sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Rabu, 8 Jun 2016

Sambal Nyok Dan Ulam-ulaman - Menu Dari Desa


Sehari sebelum ketibaan Ramadan yang lalu, ana sempat juga balik ke Teluk Intan, sambil menghantar Kak Long balik kampus untuk sem akhirnya. Macam biasa, bila dah ada di kampung, masak makan je lah aktiviti kami semua.Pagi lagi wancu dah ke pasar mencari ikan dan sayuran untuk makan tengahari. Dan yang paling best sekali ialah menu sambak nyok atau sambal nyor kata orang Perak. Sambal nyok ni sedap di makan bersama ulam-ulaman. Memang terbaiklah..


Sambal Nyok @ Sambal Nyor


sambal nyok

Lazimnya, kami orang-orang belah utara ni yang pandai makan sambal nyok ni.Makan bersama ulam-ulaman dan nasi putih. Antara ulam yang ada ketika ana makan tengahari di kampung hari Ahad lepas ialah pucuk ubi di celur, pucuk ulam raja dan juga pucuk tenggek burung atau daun cabang tiga. Haa nak tahu mana rupanya, silalah minta bantuan Mr Google, sebab ana terlupa nak ajak ulam-ulaman ni berposing. Maklumlah sibuk memasak bersama keluarga. Nasiblah sempat ambil gambar sambal nyok ni buat entri :)

Cara nak buat sambal nyok ni senang ya amat lah. Sama macam buat sambal belacan tu. Bawang besar di hiris, kemudian ditumbuk dalam lesung batu bersama cili merah atau cili padi, masukkan belacan jika suka. Kemudian gaulkan dengan kelapa parut. Lagi sedap kelapa parut putih, baru lemak merdu rasanya. Tambahkan garam sedikit dan perahkan air asam limau. Siap.




Tuu dia... menu kampung kami tengahari tu. Eh lupa pula entri ni terbit ketika bulan puasa, sabar naa.. Sambal nyok dengan ulam-ulaman, ikan keli masak sambal kicap, ikan keli masak gulai masam, udang bersos, ikan bawal goreng untuk anak-anak kecil. Subhanaallah..makan pula bersama kaum keluarga beramai-ramai.. erm tak perlu hat lain lagi dah. 

34 ulasan:

  1. nyok tu nyiur la ye? apa ye rasanya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah Mar, nyok tu nyiur aka kelapa, rasa dia ala-ala kerabu gitu Mar :)

      Padam
  2. dugaan tengok time tengahari ni. huhu

    BalasPadam
  3. SA Tak pernah Makan Sambal nyior Ni Kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bolehlah cuba SA, ni biasanya santapan org belah utara :)

      Padam
  4. arghhhhh!! terliur baca..hmm..hmm..lambat lagi nak buka puasa ni..hmmm

    BalasPadam
  5. Lauk lauk kampung memang sedap kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan nani, sebab kita ni memang tekak orang kampung agaknya:)

      Padam
  6. semua tu fevret saya kak ana..
    sambal nyok perghhh terbaikk sedap2 semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan El, kita belah-belah utarani memang ngam dengan sambal nyok ni:)

      Padam
  7. Semuanya menyelerakan.
    Tambah2 tengah lapar sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adoi mazlan, bawa bersabar naa.. huhu :)

      Padam
  8. Balasan
    1. Sha dah cuba kan dan memei sedap kan :)

      Padam
  9. sedap tu makan dengan nasi panas...

    BalasPadam
  10. sambal nyok makan dgn ulam selom terbaik lah Ana
    sabaq lah maktok oiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. ngam sangat kak noor, sabaq naa balik brunei mak tok buat sambal nyok :)

      Padam
  11. Alahai, sodapnya lauk tu Kak Na. Adududududu.
    Salam Ramadhan buat Kakna dan keluarga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adududu..salam Ramadan buat Sha sekeluarga juga :)

      Padam
  12. Balasan
    1. okay anies, sat gi anta ikut pintu dapoq naa :)

      Padam
  13. Salam Kak Ana sharelah resepi, Bonde tak pernah makan lagi Sambal Nyok ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. simple sangat bonde,ada tu dalam entri :)

      Padam
  14. Salam... memang dugaan betul tgk sambal nyoq & lauk pauk dibulan puasa ni... hehehe... apa2pun.. t.kasih berkongsi resepinya... nnt boleh akak mencuba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah Madiha.. semoga kena dengan seleranya nanti :)

      Padam
  15. alahaiii..sedap2 tengok hidangan lauk tu kak ana..kurus puasa..hikhik

    BalasPadam
  16. baru makan kerabu td wuuuu dap dapppp

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah qila, lebih kurang kerabu lah ni kan :)sedappp

      Padam