sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 21 Julai 2016

Sarapan Pagi Mee Rebus Mastan Ghani, Teluk Intan


Bila dah rindu dan kempunan sangat, pepagi dah keluar cari sarapan ketika balik cuti panjang sempena Hari Raya Aidil Fitri yang lepas di Teluk Intan. Hari Raya ke tiga kalau tak salah ana, ajak suami ke bandar atau kami kat sini panggil pekan Teluk Intan, mengidam sangat nak makan mee rebus Mastan Ghani ni. Maklumlah bulan Ramadan yang lepas, tak berkesempatan balik dan ke bazar Ramadan yang paling best di pekan Teluk Intan ni.Melepaslah nak makan popia Rahiman dengan Bandung Tarik masa tu.. Dan cuti raya ni, ana cepat-cepat ke Mastan Ghani dengan misi mencari mee rebusnya.




Mee Rebus Mastan Ghani, Teluk Intan



Sebelum ni ana dah pernah terbitkan entri kisah Mastan Ghani yang sangat lajen di bandar Teluk Intan di SINI . Kali ini nak juga terbitkan sebab pada ana, belum ada mee rebus yang setanding dengan rasa kuah dan cucur udang sesedap Mastan Ghani ni. Mungkin selera anak jati Teluk Intan ni masih melekat dengan mee rebusnya. 

Kesedapan mee rebus Mastan Ghani ni bagi pendapat peribadi ana, terletak pada kuahnya. Memang pekat dan ada umphh!! Lain dari yang lain, sejak dari ana kecil dan membesar di bandar Teluk Intan ni, hinggalah ke hari ini, rasanya tetap sama.

Ada juga yang suka makan mee rojak atau rojak di Mastan Ghani. Dua-dua pun sedap juga.Pagi tu ana memilih mee rebus sebab lama dah kempunan nak makan. Berteman kan ais sirap, wallaaa kena sangat dah tu.Harga sepinggan mee rebus ni RM4.50 dan sangat-sangat berbaloi sebab banyak dan sedap.Memang kenyang lah makan seorang.




Restoran Mastan Ghani ni ada beberapa cawangan di sekitar Teluk Intan. Ana ke cawangan asalnya di tengah-tengah pekan Teluk Intan berhadapan Menara Condong tu. Masih mengekalkan kedai yang sama yang pernah ana kunjungi suatu masa dahulu. Keadaan dalam restoran pun tak banyak berubah dan pagi lagi dah penuh dengan pelanggan yang datang sama ada makan atau bungkus untuk di bawa pulang ke rumah.

Bagi yang belum pernah mencuba kesedapan mee rebus Mastan Ghani yang amat sinonim dengan lagendanya di bandar Teluk Intan, jangan lepaskan peluang.Carilah mana-mana cawangan restorannya dan mencuba sendiri keenakkan mee rebus, rojak atau mee rojak mereka. Pasti akan merinduinya semula... :) Ingat Teluk Intan...ingat Mastan Ghani .. 

8 ulasan:

  1. nampak sedap kak ana..teringin kugak nak merasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana tahu satu hari wani ke Teluk Intan,boleh try mastan ghani kay :)

      Padam
  2. Adumak aiii... sedap nyerrr...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap aida, kuah dia heaven sangat hihi :)

      Padam
  3. selalunya mee rebus gini mee rebus mamak kan sis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah tapi mastan ghani ni memang lejen kat Teluk Intan ni Suki

      Padam