Tahun ini merupakan tahun kedua kami penghuni DM 3/1, mengadakan majlis Hari Raya di kawasan kejiranan. Seperti tahun lepas, majlis kali ini juga AJK penduduk membuat kutipan sebanyak RM50 sebuah rumah dan kami kaum ibu pula bersetuju untuk menambah menu secara potluck. Macam selalu bila adanya potlluck, Alhamdulillah melimpah ruah rezeki yang pelbagai dengan beraneka menu. 


Pelbagai Menu Majlis Potluck 




Untuk memudahkan kami membuat pilihan menu sebagai juadah potluck, Kak Niza meminta kami dalam group ibu-ibu ni menghantar senarai menu yang akan di bawa kelak. Mudah dengan cara ini tidaklah berlaku pertindahan atau menu yang sama. Oleh kerana kesihatan ana belum begitu kuat untuk masak memasak, ana bercadang untuk membawa agar-agar santan sahaja sebagai sumbangan menu potluck malam tu. Dan mari ana kongsikan beberapa menu utama serta menu potluck yang kami nikmati ketika berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya pada malam Jumaat lepas 22hb Julai 2016.




Haa tuu laa dia agar-agar santan ana yang kaler pink tu :) Tak berapa cantik berkepala sebab ana gunakan santan kotak, kalau santan asli pasti lebih menarik kan.Macam-macam menu pencuci mulut yang ada tersedia untuk kami semua.Agar-agar pun macam-macam perisa.


rendang melaka


Ini pula rendang Melaka kata jiran ana , Zura. Zura ni orang Negeri Sembilan, rendangnya memang kaw-kaw pedas tapi sedap sangat.Tambah lagi Zura menggunakan ayam pencen untuk memasak rendang Melaka ni. Lain rasanya.


rendang ayam


Selain dari rendang Melaka yang Zura bawa tu, ada satu lagi juadah rendang ayam. Memang sesuai kerana antara menu utama kami malam tu terdapat juga lemang. Dah ada lemang mujur juga ada dua jenis rendang ini. Baru lah ngam makan lemang bersama rendang.


apam dot dot


Yang comel lote' gebu geban ni apam dot-dot, sedap kan sesekali makan sebagai pencuci mulut.Kenyang juga tau bila makan lebih dari satu :)


agar-agar bunga ros


Dalam banyak-banyak menu malam tu, agar-agar bunga ros ini yang paling rare. Bukan sebab rasa tetapi rupa parasnya yang cantik menawan tu. Agar-agar ni ada rasa susu sikit, sedap dan cantik. Jom kita tengok lagi lain-lain menu yang ada.


roti jala
Roti Jala dan kuah kari,lemang dan makaroni cheese

rojak buah
Rojak Buah

Salah satu menu utama juga satay ayam dan daging

Laksa Utara dan Nasi Lemak 

Paling awal habis pastinya kambing bakar

Kambing bakar bersama salad dan sos black pepper

Seperti tahun lepas juga, malam itu ada acara bunga api yang menerangi kejiranan kami. Kemudian letupan mercun juga memeriahkan suasan sambutan.




Ana kongsikan juga wajah-wajah jiran-jiran yang turut hadir menjalin ukhwah sesama kami. Cuma gambar reramai kaum bapa tak ada pula dalam simpanan ana untuk di upload disini :) 


Cun-cun kan jiran tetangga ana, ana je tak ada dalam gambar 

Ini pula group kaum ibu 

Inilah kisah kami merayakan Aidil Fitri di malam Syawal 1437H kali ini.Kisah tahun lepas telah ana terbitkan di SINI .Jiran adalah saudara yang paling hampir dengan kita ketika suka dan duka.Semoga jalinan ukhwah antara kami sentiasa mendapat keberkatanNya dan kekal mewangi hingga selamanya. Salam Aidil Fitri, maaf zahir dan batin dari www.anajingga.com.

12 Comments

  1. selamat pagi kak ana..sedapnye hidangan..lapoo pulak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pepagi singgah dah nampak makanan ye zatie,sabar je la kan :)

      Delete
  2. meriahnyaaaa Kak Ana.. yang bunga ros tu rarenya.. rajin sungguh buat hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan CT menggoda jiwa raga agar-agar tu hihi :)

      Delete
  3. uwaaa sedapnya...terus perut berbunyi

    ReplyDelete
  4. wow terbaik.
    thn ni kejiranan aida agak suram la, ana.
    sedih :)
    da hampir 10 thn dok sama. lately mcm ada ketidakfahaman berlaku.
    ntah nape :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai aida, apapun semoga semuanya kembali menjalin ukhwah hendaknya..aamiin .

      Delete
  5. aduhhhhh....nangis la camni...buka blog sume taruk gambo makanan je...sedap2 pulak tu...ok la bye....hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huwaaa :( habis bulan Syawal ni habis laa entri makan-makan Malinda hihi :)

      Delete
  6. Seronok kak zai tengok kejiranan ditempat ana. Masing2 ambik peranan bawa potluck. Meriah sungguh ada bunga api lagi.

    p/s: ana buka mamasya.r itulah insta kak Zai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak zai, sehingga hari ni semuanya okay lagi, mudah-mudahan berkekalan hendaknya

      Delete