Ana membelek-belek sebuah kalendar kiriman PPZ yang agak unik untuk di kongsi bersama.Apa yang menarik tentang kalendar ini ialah selitan foto-foto tentang keindahan alam semulajadi anugerah Allah swt.
Untuk menambahkan lagi informasi tempat-tempat tersebut, ana google lagi maklumat-maklumat sambil menambahkan satu dua foto-foto lain dari google image supaya lebih jelas dan dapat menambat hati kita semua....

Mari sama-sama kita melihat indahnya alam ciptaan Ilahi dan betapa besarnya anugerah alam kepada kehidupan kita semua....

1.Pamukkale ,Denizli,Turki :





- Pamukkale bererti benteng kapas dalam bahasa Turki.
- merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terletak di Provinsi Denizli,barat daya Turki yang beriklim sederhana.
- sebuah laman teres berisi air panas yang mengandungi mineral karbonat yang di tinggalkan oleh air yang mengalir.


2.Gua Marmar ,General Carrera Lake,Chile

- terletak di sebuah pekan kecil di sempadan Argentina 
dan Chile.
-merupakan sebuah tasik semulajadi yang menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia.permandangan disini seolah-olah bersinar dengan warna kebiruan dari lapisan-lapisan marmar yang terbentuk beribu tahun yang lalu.


















3.Cano Cristales,Serrania De La Macarena



- Dikenali sebagai sungai yang tercantik didunia atau 'sungai lima warna'.
- terletak di Serrania De La Macarena di Colombia.
- faktor cuaca persekitaran di kawasan pedalaman ini mempengaruhi pertumbuhan pelbagai warna-warni alga menjadikannya seolah-olah sungai kristal.


4.Salar De Uyuni,Oruro,Bolivia




- merupakan sebuah dataran garam terluas di dunia.
- terletak di Potosi dan Oruro, di selatan Bolivia berdekatan Pergunungan Andes.
- pada setiap bulan November dataran ini menjadi tempat pembiakan bagi 3 spesis burung Flaminggo iaitu Flaminggo Chile,Andrean dan James.

5.Fly Ranch Geyser,Nevada















- terletak 32km dari utara Gerlach di Washoe County,Nevada,Amerika.
-terbentuk pada tahun 1916.
- mineral semulajadi yang terlarut didalam semburan air panas ini meningkat dan bercampur membentuk sebuah puncak yang berwarna-warni dan berkembang hingga ke hari ini. 

Sumber: Rujukan dan foto dari Google dan kalendar PPZ

0 Comments