya kan mereka yang berkerja di dalam kapal selam ni di dalam lautan yang luas.
DeletePernah sampai tapi tak pernah masuk. biasa pergi klebang bawa anak-anak main air dekat dataran 1 malaysia tu je. hehehehe
ReplyDeletehaah kan ejoy seronok petang-petang lepak kat pantai klebang ni. :)
Deleteanazarin berbicara kalau pergi melaka nak singgah lah
ReplyDeleteIn Shaa Allah Zarin kalau pi Melaka nanti singgah kay :)
Deleteassalamualaikum ana...bestnya lama dah x pi Melaka sejak pindah ke johor dulu...:)
ReplyDeletetak jauh kan mama Johor - Melaka ni, nanti boleh lah makan angin dengan cucunda mama hihi :)
Deletebest jugak kat melaka ni kan, jauh sngt lah dari kedah kalau balik sesekali kat kampong tak sempat nak jenjalan lah
ReplyDeleteJauh juga kak noor kalau dah ke utara nak ke melaka pula, kena betul2 plan turun melaka terus kak noor sebab di sini banyak tempat-tempat menarik untuk di kunjungi .
Deletewak pon dh penah smpi muzium kapal selam ni ditengahari yg panas berdeting, sibbaik ade aircond dlm kapal nih., hihi2
ReplyDeletememei le wak, dah letak kat tengah-tengah kawasan berpasing luas tu mahu tak panas leting hihi :)
Deletemenarik kapal selam tu kan AnaJ..setiap negeri ada sejarah masing2
ReplyDeletebetul Etuza, seronok mempelajari sesuatu yang baru ketika kita melancung ni kan :)
Deleteky tak pernah sampai sini lagi Ana..agak menarik juga ye..
ReplyDeletesangat menarik bagi ana KY , suatu pengalaman baru .alhamdulillah.
DeleteKapal selam ni dah dekat sgt dah dgn rumah saya kak ana....penah sekali je datang sini tapi time tu tak bole masuk dalam kapal lagi....huhuhu
ReplyDeleteoo ye ke, sekarang ni tiket pun dah naik kan sebab kak ana pernah terbaca dari blogger lain dulu tiketnya rm1 sahaja.. :)
DeleteKecikkan je kan dalam dia.. terbayangkan mat salleh dok dalam tu... ,mesti berselisih bahu ja...
ReplyDeletekan zaf, sempit sungguh kan dalam nya.
Deletehahaha aida x pernah masuk lg pun :)
ReplyDeletewalaupun kat kg sendiri...
erm hat tu memang normal, lagi dekat lagi tak pergi kan :)
Deletewah unik la..tak pernah lagi tgk kapal selam betul2
ReplyDeletebayaran masuk pun murah, sesuai sgt dipamerkan kat org ramai
unik sangat Yumida bagi kak ana memang berbaloi merasa pengalaman yang lain sekali di perut kapal selam ni :)
Deleteterima kasih sebab kongsi tempat2 menarik di melaka..dah lama sangat tak pergi melaka..last masa 2010, belajar di uitm lendu..awal tahun nanti nak pergi melaka setelah 5 tahun tinggalkan bumi melaka..bolehlah saya melawat tempat2 berkenaan mana yg sempat :-)
ReplyDeletesama-sama wanie, semoga perkongsian kak ana memberi manfaat buat pembaca yang tercari-cari info, in shaa Allah :)
Delete