Dadih Coklat Untuk Anak-anak
Anak-anak sedang bercuti sekolah ni kan, ada je nak di reka untuk sajian mereka di rumah. Sepanjang hari di rumah, pasti perut tu lapar je. Nak-nak lagi ketika cuaca tak menentu sekarang. Dua tiga hari ni, waktu tengahari panas cuacanya, Alhamdulillah... dan ana macam dah lama tak masak dadih untuk di simpan dalam petisejuk kemudian bila lapar zluppp ceduk dan nyam nyam...sejuk kan tekak.
Semalam pergi ke pasaraya 99 Speedmart dapatlah beli dadih coklat. Harga sepeket dah mahal juga sekarang ni. Dahulu ana selalu gak beli masakkan abah, sebab abah suka makan dadih ni. Masa tu harganya RM4 lebih sahaja sepeket, tapi semalam ana beli RM6.10 . Itu pun di pasaraya, kalau kedai runcit pasti lebih mahal sebab harga barang runcit di pasaraya dengan kedai runcit selalunya berbeza kan.
Cara Masak Dadih
Bahan-bahan :
1 peket dadih ( pelbagai perisa yang boleh di beli di pasaraya )
3 liter air
1 tin susu cair
100 g gula (lebih kurang 1/2 cawan)
Cara masak dadih :
- Didihkan air , gula dan susu cair di dalam periuk (kacau selalu agar susu tidak membuak)
- Setelah mendidih padamkan api. Masukkan serbuk dadih dan gula buahan ( terdapat di dalam peket dadih ) . Kacau sebati.
- Isikan ke dalam bekas dan sejukkan di suhu bilik dahulu sebelum memasukkan ke dalam peti sejuk. Siap.
10 Comments
Sedapnya...makan sejuk2 waktu cuaca panas..
ReplyDeleteitulah PC, sedap sejukkan tekak dalam cuaca panas-panas ni kan hihi :)
Deletesedapnya, makan sejuk2kan best
ReplyDeletezlurppp masuk dalam tekak kan Raihanah hihi :)
DeleteSedapnyaa dadih :)
ReplyDeletesedap bangat Nani :)
Deleteni kalau dapat kat anak-anak kita,memang habis ni
ReplyDeleteanak-anak memang suka kan Siti :)
DeleteWahh sedapnya. Cantik je licin dadih coklat tu
ReplyDeletemesti sedap makan sejuk sejuk kan ana jingga
sedap mazni, hihi dadih ni senang pun nak disediakan :)
Delete