Dadih Coklat Untuk Anak-anak

by - Wednesday, October 18, 2017

Anak-anak sedang bercuti sekolah ni kan, ada je nak di reka untuk sajian mereka di rumah. Sepanjang hari di rumah, pasti perut tu lapar je. Nak-nak lagi ketika cuaca tak menentu sekarang. Dua tiga hari ni, waktu tengahari panas cuacanya, Alhamdulillah... dan ana macam dah lama tak masak dadih untuk di simpan dalam petisejuk kemudian bila lapar zluppp ceduk dan nyam nyam...sejuk kan tekak. 

Semalam pergi ke pasaraya 99 Speedmart dapatlah beli dadih coklat. Harga sepeket dah mahal juga sekarang ni. Dahulu ana selalu gak beli masakkan abah, sebab abah suka makan dadih ni. Masa tu harganya RM4 lebih sahaja sepeket, tapi semalam ana beli RM6.10 . Itu pun di pasaraya, kalau kedai runcit pasti lebih mahal sebab harga barang runcit di pasaraya dengan kedai runcit selalunya berbeza kan.



Cara Masak Dadih 

Bahan-bahan :

1 peket dadih ( pelbagai perisa yang boleh di beli di pasaraya )
3 liter air 
1 tin susu cair
100 g gula (lebih kurang 1/2 cawan)

Cara masak dadih :

- Didihkan air , gula dan susu cair di dalam periuk (kacau selalu agar susu tidak membuak)

- Setelah mendidih padamkan api. Masukkan serbuk dadih dan gula buahan ( terdapat di dalam peket dadih ) . Kacau sebati.

- Isikan ke dalam bekas dan sejukkan di suhu bilik dahulu sebelum memasukkan ke dalam peti sejuk. Siap.


You May Also Like

10 comments

  1. Sedapnya...makan sejuk2 waktu cuaca panas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah PC, sedap sejukkan tekak dalam cuaca panas-panas ni kan hihi :)

      Delete
  2. Replies
    1. zlurppp masuk dalam tekak kan Raihanah hihi :)

      Delete
  3. ni kalau dapat kat anak-anak kita,memang habis ni

    ReplyDelete
  4. Wahh sedapnya. Cantik je licin dadih coklat tu

    mesti sedap makan sejuk sejuk kan ana jingga

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap mazni, hihi dadih ni senang pun nak disediakan :)

      Delete